Monday, May 23, 2016

Happy 4th Birthday Nur Zara Damia

Selamat hari jadi sayang.


Terlambat nak update dlm blog majlis hari jadi ara yg kami sambut secara simple je. 



13 Mei ayu cuti, untuk meraikan hari jadi kesayangan .

Dan sekali dgn birthday papa ara jugak=)

Alhamdulillah sebab ayu ada voucher Mini Mini Cafe bernilai RM50, so ayu plan nk bawak ara ke sini. Sebab mmg kedai ni kids friendly. Dan byk toys comel2 which is kalau girls tgk mmg akan suka.










Pejam mata

Tahun ni Nur Zara Damia dah berumur 4 tahun. Suka makan coklat, suka makan ais krim. Banyak bercakap, banyak bertanya, dah pandai baca ABC, 123, pandai menulis ABC, pandai sambut titik2, pandai melukis gambar orang lidi, pandai mewarna tak terkeluar garisan mcm mula2 dulu, pandai eja nama sendiri, dan yang paling bagus dah dua bulan lebih tak tengok handphone, dan tgk youtube, masa byk buat keje skolah yg ibu bagi dlm buku latihan dia. Suka juga menyanyi, suka tengok cermin, dah pandai nk bergaya, suka tengok cite The Flash, kartun dan paling slalu ckp "Ara sayang ibu"





Dia pinjaman Allah untukku- Rasa baru je ara lahir, tapi bila tgk gamba ara ni kejap je rsa ara membesar. Yelah ibu semakin tua kan:p





syiokla dia nasib dia xmintak toys tu


ara malu sangat sbb yg snap pic kami tu staf lelaki, haihla anak 

Pizza ni mmg sedap- hawaiian chicken




pet's world


Kami amik set pizza, set burger, set nasi goreng dan nasi lemak, total rm62+ including GST. Cuma tambah cash RM12 je + voucher RM50. Murah jugaklah dengan portion yang memang banyak. Nasi lemak yg ayu makan pun xhabis. 

Nasi Lemak ni sambal dia memang sedap n portion dia memang banyak;)





Nasi goreng papa pun sedap





Ni ada budak kata nk makan burger sikit je dia makan, burger ni mmg besar gile, mmg tak sangka sebesar ini, boleh share dua org. Kalau makan tersandar, ara makan 1/3 je. Harga around 13.90.




Semua miniatures ni elok tersusun dlm rak bercermin







Overall, Mini Mini Cafe memang best. Cozy place, sesuai bawak anak makan. Harga berpatutan. Rasa sedap. Portion banyak. Yang penting makan kenyang. Sepanjang kami makan, manager kedai ni which is Muslim, byk kali dtg singgah meja kami tny ok x staff, food ok x, selesa x etc. Kepuasaan pelanggan memang diutamakan. Dan staff pun sangat friendly, senyum je. 


sangat cute


miniatures comel



Section yang kami duduk sebelah kiri dari escalator





Sebelum balik ara sempat lagi


Basically ada 3 sections untuk customer pilih, Tengah, kiri dan kanan. Jadi pilihla yang mana yang berkenan di hati. 

Cafe ni terletak di Tingkat 3, Mid Valley, South Court dekat dengan MC Donald dan GSC Mid Valley.

Jemput datang dan enjoyy.. ;)

Anyway selamat hari lahir sayang ibu, semoga membesar bagai juara, sihat dan berjaya dunia akhirat. Aminn..

Dan untuk hubby yang tersayang, teman bergaduh, teman memasak, teman bersembang dan teman meluah perasaan, cyg doakan bi berjaya dalam cita-cita bi, berjaya dunia akhirat dan berjaya membimbing kami ke syurga..Aminn..






Johan and his cats - Studio Kucing No1 di Dunia

Macam best je macam syiok je kalau bawa ara tengok cat ni.

Dia kan suka sangat cat.

Lagi-lagi yg orange color.

Ibu n papa pun suka;)

So, saja-saja gatal tangan cari info studio kucing yg ada.

Paling menarik Johan and his cats.

Sebab kucing dia ada mcm2 jenis n comel2.

