Sunday, November 30, 2014

Promosi December 2014 : Sustained Release Vitamin C-Plus & Vitamin E-Complex

Assalamualaikum:)

Alhamdulillah seronoknya nak announce to all customer setia Shaklee, closing untuk 2014 disudahi dengan promo Vitamin C dan Vitamin E
Ada 2 option lagi yunks

1) Vitamin C

Beli 6 Percuma 1
Beli 2 diskaun 5%

2) Vitamin E

Beli 6 Percuma 1
Beli 2 diskaun 5%

Beli 6 Free 1 botol

Beli 2 botol diskaun 5%

Yang memang aim untuk dapatkan kulit cantik, hilangkan segala parut, immune booster, gandingan both vitamins ini adalah terbaik.

Hubungi kami sekarang untuk pesanan :)
Ayu  | 0124631670
Hadi | 0179700379

Friday, November 28, 2014

Semanis Kurma Da'i Farhan

Assalamualaikum..

Malam td topik berkisar tentang Rezeki.
Tetamu jemputan Ustazah Nor Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah adalah Dai Farhan, juara Dai Pendakwah Milenia.

Lembut orangnya dan very humble.
Cakap jelas dan cara penyampaian yang sgt mudah difahami.

Diminta mengulas tentang rezeki.
Rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit sahaja.
Sihat tubuh badan, rumah yang selesa, keluarga bahagia, anak, pasangan. Itu semua rezeki.

Paling menarik Farhan mengupas tentang, kita sekarang adalah apa yg kita pernah doakan dulu. Itu adalah diri kita. Mungkin tanpa kita sedar. Allah dah makbulkan segala doa2 kita yg dahulu.
Sebagai contoh, Farhan sendiri selepas menjadi Dai Pendakwah Milenia, baru tersedar beliau pernah berdoa, semasa berpeluang berada di sebelah imam Mekah dahulu, yg beliau ingin menjadi pendakwah, ingin menjadi seperti imam Mekah tersebut. Dan Allah makbulkan doa belia, sekarang beliau merupakan antara pendakwah.

Mendengar tentang pengalaman Dai Farhan, terasa rendahnya diri ini. Banyak lg yang perlu dibaiki.
Mengeluh, menyesal, dan menyalahkan takdir bukanlah yang diajar dalam Islam.
Merintihlah dan pohon kepada Allah seikhlas hati dan bersungguh-sungguh dalam setiap doa kita.
InshaaAllah akan dimakbulkan Allah swt.

Pesan Dai Farhan :

Lihat dan pandanglah org yang lebih bawah dari kita dari segi harta dan kekayaan supaya kita akan rasa lebih bersyukur.

dan,

Lihat dan pandanglah orang yang lebih tinggi dari kita dari segi amal dan ibadat kepada Allah supaya kita sentiasa beringat dan takkan sesekali lupakan Allah swt.


One more thing Dai Farhan ada sharing doa rezeki untuk dikongsikan kepada semua :)
Rupanya kita familiar sangat dgn doa ni. Dan sgt comel bila anak-anak kecil yg menghafal doa ni dan dibaca sekali dengan terjemahannya.
Cuba baca, indah sungguh terjemahannya.
Paling penting, bukan apply masa makan saja.
Setiap masa:)

 
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya Allah berilah kami keberkatan di dalam apa yang telah engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami daripada seksa api neraka"

Jom amalkan semua :)

Terima Kasih sudi baca.
Harap bermanfaat untuk semua

Loves, Ayu

Tuesday, November 25, 2014

Karnival Upin Ipin


Assalamualaikum.

Nak cite pasal Karnival Upin Ipin yg berlangsung pd 21-23 Nov lalu. Seriously tak seperti yg diharapkan.

