Sunday, December 6, 2015

Good bye a young, humble and handsome prince

Innalillah hiwainnailahirojiun.

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali

Pemergian seorang putera raja yang ditangisi.
Merendah diri dan penyayang.

Semoga tunku ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Benarlah, insan yang baik akan pergi dulu untuk bersama penciptanya.

Sebak melihat tangisan Sultan Johor. Seorang ayah yang pastilah terlalu sayangkan anaknya, jatuh juga air mata atas perpisahan untuk selamanya. Semoga kerabat di raja Johor tabah menghadapi dugaan ini.

Kita, pasti akan menyusul.
Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, tunku sentiasa di dalam ingatan kami..


Thursday, August 27, 2015

Bertabahlah..

Assalamualaikum.
Lamanya ayu tak jenguk blog ni..

Seminggu jugak dah ayu tak drive.

Last week accident.
Alhamdulillah takde kecederaan yg serius. Cuma lebam dan luka sikit sahaja.
Allah masih beri peluang bernafas di bumi ini. Syukur tak terhingga.

Dugaan untuk kami. Ditambah kereta hubby yang kena curi sebelum raya tadi.
Pergerakan pun terbatas buat sementara ini.
Sementara tunggu claim insurance. Tgu kereta yg sebulan jugak kat workshop.

Alhamdulillah ada insan mulia yg sanggup pinjamkan kereta sementara untuk kami.
Kalau tak ibarat patah kaki jugaklah nk ke tempat kerja.
Tp ayu mmg dah tak drive.
Sangat trauma. Sbb eksiden pun agak teruk.
Harapnya semangat ayu cepat pulih semula. In Shaa Allah dengan doa dan kata2 semangat kawan2 ayu dpt balik seperti dulu. Ayu bersyukur kerana masih dpt blk ke rumah memeluk ara. mencium ara seperti selalu.
Ara pun mcm fhm situasi ibu. Dia taknak berenggang dgn ibu sejak peristiwa yg menakutkan tu.

Hidup hanya sekali.
Dugaan itu datang dari Allah swt untuk hamba2nya.
Sabar. Redha. Ada hikmah tersembunyi.
Menjadikan diri lebih matang dan bersyukur.
Tak semua dugaan itu kifarah, atau kerana dosa2 yang pernah kita lakukan.
Jangan berburuk sangka pada Allah. Sentiasa bersangka baik padaNya.

Satu pengajaran yang ayu dpt dari dugaan yg menimpa kami sekeluarga.
Duit ringgit bukan segalanya.
Kesihatan, masa dan setiap detik bersama org2 yg kita sayang itu yg paling berharga. Jangan sesekali lupa pada Allah. Susah atau senang. Kerana satu hari nanti kita pasti kembali pada Dia.
Siapalah kita tanpa Dia.
Hanya manusia biasa yg terlalu banyak kelemahan di sana sini.
Allah masih beri peluang untuk menjadi manusia yg lebih baik. Ayu takkan sia-siakan.

Ya Allah syukur atas segalanya yg aku miliki hari ini dan semalam.
Redha itu indah. Syukur itu menenangkan hati yg gelisah.
Pandang sekeliling, lihat org yg lebih lg susah dgn dugaan berbeza yang menimpa mereka.

Lailahailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimin..
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Allah sentiasa bersama..




Sunday, July 12, 2015

Menghitung Hari..~Raya Dah Dekat~

Assalamualaikum:)
Mesti semua pun sibuk tgk kalendar kan. esok lusa, tulat je lg nk blk kampung.
Bestnya, dpt bebuka puasa dgn mak, abah dan adik2..