Masuk RM10 je. Budak pun same price. Tapi ada GST, in total RM31.50 untuk 3 orang. OKla.

Studio ni ada bukak pada isnin -Ahad

Basically, korang boleh pilih  6 sessions.

Session 1 : 10.00am - 10.50am
Session 2 : 11.00am - 11.50am
Session 3 : 12.00noon-12.50noon

Rehat 1 noon - 6pm 

Session 4 : 6.00pm - 6. 50pm
Session 5 : 7.00pm - 7.50pm
Session 6 : 8.00pm - 8.50pm

* Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat



Bahagian bawah, ada kedai menjual barangan kucing. Studio kucing ni dekat 1st floor.

Ceria muka ara nak tengok cat;)



Ayu ambik session 12.00-12.50, maklumlah pagi2 nak gerak ara bangun kesian. Plus, rancangan kartun dia semua ada pagi sekarang;)


So kami gerak dari rumah 10.30pagi. Sampai Setia Alam dalam 11.45pagi. Ngam2 jugaklah.
Terus masuk kedai, tny mana studio kucing. Katanya tingkat 1. Memandangkan xde kerusi menunggu, kami just tgk2 barang kucing n ambik2 gamba  skit;)


Sempat la posing2 kejap depan kedai.

Tak silap dekat2 sini jugak ada Kids and Creme, restoran Aaron Aziz.

Tak lama kami pun naik bila dah nmpk ramai org turun dari tingkat atas.

Sebelum naik kami kena pakai hand sanitizer dulu, utk make sure tangan kami ni xde kuman yg blh bahayakan kucing dorang.

Beratur jugak nak masuk. Around 30 org utk 1 session. 
Selepas dpt penerangan kami blh masuk. Syiokla ara dia geram sgt nk pegang kucing.

Kami xblh paksa kucing, tarik ekor kucing, kacau kucing yg tgh tidur, bg kucing makan, angkat kucing. Huhu banyak jugak rules.







Si comel ni tetiba je dok atas skirt ayu




Yang ni kejenya exercise je patutlah slim


banyak kucing lari dari ara heheh


yeay dapat jugak pegang si comel ni

Hampa jugak sbb kucing yg ada sini xfriendly. Staff pun xfriendly dan tak de effort utk assist visitor. Bila kucing pegi jauh, dorang patut entertain kucing utk dtg pd visitor supaay kami dpt main2 dan amik gamba dgn kucing. Ini tak dorang cuma duduk 1 tempat, tengok phone dan main kejap2 je dgn cats dkt situ. Sepatah apa takde penerangan ttg kucing2 dkt situ. At least bgtau lah baka apa, nama apa.

Keciwa jugakla dgn bayaran itu. Tak seperti yg diharapkan.

Ara quite bosan sbb takda kucing nk dkt dia, dia pegi, kucing lari haha. 



Studio kucing 









Habisla ko kucing 

Basically studio kucing ni mmg ssuai untk peminat2 kucing.
Tapi staf kena lebih friendly.

Ara kena cakar kucing. Huhu. Kenangan untuk ara yang penah datang ke sini. Takpelah nak, sikit je, esok luas baiklah.

By the way, ini details studio ni untuk yang teringin nak pergi=)
Selamat bermain dengan kucing2 comel.

JOHANANDHISCATS STUDIO

ADDRESS :
No.16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor, MY

NO.TEL : 
+603-3362 6816

EMAIL
customer@johanandhiscats.com


Lepas tu kami pergi rumah nenek ara, ambik hadiah hari jadi ara. Sukalah dia;)

Sampai-sampai rumah nenek, mengadu dia kena cakar kucing.
Atuk keluar mengadu ke atuk, atuk letak ubat.

sesi buka hadiah


ara n firas


ara dengan hasil tangkapan pada hari sabtu, balik kira hadiah





Apa-pun rasanya ara enjoy harini. Dapat main dengan firas, dpt tengok kucing.

Dan malam ara tdo keletihan seharian berjalan;)

Alhamdulillah syukur Allah atas kurniaan dariMu..


Thanks sudi baca entri ini~~
Loves, Ayu