Wednesday, April 1, 2015

Resepi Pau Sambal @ Burger Malaysia Versi Mudah

Salam Khamis.
Jom doa yang baik, fikir yang baik dan inshaaAllah kita akan dapat hasil yang baik jugak :)

Baru cuba actually buat burger malaysia/pau sambal ni.
Senang je rupanya. Tak beza pun dengan buat donut.

Bahan Sambal
*Ikan bilis
Cili kisar (ikut kepedasan korang suka)
Belacan seinci
Garam
Gula
*Bawang putih 
*Bawang merah
Air asam jawa

Cara-cara
Kisar semua bahan bertanda * (kalau korang taknak kisar bilis xpe, lebih terasa bilis tu bila makan pau nanti:)
Tumis dengan sedikit minyak sampai naik bau
Masukkan 2 senduk cili kisar (ikut kepedasan yang korang suka)
Masukkan cili kisar dan belacan, masak sehingga pecah minyak 
Masukkan air asam, gula dan garam sehingga cukup rasa.
Bila sambal dah agak kering, tutup api dan ketepikan.

Bahan Doh
*2 cawan tepung gandum (anggaran yang ayu letak)
*2 sudu susu tepung/susu pekat manis
*2 sudu besar butter/margerin*2 1/2 sudu besar gula halus*1/2 sudu kecil garam
1 pek yis serbuk (ayu guna mauripan)
*sedikit air

Cara-cara buat doh
Mula-mula bancuh yis dengan air suam. Biarkan 10 min sampai yis tu berbuih2. 
Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Masukkan juga yis tadi dlm mangkuk dan uli sehingga sebati. 
Biarkan seketika 20-30 minit. Tutup adunan dengan tuala basah.
Selesai 30 minit, tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan adunan. Goreng dengan minyak sederhana besar. Balik-balikkan utk dapatkan warna kuih yang sekata.
Goreng habis adunan.

Potong pau di tengah2. Jangan sampai putus ye.
Masukkan sambal dan timun.
Siap.
Now boleh makan.
Adunan ayu dpt dlm 13-15 bijik juga. Kenyanglah utk bersarapan dgn hubby. Itupun xhabis makan. Lunch tu sambung makan balik. Untuk si ara, ayu buat donut ball. Bulat-bulat kan je adunan tadi, then goreng, golek2 je dengan gula halus. 3 bijik ara makan. Hahaha. 

Btw, kekuatan pau sambal ni terletak pd sambalnya. Kalau sambal banyak, sedap, memang umpphlah ;)





Anyway, selamat mencuba tau.
Terima kasih sudi baca:)

LOVES, Ayu

Resepi Kuih Ketayap Mudah & Gebuss


Assalamualaikum
Salam Rabu :)

Rabbi yassir wala tu' asir
Rabbi tham min bil hairi

Ya Allah kau permudahkan..jangan disukarkan
Ya Allah kau akhirkan dengan kebaikan..

Btw, lama dah simpan resepi ni.
Nak share sebab senang. Kalau beli kat kedai belum tentu best kan. Payah nak jumpa yang sedap.
Kebetulan hubby suka. Belajar dengan mak masa mak datang last month. So cuba buat. Alhamdulillah jadi! :)


BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung 
1 biji telur 
1/2 cawan pati santan 
1 cawan air 
2 sudu besar minyak 
Sedikit pati daun pandan atau pewarna hijau 
1-2 cubit garam 

BAHAN INTI
2 cawan parutan putih kelapa 
Gula melaka beberapa ketul
Gula pasir (ayu letak half cawan je)
2 cawan air  
1 helai daun pandan - disimpul 
1/2 sudu kecil tepung gandum 

CARA MASAK INTI
Masukkan air dalam kuali. Simpulkan daun pandan campak masuk dlm kuali. Letak gula pasir dan beberapa ketul gula melaka ikut manis yang korang suka. Bila gula dah cair, masukkan kelapa dan masak sehingga kelapa kering. Last skali masukkan sikit tepung gandum supaya inti korang tak melekat2. Cara masak inti ketayap sama je dengan kuih koci. Senang kan? :)

Ini dia inti yang dah siap dimasak.. 





Cara Masak Kulit :
Masukkan semua bahan. Kacau sehingga tak berketul. Untuk dapat hasil yang cantik boleh tapis. Then masukkan sikit minyak dalam kuali, ambil 1-2 senduk ikut besar yg korang nak dan goreng hingga masak. Tak perlu terbalikkan, terus angkat.






Sambil tgu bancuhan tepung habis boleh mula menggulung kuih ketayap.
Maaf rupa pastry dia tak cantik. Korang boleh buat lagi cantik kot. Ayu pakai kuali biasa je ni :)


Ini hasil yang dah siap. 

Untuk satu bancuhan ni Ayu dapat dalam 14-15 ketul kuih ketayap. Kira mmg kenyanglah kalau makan 3-4 org orang pun:)

Sesuai untuk hidangan pagi atau petang. 
Tak susahkan. Cara buat inti sama macam inti kuih koci :)
Kelapa tu ayu beli kelapa parut dari sebijik kelapa. Around 2.40 rege dia. Ayu guna half je. Half lg leh simpan buat kuih buah melaka pulak. Ni resepi kuih gula melaka, KLIK SINI YE 

Selamat mencuba. 
Terima kasih sudi baca :)

LOVES, Ayu