Thursday, August 27, 2015

Bertabahlah..

Assalamualaikum.
Lamanya ayu tak jenguk blog ni..

Seminggu jugak dah ayu tak drive.

Last week accident.
Alhamdulillah takde kecederaan yg serius. Cuma lebam dan luka sikit sahaja.
Allah masih beri peluang bernafas di bumi ini. Syukur tak terhingga.

Dugaan untuk kami. Ditambah kereta hubby yang kena curi sebelum raya tadi.
Pergerakan pun terbatas buat sementara ini.
Sementara tunggu claim insurance. Tgu kereta yg sebulan jugak kat workshop.

Alhamdulillah ada insan mulia yg sanggup pinjamkan kereta sementara untuk kami.
Kalau tak ibarat patah kaki jugaklah nk ke tempat kerja.
Tp ayu mmg dah tak drive.
Sangat trauma. Sbb eksiden pun agak teruk.
Harapnya semangat ayu cepat pulih semula. In Shaa Allah dengan doa dan kata2 semangat kawan2 ayu dpt balik seperti dulu. Ayu bersyukur kerana masih dpt blk ke rumah memeluk ara. mencium ara seperti selalu.
Ara pun mcm fhm situasi ibu. Dia taknak berenggang dgn ibu sejak peristiwa yg menakutkan tu.

Hidup hanya sekali.
Dugaan itu datang dari Allah swt untuk hamba2nya.
Sabar. Redha. Ada hikmah tersembunyi.
Menjadikan diri lebih matang dan bersyukur.
Tak semua dugaan itu kifarah, atau kerana dosa2 yang pernah kita lakukan.
Jangan berburuk sangka pada Allah. Sentiasa bersangka baik padaNya.

Satu pengajaran yang ayu dpt dari dugaan yg menimpa kami sekeluarga.
Duit ringgit bukan segalanya.
Kesihatan, masa dan setiap detik bersama org2 yg kita sayang itu yg paling berharga. Jangan sesekali lupa pada Allah. Susah atau senang. Kerana satu hari nanti kita pasti kembali pada Dia.
Siapalah kita tanpa Dia.
Hanya manusia biasa yg terlalu banyak kelemahan di sana sini.
Allah masih beri peluang untuk menjadi manusia yg lebih baik. Ayu takkan sia-siakan.

Ya Allah syukur atas segalanya yg aku miliki hari ini dan semalam.
Redha itu indah. Syukur itu menenangkan hati yg gelisah.
Pandang sekeliling, lihat org yg lebih lg susah dgn dugaan berbeza yang menimpa mereka.

Lailahailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimin..
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Allah sentiasa bersama..