To do list almost done
kuih raya dah
baju raya dah
service keter dah
duit raya dah tukar
packing baju 50%
last top up touch and go :)

Yang last, mengemas rumah..
tada..berat jugak ni..
inshaaAllah sempat;)

Rasa nk lompat bintang je bila dgr lagu raya.
Teringat zaman main bunga api.
Kemeriahan raya di kampung dgn sepupu2 zaman kanak-kanak ribena dulu.
Masa berlalu cpt, semua dah besar panjang.
Skg zaman anak2 masing2 pulak.
Persiapan ibu ayah ala kadar, Yang penting ank hepi.
Bila umur meningkat, masa bersama keluarga yang paling ditunggu2. Priority bukan lg pada shopping sakan raya.

Berkumpul ramai2 dgn sanak saudara adalah momen yg takkan dpt dibeli dgn wang ringgit.

Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dgn Syawal.
Terasa hiba Ramadhan akan meninggalkan kita. Masih sempatkah kita bertemu dgn Ramadhan pd tahun depan..
Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah swt.
Semoga kita diberi pengampunan olehNya.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Berhati2 pulang ke kampung halaman.
Jangan tergesa-gesa.
InshaAllah akan dipermudahkan sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi.

LOVES, Ayu

Monday, July 6, 2015

Special tips untuk kaum hawa..


Assalamualaikum.
Dah lama ayu tak menjengah blog ni.
Sibuk, sampai bersawang blog.
Alahai sibuklah sangat kan. Ececeh sibuklah sangat:)

Pernah tak kawan2 dlm keadaan terdesak. Takut, risau. jalan sorang2.
Drive malam2.

Jom ayu nk share 1 ayat yg inshaaAllah jika diamalkan akan sentiasa dilindungi Allah swt dan malaikat.

Surat Yasin Ayat 9 bermaksud .
Dan kami adakan dinding di depan dan di belakang mereka, kami tutup pandangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

"waj alna mim baini aidihim saddaww wamin halfihim saddaw waakshainahum fahum la yub sirrun"

Untuk lebih tepat lagi bukak Quran pergi ke surah Yasin cari ayat 9.

Baca 9x bila dalam keadaan kesusahan. InshaaAllah akan terhindar dari niat jahat manusia.

Selepas itu sebaiknya baca Ayat Kursi 3x. InshaaAllah 70,000 malaikat akan melindungi.

Al - Quran itu indah. Mendengar bacaannya indah. Membacanya indah. Memahami maksudnya indah. Mengamalkan ajarannya lebih indahnya.

Semoga bermanfaat.

Hari ni berbuka apa ye?
Selamat berbuka utk semua umat Islam :)

Wednesday, May 13, 2015

Simple Celebration for May babies

Assalamualaikum.

Actually, May babies ada dua.

Dorang adalah...

Ara ...

&..

Papa...

Papa Sabtu ini. Tapi kita buat sekali terus hehe.

Hadiah si kecik dah sorok dalam kereta. Tapi asyik sebut je nak playdoh ice cream. Sampai tak selera nak makan dah.

Special for both of u


Sebab tatau nk makan kat mana, yg ara suka makan. Yang dia boleh makan, dah tentu KFC:)


Sebelum makan kena baca doa dulu


Papa guide ara ikut :)


May Babies..Em dapnya kek, ara nak makan, nak makan ;)

Ada jugak gamba ibu nak selit kat sini.
Hope u guys happy. Yang penting balik rumah ara terus sambar mainan.


ara taknak pandang kamera hahah


Tanjat kita tau tengok hadiah. Thanks Aunty Shikin n Aunty Nas kirim present untuk kita tau.
 Love u:)


Seperti biasa, 2-3 jam main then biar merata-rata. Hahahah.
Eh playdoh tu end up ibu n papa je yg main.

Ara lebih suka buku kot n hippo yg cute tu. So malam td ara bawak Hippo tdo dengan dia, kawan baru ara.
Hippo Junior yg aunty Shikin kasi.

Semoga ara membesar menjadi anak yang solehah, menjadi manusia yg berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Doa ibu sentiasa bersama ara..

Loves, Ayu..