Sebab dah seminggu dah berjanji dengan Ara nk ke Karnival Upin Ipin di PICC, Putrajaya, so Sabtu tadi kami pun pergi jugak dengan segala ketabahan yg ada, 1st, bersesak dalam jam yg sangat teruk. Then cabaran mencari parking yg payah nk jumpa. Mana mungkin org dok dlm tu 1 jam je. Maunya 3-4 jam. Ada yg berkampung dari pagi lagi mana yg datang dari jauh tu. Ada yg sanggup daki bukit rumput di sekitar PICC tu mana yg parking keter jauh. Kesianlah dengan stroller bagai. Anak kanan kini. Kira tu pengorbanan ibu dan ayah nk bawak anak-anak tgk upin ipin. Tapi tak seperti yang disangkakan. Manusia ramai sangat beribu-ribu mungkin cecah puluhan ribu.

Nasib baik jugak, kami park dekat dgn entrance.
Alhamdulillah..
Tak jauh jalan
Cuma kat dalam sana tu mmg bertolak-tolak manusia
Memandangkan saya rendah so mmg tak nampak hehe.
Nak pakai high heel takut tergolek kena tolak so kita pakai selipar biasa je.
Lglah tak nampak kan, bila bapak2 sume pakat angkat anak masing2, letak ats bahu dan dorang berdiri di bahu ayah masing2 bila Ultraman keluar.


Papa terpaksa angkat ara, too  many people arround..


Kesian ara, mmg tak dpt tgk.
Cuma sempat beli vitagens dan lego untuk ara.

Konon nk beli Dunkin Donut pun sume dah sold out.
Sbb org sume lapar.
Dan booth yang dkt2 situ bukanlah best pun. Tak banyak. Tapi jdkan tempat tu lg sempat.
Dan apa yg kami tau, ada 4 event berlangsung pd hari yg sama.
Termasuklah konvokesyen MAHSA College.

Padanlah parking tak cukup.
Pengurusan perlu lebih bertolak ansur dan fikirkan pelawat yg datang.
Kanak-kanak yg dtg penuh berharap nak tgk Upin Ipin dan Ultraman.
Tapi xdpt tgk
Hall berbayar pun queue panjang gile dan kaunter tiket pulak jauh.

Kami sempat naik tingkat atas bergambar jap dan balik. Penganjur perlu fikirkan condition pelawat yg datang jauh. Nasib kami dok dkt2 sini je.

Tapi dengar2 yg pegi Jumaat malam tu best. Siap boleh bergambar depan rumah opah lg. Hahah. Lengang dan org tak ramai. Kami yg mai Sabtu ni mmg xde chance. Yg nk bergambar dgnUpin Ipin pun queue panjang. 1 session rm20++
Hrp organiser improve kelemahan untuk karnival tahun ini. Next yr tgk mcm mana pulak.

Berani, tak takut apa pun budak ni


 

Balik tu asik main legi jelah.
Padalah sebelum ni dah ada 1 set lego
Cuma dah byk yg hilang. So dia pun lupa dia dah ada lego.

Ni ibu buat tak lama ara robohkan



Dalam proses dia nk merobohkan lg apa yg ibu buat:)



Lego bagus untuk asah motor skill anak-anak . Naluri nak membina dan seronok bila dorang dpt build something tu mmg bagus sangat.

Tapi lepas tu mmg sepah la rumah. Asyik terpijak lego je. Nasib jugak ara ni dah pandai jugak kemas mainan sendiri. Kemas cara dia:)

Wednesday, November 19, 2014

Shaklee Bisnes Mudah. Di mana saja 24 hours/day

Assalamualaikum:)

Semenjak laptop rumah dah rosak ni, terpaksa order barang Shaklee online, guna handphone je. Tak payah rupanya. Hahah. Suka sangat. Mudah urusan. Meaning, as long as ada internet connection maka, bila customer order Ayu bolehlah terus access website Shaklee dan place order customer secara online, sertakan details customer, buat payment dan Shaklee akan uruskan packing dan penghantaran ke rumah customer.

Mudah. Mudah. Mudah. Untuk yg masa sangat limited mcm Ayu.

Untuk yang bekerja, kalau xnak ganggu waktu kerja, waktu lunch boleh buat.
Dah balik malam karang pun boleh. Tak perlu keluar rumah untuk pos. Tu yg lega sangat. Kalau tak susah jugak Ayu nk berkejar ke Shaklee then pos pulak ke customer. Mana sempat. Dah balik kerja ptg then rushing nk ambik Zara lg. Oh nonono..

