Assalamualaikum semua.
Dah habis belum beraya Tahun Baru Cina?
Ini cerita cuti Thaipusam tadi. Balik kampung 30hb td. Dah lama pun hik3.
Malam sempat buat asam pedas ikan baung.
Teringat mak suka sangat asam pedas.
Ini tengah dok demam batuk teruk.
Tekak memang tak berapa nk rasa. Hentam je masak sambil campak2.
Tdo dekat pulul 1 lebih. Konon nk gerak balik kul 4 taknak sangkut jam dengan orang p keje depan Giant tu.
Lastly terjaga pukul 530.
Stress tul.
Sambung tdo balik, sampai 630 solat subuh then terus berkemas2. Buat sandwich semua untuk bekalan. Makanan ara penuh tupperware tak lupa 2 bijik telur rebus wajib bawak :)
Tepat kul 9 pagi kami gerak.
Alhamdulillah perjalanan smooth. Tak jam. Ara tido kejap sangat. Itupun sbb dia tdo lambat malam td. dan puul 8 pagi td dah ajak dia bangun n mandi.
Sampai umah maktok around pukul 2 pm camtu. Sonok dia. Ramai yg melayan.
sampai bilik terus landing |
esoknya ail, sepupu ara pun balik, lagi sonok ara main. sorang satu basikal.
ara+ail |
Macam-macam pokok ada. labu, kundur, terung, cili padi, limau purut, nenas..
ini namanya buah kundur. masak lemak cili api pun sedap :) |
Dan memandangkan Selasa dah nak balik, Isnin pagi kami siap-siap ke zoo Taiping.
Maktok nak bawak ara tgk giraffe, hippo, zebra..sampai-sampai dah dpt spek mata maka melaramlah ara :)..
melaram kejap si kecik ni:) |
gamba mula2 tangkap. kalau minat keluar pintu zoo nti boleh beli. tapi tak nak beli takpe takde paksaan. sekeping rm30. plus fridge magnet kecik je rm 25. so total is rm55 |
parrot ni dekat pintu keluar zoo |
rusa ubi, spesies rusa paling besar |
mak tok, maksu, mak jang n maklang |
ibu&papa |
sonok amat gajah mandi panas2 ni:) |
ara dan maksu |
Pada yang nak datang cni, strongly recommended
Zoo Taiping
Jalan Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan
Tiket masuk :
Dewasa : RM16
Senior Citizen : RM8
Kanak-kanak 3 tahun - 12 tahun : RM10
No comments:
Post a Comment