Assalamualaikum.
Selamat pagi Isnin Malaysians!
Rasa tak cukup rest 2 hari. Kami tak ke mana pun lepak kat rumah je. Selain bawak zara jalan-jalan dekat2 area rumah. Plan nk visit kawan semalam tp terpaksa cancel sebab petang dah start mendung nak hujan. Papa zara sejak pagi selepas sarapan sibuk prepare buat daging burger.
Since pagi ni dah masing-masing kenyang makan sandwich telur so mmg kekenyangan sangat. Mengemas apa yg patut.
Resepi sandwich telur senang giler
Bahan-bahan
1. Sediakan roti gardenia
2. mayonis
3. lada sulah
4. garam secubit
5. telur 2-3 biji direbus
6. Marjerin
Cara-cara
1. Hancurkan telur menggunakan sudu/garfu.
2. Masukkan secubit garam, lada sulah dan mayonis ikut suka.
3. Sapu marjerin pada roti
4. Sapu kan campuran telur rebus tadi ke atas roti.
5. Tangkup roti dengan satu lg roti dan potong kepada 2.
Siap!!
Zara suka :)
Lunch masak ayam goreng berempah, ikan goreng garing siram dengan sambal pedas, ayam goreng berempah for zara dan sayur kubis goreng.
Then malam papa zara grill daging burger yg dia buat pagi tadi.
Cairkan cheese atas daging. Makan dengan roti mmg besh. Resepi. Tatau tu resepi rahsia dia hahaha.
Zara enjoy makan grill burger papa. Sampai dah habis pun mintak lagi. Esk kita buat lg ye sayang. Memang buat extra, kalau nk bakar je nanti :)
Selepas kenyang, pura-pura tdo lepas penat baca komik Doraemon hahaha. Tapi sebenarnya ligat main lepas tu nonstop main.
Kul 11 tdo sampai pagi.
Macam biasa pagi ni drama macam-macam tak nak ke rumah tok mummy.
Terpaksa pujuk macam-macam. Alahai anak. Sabar je doakan ibu berjaya. Tunggu ibu wahm nanti kita boleh g shopping berdua hari-hari :)
I love u, Zara :)
No comments:
Post a Comment