Untuk yg nak cari business yg best  mcm ni, tapi, at least spend lah uols punya masa 2 jam sehari untuk study pasal produk dan marketing. 2 jam tak lama. Instead of hanya scroll new feeds dekat fb dah berinstagram je, best jugak kita buat iklan kat media sosial kan. Mungkin less than 2 hours?

Tiada alasan lagi untuk berjaya. Kalau tak sekarang bila lagi sayang:)

Instead of pergi kerja balik kerja yg ambik masa 2-3 jam 1 hari. Better dok rumah sambil buat bisnes online, ye dok? Itulah yg ayu tgh kejar sekarang. JOM kita sama-sama capai impian kita. Bersara awal, money freedom, time freedom dan tgk anak membesar depan mata itu satu kepuasan tak terhingga.

Jom contact Ayu sekarang @ 0124631670

Monday, November 17, 2014

Set Bersalin Shaklee Mampu Milik

Hmm terkesima kejap bila baca berita suami curang. Berita semalam tak silap.

Then lagilah bila baca surat dari si suami yang seolah-olah menyalahkan isteri atas kecurangan diri sendiri hingga berzina dengan seorang janda. MashaAllah. Sendiri salah, salahkan orang lain pulak. What the...

Isteri disalahkan kerana tak pandai jaga diri. Cantikkan diri, bergaya. Sentiasa selekeh, badan berbau dan sebagainya. Manusia nak yg cantik-cantik kan. Tapi komunikasi antara pasangan sgt perlu jika ada sebarang ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Patutnya dah lama bagitau wife apa yg tak puas hati. Apa yg kurang. Itu sepatutnya.

So ibu-ibu, isteri-isteri yg dikasihi semua, seram kan dengar.

Set Kesihatan Shaklee ada pelbagai. Untuk kecantikan, berpantang, menyusu, hamil, yang nk hamil.
Inilah masanya kita jaga kesihatan dan kecantikan kita.
Ikhtiar, selebihnya biar Allah swt tentukan.

Hati manusia Allah swt yg pegang. Doa yg baik. InshaaAllah segalanya akan baik-baik hingga ke penghujungnya..

Amin..

By the way, bila dah preggy then bersalin, susukan anak ni, memang byk masalah menyusu. Kulit kering, nutrisi kurang, rambut dan kukuh rapuh. Wajah kusam. Tulang dan sendi sana sini sakit.

Set Asas untuk Berpantang

1. Vitalea
2. Vitamin C
3. Zinc Complex
4. B-Complex

Lagi baik kalau ambik sekali dengan ESP mommies.

Akan terasa perbezaanya utk yg dah pernah bersalin yg amik shaklee dgn yg tak ambik apa2. Yang ambik jamu-jamu dan akar kayu tu mmg bagus. Tapi yg susukan anak, nak ambik jamu segalanya ni mmg tak sampai hati. Takut baby sakit perut, cirit, panas badan. Dari kita tak ambik sebarang produk untuk pulihkan badan semasa pantang its better kita ambik kan. Shaklee senang nk amalkan. Cuma telan je 4 vitamins kat atas ni. Cuma ESP je kena bancuh. Takmo campur dengan air yg complicated xpe, campur je air suam. Kacau2 dan minum. Rasa soya..

Teringat kawan Ayu cerita, rezeki Allah swt jugak untuk anak beliau, sehari pam susu dpt 30 oz. MasyaaAllah byknya. Rezeki...

Tak semua org dapat sebanyak itu. Di samping dia sendiri berpantang betul dan tak skip pengambilan vitamin Shaklee, mmg dia nmpk kesan itu.

Fungsi Zinc Complex untuk cepat baikkan luka samada ceaser atau bersalin normal. Dan pemulihan luka di dalam yang kita tak nampak. Selain B Complex sendiri bertindak untuk hindarkan stress ketika pantang. InshaaAllah. Kita hanya ikhtiar.