Tuesday, May 12, 2015

Zara turns 3

Alhamdulillah hari ni pada 3 tahun yg lalu, bermulalah perjalanan hidup seorang ibu:)
Pertama kali menatap wajah si kecil ini, perasaan sayang mucul terus di segenap jiwa dan raga.

Alhamdulillah princess ibu membesar dengan sihat dan petah berkata-kata.

Ibu doakan ara menjadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat.
Doa ibu sentiasa bersama ara selagi ibu masih bernyawa.

Takde kata2 yg dpt gambarkan syg ibu pada ara. Ara ibarat nyawa ibu.
Ara anugerah terindah dalam hidup ibu.

Kepada anak syurga ibu, Nur Zara Damia, Selamat Hari Lahir sayang :)



Wednesday, April 1, 2015

Resepi Pau Sambal @ Burger Malaysia Versi Mudah

Salam Khamis.
Jom doa yang baik, fikir yang baik dan inshaaAllah kita akan dapat hasil yang baik jugak :)

Baru cuba actually buat burger malaysia/pau sambal ni.
Senang je rupanya. Tak beza pun dengan buat donut.

Bahan Sambal
*Ikan bilis
Cili kisar (ikut kepedasan korang suka)
Belacan seinci
Garam
Gula
*Bawang putih 
*Bawang merah
Air asam jawa

Cara-cara
Kisar semua bahan bertanda * (kalau korang taknak kisar bilis xpe, lebih terasa bilis tu bila makan pau nanti:)
Tumis dengan sedikit minyak sampai naik bau
Masukkan 2 senduk cili kisar (ikut kepedasan yang korang suka)
Masukkan cili kisar dan belacan, masak sehingga pecah minyak 
Masukkan air asam, gula dan garam sehingga cukup rasa.
Bila sambal dah agak kering, tutup api dan ketepikan.

Bahan Doh
*2 cawan tepung gandum (anggaran yang ayu letak)
*2 sudu susu tepung/susu pekat manis
*2 sudu besar butter/margerin*2 1/2 sudu besar gula halus*1/2 sudu kecil garam
1 pek yis serbuk (ayu guna mauripan)
*sedikit air

Cara-cara buat doh
Mula-mula bancuh yis dengan air suam. Biarkan 10 min sampai yis tu berbuih2. 
Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Masukkan juga yis tadi dlm mangkuk dan uli sehingga sebati. 
Biarkan seketika 20-30 minit. Tutup adunan dengan tuala basah.
Selesai 30 minit, tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan adunan. Goreng dengan minyak sederhana besar. Balik-balikkan utk dapatkan warna kuih yang sekata.
Goreng habis adunan.

Potong pau di tengah2. Jangan sampai putus ye.
Masukkan sambal dan timun.
Siap.
Now boleh makan.
Adunan ayu dpt dlm 13-15 bijik juga. Kenyanglah utk bersarapan dgn hubby. Itupun xhabis makan. Lunch tu sambung makan balik. Untuk si ara, ayu buat donut ball. Bulat-bulat kan je adunan tadi, then goreng, golek2 je dengan gula halus. 3 bijik ara makan. Hahaha. 

Btw, kekuatan pau sambal ni terletak pd sambalnya. Kalau sambal banyak, sedap, memang umpphlah ;)





Anyway, selamat mencuba tau.
Terima kasih sudi baca:)

LOVES, Ayu

Resepi Kuih Ketayap Mudah & Gebuss


Assalamualaikum
Salam Rabu :)

Rabbi yassir wala tu' asir
Rabbi tham min bil hairi

Ya Allah kau permudahkan..jangan disukarkan
Ya Allah kau akhirkan dengan kebaikan..

