Monday, February 23, 2015

ASAM PEDAS UNTUK DIA

Hi semua :)
Semalam bertiga di opis. Harini tambah sikit orang. Berlima. Hahahah.
Mungkin esk akan lebih ramai kot. Mood kerja masih lagi kelaut ke bulan ke bintang gitu.

Kebetulan mood tengah kelaut ni. Teringat pulak cite baru TV3 tu.
Sapa ada tengok drama bersiri TV3, Slot Dahlia, Asam Pedas untuk Dia. Drama ni setiap Sabtu & Ahad 7.00-8.00 malam. Pelakon Syukri Yahya dan Dayana Roza.

Best baq hang. Hehe. Kebetulan memang peminat Asam Pedas. Tiap kali tgk dorang makan asam pedas terasa terus nk masak asam pedas. 
Drama ni adaptasi dari novel Asam Pedas untuk Dia.
Ada dijual di MPH, RM21 je. Penulis Nureen Mirza. Baru tadi ayu jumpa. Wahahah. 




Sinopsis Drama Asam Pedas untuk Dia
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Best kan3. Harap2 cepatlah habis. Katanya cerita novel lagi sedih. Huwaa...
Yang penting mesti happy ending

By the way ini gamba asam pedas bawak balik kampung ritu. Sebab mak suka asam pedas, dan ikan baung banyak dalam fridge. Jadiklah asam pedas ikan baung ni 1 periuk alhamdulillah. Tgh malam tu masak b4 tdo, esk packing masuk dlm tupperware bawak blk kampung. Rezeki ramai


asam pedas ayu :)

Lain kali ayu share resepi ye:)
Anywat tq sudi baca entri ni:)

Loves, Ayu

Sunday, February 22, 2015

Balik Kampung!!

Terperap je cerita gi zoo ni dalam draft. Baru sempat habiskan harini :)

Assalamualaikum semua.
Dah habis belum beraya Tahun Baru Cina?

Ini cerita cuti Thaipusam tadi. Balik kampung 30hb td. Dah lama pun hik3.
Malam sempat buat asam pedas ikan baung.
Teringat mak suka sangat asam pedas.
Ini tengah dok demam batuk teruk.
Tekak memang tak berapa nk rasa. Hentam je masak sambil campak2.

Tdo dekat pulul 1 lebih. Konon nk gerak balik kul 4 taknak sangkut jam dengan orang p keje depan Giant tu.

Lastly terjaga pukul 530.
Stress tul.
Sambung tdo balik, sampai 630 solat subuh then terus berkemas2. Buat sandwich semua untuk bekalan. Makanan ara penuh tupperware tak lupa 2 bijik telur rebus wajib bawak :)

Tepat kul 9 pagi kami gerak.
Alhamdulillah perjalanan smooth. Tak jam. Ara tido kejap sangat. Itupun sbb dia tdo lambat malam td. dan puul 8 pagi td dah ajak dia bangun n mandi.

Sampai umah maktok around pukul 2 pm camtu. Sonok dia. Ramai yg melayan.

sampai bilik terus landing

esoknya ail, sepupu ara pun balik, lagi sonok ara main. sorang satu basikal.

ara+ail
Petang-petang cam biasa ara akan melawat kebun maktok.
Macam-macam pokok ada. labu, kundur, terung, cili padi, limau purut, nenas..



ini namanya buah kundur. masak lemak cili api pun sedap :)


Dan memandangkan Selasa dah nak balik, Isnin pagi kami siap-siap ke zoo Taiping.
Maktok nak bawak ara tgk giraffe, hippo, zebra..sampai-sampai dah dpt spek mata maka melaramlah ara :)..

melaram kejap si kecik ni:)

gamba mula2 tangkap. kalau minat keluar pintu zoo nti boleh beli. tapi tak nak beli takpe takde paksaan. sekeping rm30. plus fridge magnet kecik je rm 25. so total is rm55


parrot ni dekat pintu keluar zoo

rusa ubi, spesies rusa paling besar

mak tok, maksu, mak jang n maklang

ibu&papa

sonok amat gajah mandi panas2 ni:)

ara dan maksu


Pada yang nak datang cni, strongly recommended

Zoo Taiping
Jalan Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

Tiket masuk :
Dewasa : RM16
Senior Citizen : RM8
Kanak-kanak 3 tahun - 12 tahun : RM10















Wednesday, February 18, 2015

Kebosanan di ofis

Rabu yang bosan!!
So opismate belanja magnum.
Sambil menunggu panggilan HR untuk bg approval balik awal.
Finally kami boleh balik at 430 pm. Yahoo...

And then cuti CNY 4 hari.
Long weekend.
Masa untuk rehat puas-puas sambil mengemas rumah dan main dengan ara 4 hari. Sukalah ara ibu dok umah:)



InshaaAllah bulan 5 nanti labour day kami balik kampung lagi.
Tak larat nak bersesak blk kg nanti :)