Jom contact Ayu skg untuk dapatkan set berpantang uols :)
Ayu | 0124631670

Ara semakin pandai memilih

Assalam. It's monday. and lucky it's now 500pm already. Meaning lg 1 jam lebih je akan ambik zara dah. Pagi tadi nak siapkan pakai pampers and suruh minum susu pun berchenta. Punyalah pegang kaki takmo lepas. Memang taknak gi rumah bs. Waaaa..hancur luluh hati mak tau.

Pergi hanta muka sangat sedih. Salam dan cium tangan ibu pun muka monyok sebek2.
Alahai anak..

Then ibu dah sampai ofis sms bs tanya semua ok ka.
Bs kata ara ok tak nangis. Mintak dia tlg tengok2 kan ara.
InshaaAllah semoga anak ibu dilidungi Allah swt...

Loves, Ayu


Wednesday, November 12, 2014

Puisi Tepi Jalan

Buku yang harus dimiliki. Kena dapatkan cepat. Kenapalah baru sekarang tau kewujudan buku ni.
Memang minat dengan puisi Fynn Jamal. Tajuk, Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal.

Mendalam.

Puisi Fynn Jamal membawa 1001 makna dan menunjukkan kemajuan dlm puisi negara kita. Lain dari yang lain. Ada cara tersendiri. Like 1000x :)

RM17 je di MPH. Dengar kata dah edisi ke3 kot. Harap-harap ada rezeki nk grab 1.
MPH dekat apa lagi kita serbu lunch karang.

Satu puisi yang menyentap qolbu orang kata.

Suruh tengok-tengok hatinya,
Dah kecik katanya,
Suruh tengok-tengok perasaannya,
Dah calar katanya,

Asyik kita menengok-jaga
Yang kita terlanyak-lanyak
Ada orang tanya?

Fynn Jamal

Apa lagi yang suka dengan puisi jom gi beli 1. Hahah. Honestly Ayu tak pandai berpuisi. Masa sekolah2 selalu jugak masuk pertandingan deklamasi sajak, debate, menulis puisi pun ada masuk. Adalah jugak dapat no 2,3..Tapi pernah jugak dapat the best debator:)

Cuma nak setanding Fynn Jamal tu belum lagi.
Yang tu gifted bukan ada pada semua org. Nak belajar pun belum tentu dapat...

Loves, Ayu





Sampai Bila Agaknya Bertahan

Semalam kata nak buat spagetti dah tak jadi.

Wahahaha. Burger kisar habis dah kena uli jadi daging berger.

Dan minggu depan lah nampaknya projek 'menspagetti' ni :)

Sejak Zara suka sangat burger homemade papa mmg suka mntk burger ptg nti lah ibu grill burger tu.
Takleh makan selalu nti gumuks lah...

Pagi ni sempat buat sandwich telur. Itupun siap2 dah rebus telur malam tadi. Pagi ni lenyek2 je. Kih2.
Lunch kita bawak bekal sambal udang + bilis goreng garing.
Lauk lunch ara pun campak-campak je. Goreng kunyit udang + kacang buncis + fish ball.
Fish ball ni mmg fav ara, and kacang buncis pun. Dia segala sayur fav dia. Nasik je ada masa makan byk ada masa sikit. Nak diet kot. Jaga badan.

Program membawa bekal ni tatau tahan sampai bila. Kita tengok jelah nanti. Bergantung kepada kerajinan ibu Ara.
Sementara masih rajin memasak. Esok kalau dah malas dah tak boleh buat apa :)

Korang ada resepi best nk share dgn ayu?

Nak yg boleh buat express. 20-30 min dah siap masak. Heheh.

Kalau ada meh kita kongsi-kongsi.


Loves, Ayu

Tuesday, November 11, 2014

Berbekal ke Ofis

Azam baru.
Sebelum ni memasak untuk zara je.
Alang-alang masak untuk diri sendiri.

Sama-sama xde cili tak pedas.
Hari ni zara bekal mee goreng. Beg zara ke umah bs penuh dengan makanan. Hahaha . Sampai pernah bs tegur rajinnya lah masak. Tp actually masak simple2 je pun. Kalau tak sempat rebus telur je untuk ara. Asal ada bekal. Feeling risau anak tak makan tu memang menjadi-jadi sentiasa.
Hari ni Ibu buat lauk lunch sekali. Ayam goreng kicap berempah + kentang.

