Monday, February 23, 2015

ASAM PEDAS UNTUK DIA

Hi semua :)
Semalam bertiga di opis. Harini tambah sikit orang. Berlima. Hahahah.
Mungkin esk akan lebih ramai kot. Mood kerja masih lagi kelaut ke bulan ke bintang gitu.

Kebetulan mood tengah kelaut ni. Teringat pulak cite baru TV3 tu.
Sapa ada tengok drama bersiri TV3, Slot Dahlia, Asam Pedas untuk Dia. Drama ni setiap Sabtu & Ahad 7.00-8.00 malam. Pelakon Syukri Yahya dan Dayana Roza.

Best baq hang. Hehe. Kebetulan memang peminat Asam Pedas. Tiap kali tgk dorang makan asam pedas terasa terus nk masak asam pedas. 
Drama ni adaptasi dari novel Asam Pedas untuk Dia.
Ada dijual di MPH, RM21 je. Penulis Nureen Mirza. Baru tadi ayu jumpa. Wahahah. 




Sinopsis Drama Asam Pedas untuk Dia
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

Best kan3. Harap2 cepatlah habis. Katanya cerita novel lagi sedih. Huwaa...
Yang penting mesti happy ending

By the way ini gamba asam pedas bawak balik kampung ritu. Sebab mak suka asam pedas, dan ikan baung banyak dalam fridge. Jadiklah asam pedas ikan baung ni 1 periuk alhamdulillah. Tgh malam tu masak b4 tdo, esk packing masuk dlm tupperware bawak blk kampung. Rezeki ramai


asam pedas ayu :)

Lain kali ayu share resepi ye:)
Anywat tq sudi baca entri ni:)

Loves, Ayu

3 comments:

  1. Teringin pulak nak makan asam pedas..hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap kan. lagi2 asam pedas melaka. terliur rasa hahaha :)

    ReplyDelete
  3. sedap kan. lagi2 asam pedas melaka. terliur rasa hahaha :)

    ReplyDelete