Btw, lama dah simpan resepi ni.
Nak share sebab senang. Kalau beli kat kedai belum tentu best kan. Payah nak jumpa yang sedap.
Kebetulan hubby suka. Belajar dengan mak masa mak datang last month. So cuba buat. Alhamdulillah jadi! :)


BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung 
1 biji telur 
1/2 cawan pati santan 
1 cawan air 
2 sudu besar minyak 
Sedikit pati daun pandan atau pewarna hijau 
1-2 cubit garam 

BAHAN INTI
2 cawan parutan putih kelapa 
Gula melaka beberapa ketul
Gula pasir (ayu letak half cawan je)
2 cawan air  
1 helai daun pandan - disimpul 
1/2 sudu kecil tepung gandum 

CARA MASAK INTI
Masukkan air dalam kuali. Simpulkan daun pandan campak masuk dlm kuali. Letak gula pasir dan beberapa ketul gula melaka ikut manis yang korang suka. Bila gula dah cair, masukkan kelapa dan masak sehingga kelapa kering. Last skali masukkan sikit tepung gandum supaya inti korang tak melekat2. Cara masak inti ketayap sama je dengan kuih koci. Senang kan? :)

Ini dia inti yang dah siap dimasak.. 





Cara Masak Kulit :
Masukkan semua bahan. Kacau sehingga tak berketul. Untuk dapat hasil yang cantik boleh tapis. Then masukkan sikit minyak dalam kuali, ambil 1-2 senduk ikut besar yg korang nak dan goreng hingga masak. Tak perlu terbalikkan, terus angkat.






Sambil tgu bancuhan tepung habis boleh mula menggulung kuih ketayap.
Maaf rupa pastry dia tak cantik. Korang boleh buat lagi cantik kot. Ayu pakai kuali biasa je ni :)


Ini hasil yang dah siap. 

Untuk satu bancuhan ni Ayu dapat dalam 14-15 ketul kuih ketayap. Kira mmg kenyanglah kalau makan 3-4 org orang pun:)

Sesuai untuk hidangan pagi atau petang. 
Tak susahkan. Cara buat inti sama macam inti kuih koci :)
Kelapa tu ayu beli kelapa parut dari sebijik kelapa. Around 2.40 rege dia. Ayu guna half je. Half lg leh simpan buat kuih buah melaka pulak. Ni resepi kuih gula melaka, KLIK SINI YE 

Selamat mencuba. 
Terima kasih sudi baca :)

LOVES, Ayu

Thursday, March 12, 2015

Fantasy Kaka - 3D Bear Step by Step

Assalamualaikum
Kejap je kan dah Friday.

Memenuhi undangan kahwin je bulan ni. Start cuti skolah start esk smpai next week. Lenggang kejap jalan nti :) Best2 boleh g keje dengan tenang selama seminggu. 

Jiran sebelah, colleague introduce pulak dgn si kaka ni. Dari Chinese sites..So ayu tak paham dia yg translate kan. Apps 3d. Comel sangat polar bearnya. Nak tgk x cmna.

Haa..cmni.. Keluar dari hp lagi you.




Jom Ayu ajar step by step camana nk buat ye darlings..

1) Kena ada 2 handphone.
2) Hp1 yang akan dowload apps ni, mestilah android. Sebab barcode yg ayu ada ni suits dengan adroid, apple xjadi. Hp hb ayu adroid, ayu apple. So hubby, Hp1, ayu, Hp2. Both android pun ok, tak kisah.
3) Mesti ada code reader. qr code reader pun ok, atau any code reader janji leh baca bar code tu.


scan code ni dgn hp adroid

4) ok, skg korang scan Hp1 ni guna code reader tu. (scan dari Hp2). 
5) Selepas tu, akan ke 1 page yg mintak korang install apps ini. So install aje tau. Takes time skit kot. Tapi kena sabaq naa.
6) And then buka apps tu, akan keluar gamba polar bear, tak lama keluarlah screen mcm kamera tu. 
Standby Hp2 , yang ada gambar polar bear ini ye. 

7) Halakan hp korang ke Hp2, fokus tau ke gambo tu, cubalah ketiga2 gambo ni ye kalau nk explore more..

save gamba ni ke HP2

3D Bear
save gamba ni ke HP2


3D Bear
save gamba ni ke HP2


 tak lama keluar si kaka ni dgn mcm2 aksi.
Masa tu korang leh la snap gambo dia bebanyak. 