Ara makan mee goreng sambil cakap 'sedap betul mee ni' hahaha.
Comel anak ibu.

Kena bangun awal tiap hari and prepare siap2 semuanya malam. Then pagi esok, campak-campak je dalam kuali. 30 min siap, then mandi solat bersiap kejutkan si kecik ara pulak. Sian dia pagi-pagi kena bangun dah. Eh apalah sangat dengan waktu mengepam dulu. 430 pagi dah bergegas bangun. Kalau terbangun pukul 5 tu dah kira lambat. Huhu. Dengan nak lekat masking tape label baik punya satu-satu dekat botol susu ara. Just imaginelah kegigihan itu. Rindu pulak nak buat hehe.

Well I tell u, memang jimat gile. Hahhaa. Untuk hari ini cuma berbelanja rm1 itu pun teringin nak teh tarik. Best-best. Sesekali berbekal syiok jugak:)

Tengah pk esk nak masak apa. Dengan harapan bgn awal:)

Menu esok.
Pagi sandwich telur.
Lunch spaghetti bolognaise. Ok tak ?

Loves, Ayu








Sunday, November 9, 2014

Weekend dengan Anak Manja :)

Assalamualaikum.
Selamat pagi Isnin Malaysians!

Rasa tak cukup rest 2 hari. Kami tak ke mana pun lepak kat rumah je. Selain bawak zara jalan-jalan dekat2 area rumah. Plan nk visit kawan semalam tp terpaksa cancel sebab petang dah start mendung nak hujan. Papa zara sejak pagi selepas sarapan sibuk prepare buat daging burger.

Since pagi ni dah masing-masing kenyang makan sandwich telur so mmg kekenyangan sangat. Mengemas apa yg patut.

Resepi sandwich telur senang giler

Bahan-bahan
1. Sediakan roti gardenia
2. mayonis
3. lada sulah
4. garam secubit
5. telur 2-3 biji direbus
6. Marjerin

Cara-cara

1. Hancurkan telur menggunakan sudu/garfu.
2. Masukkan secubit garam, lada sulah dan mayonis ikut suka.
3. Sapu marjerin pada roti
4. Sapu kan campuran telur rebus tadi ke atas roti.
5. Tangkup roti dengan satu lg roti dan potong kepada 2.

Siap!!
Zara suka :)


Lunch masak ayam goreng berempah, ikan goreng garing siram dengan sambal pedas, ayam goreng berempah for zara dan sayur kubis goreng.

Then malam papa zara grill daging burger yg dia buat pagi tadi.
Cairkan cheese atas daging. Makan dengan roti mmg besh. Resepi. Tatau tu resepi rahsia dia hahaha.

Zara enjoy makan grill burger papa. Sampai dah habis pun mintak lagi. Esk kita buat lg ye sayang. Memang buat extra, kalau nk bakar je nanti :)


Selepas kenyang, pura-pura tdo lepas penat baca komik Doraemon hahaha. Tapi sebenarnya ligat main lepas tu nonstop main.

Kul 11 tdo sampai pagi.

Macam biasa pagi ni drama macam-macam tak nak ke rumah tok mummy.
Terpaksa pujuk macam-macam. Alahai anak. Sabar je doakan ibu berjaya. Tunggu ibu wahm nanti kita boleh g shopping berdua hari-hari :)

I love u, Zara :)

Thursday, November 6, 2014

Omega Guard untuk Ibu Hamil

Ayu dok baca tentang testimoni Omega Guard tadi.
MashaaAllah Omega 3 ni memang kaya dengan DHA dan EPA serta ALA which is bukan je baik untuk minda kanak-kanak yg membesar tapi janin dalam kandungan pun.

Dan kajian yg dibuat, si ibu yg mengambilOmega sejak dari dalam kandungan mmg akan melalui proses kehamilan yang berjalan lancar dan possibilty untuk kelahiran pra-matang adalah sangat kecil.

