Sunday, October 19, 2014

Resepi Mudah Kuih Gula Melaka

Assalamualaikum.

Ni buat 2 hari berturut-turut.
Start Sabtu sampai Ahad.
Haha. Sebab dah jumpa cara mudah. Syiok pulak buat.
Saya suka, saya suka:)

Bahan-bahan
1. Air suam dibancuh bersama pewarna hijau dan secubit garam
2. Tepung pulut
3. Gula melaka. Ayu potong kecik2 siap2.
4. Daun pandan

Cara-cara
1. Tepung  pulut masukkan dlm mangkuk mengikut keperluan sebanyak mana yg korang nak
2. air yg kaler hijau td masuk sikit-sikit sambil gaul tepung tu dan sampai dah boleh diuli bulat2.
3. dah uli bulat, leperkan dan masukkan seketul gula melaka, seketui kecik je nti kena kencing manis pulak.
4. Rebus air dlm periuk dan simpulkan daun pandan masuk skali dlm air rebusan tu.
5. Masukkan kuih gula melaka dlm periuk. Mcm mana nk tau dah masak? Bila dah masak, ia akan terapung sendiri ke atas. So boleh la angkat
6. Golek-golekkan dengan kelapa parut. Kelapa parut ni boleh gaul dgn garam sikit untuk rasa lemak-lemak.
7. Siap dan boleh dihidangkan.


Tips**
Kalau ikut stail mak ayu, mak akan blend daun pandan bersama air then masukkan sikit-sikit ke dalam tepung untuk hasilkan bau wangi. Ini ayu nak cepat. Untuk yg nk mudah boleh buat cara ayu.
Dan tips untuk yg lupa letak pewarna hijau tu, dlm air rebusan nnti titiskan sikit pewarna. Boleh dapatkan jugak warna hijau tu nanti, bila kuih dah terendam masa rebus mmg akan hijau jugak:)

kegemaran hubby:)


 

Breakfast pagi Ahad under kategory Big Breakfast kalau kat McD ni.
Bihun goreng + telur separuh masak+telur rebus, kenyang sampai tengahari;)

No comments:

Post a Comment