Macam yang ni.......

Tadaaa...
comelkan polar bear ni:)







Senang je kan, kan.

Selamat Mencuba tau :)

Harap korang faham steps ayu ni. Kalau tak faham boleh tanya ok:)

Loves, Ayu.


Wednesday, March 11, 2015

Dia Bukan Lelaki Lembut!

Salam Khamis.
Jom basahkan lidah dengan zikir..
Subhanallah al adzim. Subhanallah wabimhamdihi.

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)


Sambil kerja pun boleh zikir. Sebelum tidur boleh. Sambil masak boleh. Jom amalkan bermula hari ni jom:)

Ops tentang tajuk entri ni. Dia bukan lelaki lembut.
Dalam Berita Harian hari ni. Datuk Aliff Syukri. Muda. Seronok tengok.
Punya keluarga yang bahagia. Bermula dari bawah. Jatuh bangun dalam bisnes semua beliau dah lalui. Terharu baca pengalaman beliau. Cita-cita besar. Tak mudah kalah. Bangga anak Melayu seperti beliau berjaya buktikan walau berasal dari keluarga miskin, masih boleh berjaya dengan usaha sendiri.
Pentingnya kelainan dalam bisnes kata beliau. Teknik marketing perlu sangat. Dan suara kepit itu hanya salah satu strategi marketing. Kebenarannya, beliau seorang yang tegas.


Datuk Aliff Syukri, Pengasas D'herbs dan keluarga
Gambar : Berita Harian


So yg nak berbisnes, jom tampilkan kelainan dlm bisnes korang.
InshaaAllah boleh berjaya.

Ada tak nk jadi ahli Shaklee. Meh calling/whatsapp Ayu ye :)

Ayu - 0124631670


Tuesday, March 10, 2015

Resepi Kuih Koci Step by Step

Semalam tetiba teringat kuih koci. Terbayang rasa kuih koci yg lemak2 manis tu.
Haha. Gatal fikir nak makan apa kan. Haa ambik, kan dah kena buat. Takleh nk gantung kuali periuk lah malam sambil tgu Antidot final episod semalam. 
Gigih cari daun pisang. Kedai kedua jumpa daun pisang. Kedai ketiga jumpa tepung pulut hitam. Balik kerja bergegas beli. Brg2 lain mmg dalam fridge dah.

Susah ke nk buat?
Tak susah sangat. Tapi banyak steps. Kena sabar sikit kalau dah teringin kan, kan:)
Resepi di hujung jari. Eh lupa nk cakap buat ni dgn encik hb semalam. Kalau buat sorang mmg kena tgu wikenlah. Hik3. Start pukul 830 pukul 950 dah settle. Jom tgk steps..

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Bahan-bahan :
Tepung pulut hitam
Tepung pulut
Kelapa parut
Gula putih
Gula melaka
Daun pandan
Pati santan
Daun pisang

Cara-cara :
1. Masukkan air ke dalam kuali, then gula pasir 1 cawan + beberapa ketul gula melaka. Jangan lupa letak daun pandan yg disimpul

2. Make sure hancur semua gula
3. Bila dah hancur baru masukkan kelapa parut. Biar sampai kering

4. Bila kering tutup api.

5. Skg sediakan doh dia pulak ye ataupun kulit kuih koci ni. Masukkan tepung pulut + tepung pulut hitam ditambah air sikit-sikit tau. Jgn byk sangat sampai uli sambil tambah air. 
Sampai dah agak-agak boleh gentel2 nti dah boleh stop
doh

6. Buat bulat mcm nk buat kuih gula melaka, leperkan dan masukkan inti tadi. Tutup balik jdkan bulat tau. Buat sampai siap. Ayu letak tepung kat tangan supaya xmelekat masa gentel bulat2 tu. 
7. Panaskan air dlm periuk dan masukkan kuih tu dlm air rebusan sampai timbul sama mcm kuih gula melaka. Nak selamat buat je bulat letak je inti terus masukkan kuih dlm periuk tadi.
rebus sampai timbul