Dan, anak yg dilahirkan oleh si ibu yg mengambil Omega akan lebih cepat perkembangannya. Dari koordinasi mata dan tangan dan lebih cepat bercakap, dengan jumlah kosa kata yg lebih banyak.

Banyak betul manfaat ibu hamil yg mengambil Omega ni.
Untuk anak-anak seawal usia setahun mmg bagus dah mula amalkan. Either bagi dorang kunyah atau picit dan masukkan dalam makanan dorang pun boleh.

Byk testimoni pasal anak di rumah pengasuh yg mudah berjangkit demam dan selsema dari budak-budak lain jugak. Once dah amik Omega, kesan nampak dlm 2-3 bulan, dengan syarat istiqomah, memang jarang dah demam. Alhamdulillah. Dan daya fokus terhadap sesuatu lebih2 lagi apa yg kita ajar makin bagus :)


Ayu | 0124631670

Monday, November 3, 2014

Set Kombo Omega Guard

Assalamualaikum.
Memandangkan bulan ni promo Omega Guard, jom kita tgk set kombo yg best untuk uols grab:)
Pilih jangan tak pilih tau.
 
 
Set Kesihatan Lelaki
 
Omega Guard
Vitamin E
Zinc Complex
 
Set Si Manja
 
Omega Guard
Meal Shakes
Vitamin C
 
Set Gout
 
Omega Guard
Performance Drink
Alfafa
 
Set Darah Tinggi
 
Omega Guard
Alfafa
Lecithin
 
Set Kurus Premium
 
Omega Guard
Lecithin
Alfafa
Herblax
 
Set Kesihatan Wanita
 
Omega Guard
Ostematrix
GLA Complex
 
Set Asma

Omega Guard
Vitamin C
Meal Shakes
 
 

Ayu | 0124631670
SID 1099765

Sunday, November 2, 2014

Favourite Ara

Favourite Ara

Spa eti
Nasi oreng

Haha.

Both menu ni, ara akan makan bertambah. Simple menu. Selain telur dadar, ayam goreng berempah dan sayur campur.
Sesuai untuk anak-anak 1 tahun ke atas. Gigi dah banyak. So senang nak makan.


1) Resepi Nasi Goreng

Bahan-bahan :
1) Ikan Bilis yang dibuang tulang, mmg fav ara ikan bilis, boleh jugal letak fish ball, ayam atau daging.
2) Bawang merah, bawang putih dihiris halus
3) Sayur, carrot/kacang panjang/Kubis
4) Garam
5) Kicap
6) Telur
7) Nasi

Cara-cara :
1) Tumbuk halus bawang dan ikan bilis
2) Tumis dengan minyak yang sedikit. Sampai garing. Bau wangi semerbak.
3) Masukkan sayur kejap je takyah lama. Better potong halus cepat masak.
4) Masukkan kicap, garam dan telur, gaul sekata.
5) Masukkan nasik gaul rata

Siap dan boleh dihidang.

2) Resepi Spaghetti Bolognaise

Bahan-bahan :

1) Daging/Ayam kisar - ibu Ara pakai brand Ramly
2) Any sayur
3) Cendawan
4) Garam
5) Bawang
6) puri tomato/sos prego 1 tin

Cara-cara :
1) Goreng daging/ayam kisar dengan minyak yg sedikit sehingga daging separuh masak. then masukkan bawang goreng sampai layu. Daging akan keluarkan minyak sendiri so tak perlu letak byk minyak
2) Masukkan sayur + cendawan
3) Masukkan sos prego/puri tomato
4) Perasakan dengan gula, garam, mix herbs, sos tomato. Terpulang jika suka
5) Masukkan cheese kalau suka. Ayu masukkan telur suka sebab makin pekat
6) Biar mendidih dan daging masak, angkat dan hidangkan.





The Strongest Girl, Princess Zara

Malam tadi, bgtau Ara siap-siap. Sebab a few days ni dia memang manja. Buat hal sbb nak etxra attention. Kesian Ara.

Ibu :
Ara, ibu nak work esok.
Papa work.
Papa lambat lg balik.
Malam ni papa tak tito dengan kita.
Ara jangan cari papa, jangan nangis ok?
Esok ara bangun pukul 630 ye. Kul 7 kita go to rumah Tok Mummy, ok?