8. Angkat kuih bila dah timbul di permukaan periuk. Tak lama pun less than 1 minute. Terus masukkan dalam mangkuk yg diisi dengan pati kelapa/santan.
rendam dlm pati santan jap

9. Jangan lupa potong daun pisang lebih kurang 10cm x 10cm. layur atas api dulu tau.
10. Letak sikit minyak atas daun pisang. Ambil kuih tadi. Letak ats daun pisang. Ambik sesudu pati santan letak atas daun pisang dan lipat ala-ala bungkus nasi lemak. Buat sampai habis
Letak minyak sikit atas daun pisang


11. Kukus dalam masa 15-20 minit. Dah sejuk boleh ngapp :)
Total dpt dlm 22-23 bijik. Abaikan balutan, sbb tak pro lagi nak wrap daun pisang tu


Oklah rsanya amatur lg kan. 1st time cuba buat. 
Ada lebih lagi inti tu, boleh cuba buat kuih ketayap pulak kot kalau2 rajin:)


Update pukul 10 pagi tadi tinggal 2 je. 

Tak susah punkan, kan :)
Jom cuba. Kalau kat kedai ni mungkin 50 sen kot sebijik. Tapi buat sendiri dapatlah sepinggan penuh. Haa makan sampai lebam;)

Selamat mencuba kawan-kawan!
Tq sudi baca

Loves, Ayu.

Monday, March 9, 2015

Antidote

Assalamualaikum.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Sapa tengok drama Antidot?
Diilhamkan dari cerita The Walking Dead.
Tapi Zombie yang dalam cerita ni agresif tau, siap boleh lari lagi :)

Anyway, good attempt, Memang layan je cerita ni. Gendre fiksyen.
Barisan pelakon utama. Tak silap pengarah Khabir Bahtiar. No wonder cite dia boleh dikatakan oklah. kira bg 4 bintang :)

Remy Ishak sebagai Fatah
Nabila Huda sebagai Teja,
Kamal Adlin sebagai Alam
Nad Zainal sebagai Frida

Ops malam ni rupanya final episod. Hopefully happy ending. Tak sabar nak habiskan tengok. Suspen setiap minggu.





Resepi Asam Pedas Melaka

Salam Selasa.

Waa kenapa tekak suka sangat asam pedas skg.
Sebab novel asam pedas tu ke? Ke sebab drama asap pedas, Si Ziyad tu hensem?
Bulan ni je dah 3x masak asam pedas. Kih3.
Sila percaya tau.

Asam Pedas Melaka.
Resepi ni ayu buat eksperimen lepas buat research dkt mr google.
Banyak pesen rupanya. Sebelum ni buat yg cair-cair je. Sbb mak org Pahang resepi sana mmg jenis cair.

Tapi nk buat kuah yg pekat tu bukan senang tau. Kena study lebih sket:)

Bahan-bahan
*Bawang putih (4-5 ulas)
*Bawang merah (3-4 ulas)
Halba
Belacan (2-3 inci)
*Kunyit hidup
*Halia
*Serai
Lada hitam
*Cili kering/cili yang dah dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Ikan kembong/tenggiri/pari
Daun kesum (wajib ada)
Bunga kantan (kalau ada)
Kerisik
Rempah kari (satu sudu kecil)
Bendi (optional)
Tomato (optional)

Cara-cara
1) Blend bahan bertanda * & tumis dengan sedikit minyak bahan bertanda *
2) Masukkan halba dan belacan & masak hingga garing. Sebaiknya sampai cili tu merecik-recik tau :)
3) Masukkan air asam mengikut tahap masam yg korang suka. Tak kira byk mana air korang topup kena masukkan air tu dlm asam jawa tu, biar pun cuma sebijik asam jawa yg ada dlm mangkuk. Baru dpt asam pedas yg pekat.
4) Masukkan rempah kari sikit je untuk kaler. Then masukkan bunga kantan + daun kesum
5) Masukkan ikan dan bendi
6) Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa

Siaplah!!
Eh mcm senang je. Kata susah. Hik3 mana ada susah sgt. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih..

Taraaa...

1st time masak asam pedas keli, tak sangka ikan keli mmg kena masak asam pedas, asik ulang alik ratah je :)
Emm ada yg kata letak daun kari sikit. Tapi ayu tak letak. Kerisik pun xletak. Maybe next time boleh cuba :)

Tips nak hidangkan asam pedas ni, sebaiknya tunggu 3-4 jam sebelum makan.
Nak sedap lg masak malam sebelum then esknya makan.
Dah sebati asam garam org tua-tua cakap :)
Sama mcm kari, lagi sedap tunggu beberapa jam sebelum dihidangkan. Mesti meletop.
Jangan lupa selawat masa masa, inshaaAllah sedap masakan korang :)


Harap entri ni bermanfaat.
Selamat mencuba :)

Loves, Ayu


Monday, March 2, 2015

Promosi Shaklee March 2015


Calling untuk peminat tegar ESP.
Stok kat rumah dah habis?
Dah nak habis?
Nak kumpul balik stok March lah yg paling sesuai.
Bulan ni promo untuk ESP dear..Beli 2 DISKAUN 5%. Beli 6 FREE 1 canister yg berharga RM150. Berbaloi kan, kan.

Sayangnya Shaklee kat customer, sanggup extend lg last 2 months promo Vitalea for Children. Promo ada lagi tau.Beli 3 dapatlah FREE 1.
Demand untuk Vitalea ni sentiasa ada. Mak ayah mana takmo tgk anak sihat bagai juara kan, kan :)

Ops vitamin untuk lelaki pun ada lah. Zinc Complex. Untuk atasi msalah kesuburan, tp pempuan pun bagus tau ambik zinc, yang tengah berpantang. Cepat sembuhkan luka tak kira bersalin normal atau pembedahan. Selain tu bagus untuk tulang, rambut, kuku dan gigi. Yang ada masalah keguguran rambut, bagus ambik zinc ni :)







#ESP
#VitaleaforChildren
#ShakleePromo
#PromoMarch
#FreeItems


Nak membeli tp tatau cmana?
Jom contact ayu @ 0124631670

Sunday, March 1, 2015

Setia City Mall 28 March 2015

Assalamualaikum:)

Pagi Isnin.
Monday blues tak korang?
Hahah. Biasa lah tu kan. 
Dah habis dah mood holiday. Back to normal dah pagi ni pun jam macam biasa dah. Kita tgu cuti skolah yg seminggu tu next week, 14-22 March. Masa tu jalan lenggang balik. InshaaAllah boleh berhooray-horray gi keje. Mesti ramai bawak anak jalan2 lagi cuti sekolah kan3.

Weekend td mula2 ingat nak bawak ara jalan-jalan Shah Alam.
Ops baru teringat tak pernah lg pegi Setia City Mall.
Nak menghala ke Shah Alam ya Allah jam sangat. So kami terus tukar plan xjadi masuk shah alam. terus tekan waze menghala ke Setia City Mall.

Not bad. Banyak kedai. Convienent sangat. Safety sangat best. Even escalator pun diberi instruction untuk naik dan guna dengan betul. Parking pun senang nk dapat. Tak macam last week masa CNY ke IOI mall tu mak aih payahnya nk dapat parking. 