Ara :
ok. Papa work. Ibu ada.

Pagi ni, yes, ara bangun 630.
Then terus nak meal shakes, dah make sure dia minum susu, then potong kuku dia, tukar diaper, ikat rambut, sebab rambut makin panjang. Kuku potong takut dia cakar budak lain.

Ara ok dia happy. Dalam hati mungkin Ara ingat ibu nak bawak jalan kot.
Tanya.

"Ara nk pegi mana ni?" (Dalam hati menangis)

"Umah tok ami"


Dalam hati, nasib baik dia tau. Sebab jarak dekat, so just letak ara camtu je dalam kereta. Skg dah tak pakai baby seat. Tak sampai panas bontot dah sampai. Advantage bs dekat dgn rumah. Dan yg penting kalau hujan park kat lobby kereta dan boleh terus ambik.


Sampai sana muka nampak lain sikit, tapi redha. Yes, selalu budak2 yg dah biasa dihanta umah bs ni mmg redha. Payah nk imagine, macam kita berada di tempat baru, nak kenal org baru, nak sesuaikan diri dengan tempat baru. Kita ni dah dewasa takpe jugak. Dan dia hanya insan kecil, berumur 2 tahun perlu belajar berada di tempat baru, pandai bawak diri. Bila cakap mcm ni rasa panas mata, air mata bertakung.. Tapi dalam hati bangga sebab dia pandai bawak diri dan amik hati tok mummy, walau dia masih kecik.. Alhamdulillah..Dan kita ibu yg menghanta ni hanya Allah je yang tau bagaimana perasaannya..... Nak lepaskan anak pd orang menjaga. Cuma berdoa semoga Allah swt lindungi Ara walau di mana juga dia berada...

Ibu sayang Ara..
Papa pun sayang Ara..
Be strong ibu, be strong papa, be strong my girl, Nur Zara Damia, bg ibu masa sekurang-kurangnya 1 tahun lg..

I'll try my best dear. Doakan ibu.





Promo November Omega Guard

Assalamualaikum.

Good morning Monday!

Ok for this month, promo adalah Omega Guard.
Ada 2 promo yg best walau produk adalah sama

1) Beli 6 free 1
2) Beli 2 diskaun 5%

Meaning untuk yang nak share dengan geng-geng beli 6 terus korang akan dpt free lg sebotol. Dan yang cuma nk beli 2 je pun still dapat diskaun. So buatlah pilihan yg terbaik ye:)

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, anchovies dan herring. Dikatakan sebagai minyak ikan terbaik di dunia, mengalahkan jenama lain. Kaya dengan asid lemak Omega-3 paling tulen termasuk DHA, EPA dan ALA yang sangat baik untuk minda, menguatkan memori dan bagus untuk ibu-ibu selepas bersalin yg mudah lupa. Baik untuk memelihara sendi tulang dan memelihara kesihatan jantung serta menurunkan paras kolestrol dalam darah.

So, as a conclusion, here it goes..

Hadiahkan ayah omega guard untuk kesihatan jantung
Ibu untuk mengatasi masalah pelupa
Anak untuk menguatkan daya fokus kepada pelajaran
Isteri yang hamil untuk membekalkan nutrien yg bagus untuk otak bayi sejak dari dalam kandungan
Adik yang mengalami masalah asma.
Atau untuk saudara mara yg mempunyai masalah kulit, Omega Guard turut membantu mendapatkan kulit yang licin dan menghilangkan parut akibat eczema atau psiorosis.

Testimoni seorang customer
Memandu dari kampung ke Shah Alam yg mengambil masa kira-kira 4 jam, tak terasa penatnya. Tak mengantuk, mata cerah, Sedar-sedar dah sampai. Alhamdulillah. Maklumlah memandu seorang diri memang akan terasa mengantuk. Sebelum ambik Omega Guard, perjalanan 4 jam memang meletihkan:)



Hubungi Ayu at 0124631670 untuk pesanan produk :)
SID 1099765