Ehem lepas belanja si ara aiskrim. Puas hati dia. Lepas beli limau mandarin kesukaan ara, kami g toilet. Nak tukar pampers si kecik ni. Wah cari2 dlm toilet pempuan xde lah tempat tukar. Alamak cmne. Hmm, keluar balik ternampak bilik untuk baby. Wah. best ni. Sangat selesa. Dengan sliding door lagi. Nak masuk perlu tekan button di tepi pintu. Ada sensor, bila dah masuk pintu tertutup sendiri. Ececeh. Selesa ada bilik untuk ibu menyusu lagi tau. Around 3-4 bilik jugak. Ada toilet untuk si kecil. Sinki pun ada. Kira boleh mandi dengan senang hati ctu. 

Jam pun dah 2 lebih. So kami g cari surau. hujung bangunan. Oklah suraunya. Cuma ramai sangat orang. Agak crowded. Kruk2 perut lapo pulak.

Then tanya ara nak makan apa. Ara nak epci...Err apakah KFC?
Hahaha. Oklah ara. kfc ok :)
Abis seketul drum stick. Cheesy wedges berketul2.
Nasik adalah 5-6 suap je. Kenyang dah tu.

Lepas je makan, keluar dari building ni saja nk tgk apa kat luar. Wah2 ada playground ada padang luas lagi. Selesa sangat taman tu. Lagi pulak cuaca mendung je. Ada fountain. Mmg sesuai sgt nk main kt sana. Ara terlebih excited sume dia nk try. Pagi2 n petang2 ramai orang ke situ main bubbles etc. Memang sesuai sangat untuk aktiviti hujung minggu dengan keluarga.


syiok sampai takmo balik ni

perlu ke beli 1 letak kat rumah?

jap ibu ara nak main seround lagi ye :)

buang laju2...

ibupapa dah kehabisan syiling. cukuplah ye nak :)

Yang nak bawak anak jalan-jalan weekend memang sesuai sangat ke sini. Selesa. Err yang kaki wayang pun ada GSC tau kat sini. Food court n Fast Food yang ayu ingat ada McDonald, KFC, Carl's Junior, tempat nak bowl pun ada, karaoke pun available. Nak info lanjut boleh check kat SINI 

Address : Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Phone : 0333758788
Business Hour : 10.00am-10.00pm


Mutiara kata 
Hati-hati dalam bicara, ia mungkin boleh dimaafkan tetapi belum tentu dapat dilupakan. CHiLL!

Tq sudi baca:)
Loves, Ayu


Monday, February 23, 2015

ASAM PEDAS UNTUK DIA

Hi semua :)
Semalam bertiga di opis. Harini tambah sikit orang. Berlima. Hahahah.
Mungkin esk akan lebih ramai kot. Mood kerja masih lagi kelaut ke bulan ke bintang gitu.

Kebetulan mood tengah kelaut ni. Teringat pulak cite baru TV3 tu.
Sapa ada tengok drama bersiri TV3, Slot Dahlia, Asam Pedas untuk Dia. Drama ni setiap Sabtu & Ahad 7.00-8.00 malam. Pelakon Syukri Yahya dan Dayana Roza.

Best baq hang. Hehe. Kebetulan memang peminat Asam Pedas. Tiap kali tgk dorang makan asam pedas terasa terus nk masak asam pedas. 
Drama ni adaptasi dari novel Asam Pedas untuk Dia.
Ada dijual di MPH, RM21 je. Penulis Nureen Mirza. Baru tadi ayu jumpa. Wahahah. 




Sinopsis Drama Asam Pedas untuk Dia
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Best kan3. Harap2 cepatlah habis. Katanya cerita novel lagi sedih. Huwaa...
Yang penting mesti happy ending

By the way ini gamba asam pedas bawak balik kampung ritu. Sebab mak suka asam pedas, dan ikan baung banyak dalam fridge. Jadiklah asam pedas ikan baung ni 1 periuk alhamdulillah. Tgh malam tu masak b4 tdo, esk packing masuk dlm tupperware bawak blk kampung. Rezeki ramai


asam pedas ayu :)

Lain kali ayu share resepi ye:)
Anywat tq sudi baca entri ni:)

Loves, Ayu