Wednesday, April 1, 2015

Resepi Pau Sambal @ Burger Malaysia Versi Mudah

Salam Khamis.
Jom doa yang baik, fikir yang baik dan inshaaAllah kita akan dapat hasil yang baik jugak :)

Baru cuba actually buat burger malaysia/pau sambal ni.
Senang je rupanya. Tak beza pun dengan buat donut.

Bahan Sambal
*Ikan bilis
Cili kisar (ikut kepedasan korang suka)
Belacan seinci
Garam
Gula
*Bawang putih 
*Bawang merah
Air asam jawa

Cara-cara
Kisar semua bahan bertanda * (kalau korang taknak kisar bilis xpe, lebih terasa bilis tu bila makan pau nanti:)
Tumis dengan sedikit minyak sampai naik bau
Masukkan 2 senduk cili kisar (ikut kepedasan yang korang suka)
Masukkan cili kisar dan belacan, masak sehingga pecah minyak 
Masukkan air asam, gula dan garam sehingga cukup rasa.
Bila sambal dah agak kering, tutup api dan ketepikan.

Bahan Doh
*2 cawan tepung gandum (anggaran yang ayu letak)
*2 sudu susu tepung/susu pekat manis
*2 sudu besar butter/margerin*2 1/2 sudu besar gula halus*1/2 sudu kecil garam
1 pek yis serbuk (ayu guna mauripan)
*sedikit air

Cara-cara buat doh
Mula-mula bancuh yis dengan air suam. Biarkan 10 min sampai yis tu berbuih2. 
Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Masukkan juga yis tadi dlm mangkuk dan uli sehingga sebati. 
Biarkan seketika 20-30 minit. Tutup adunan dengan tuala basah.
Selesai 30 minit, tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan adunan. Goreng dengan minyak sederhana besar. Balik-balikkan utk dapatkan warna kuih yang sekata.
Goreng habis adunan.

Potong pau di tengah2. Jangan sampai putus ye.
Masukkan sambal dan timun.
Siap.
Now boleh makan.
Adunan ayu dpt dlm 13-15 bijik juga. Kenyanglah utk bersarapan dgn hubby. Itupun xhabis makan. Lunch tu sambung makan balik. Untuk si ara, ayu buat donut ball. Bulat-bulat kan je adunan tadi, then goreng, golek2 je dengan gula halus. 3 bijik ara makan. Hahaha. 

Btw, kekuatan pau sambal ni terletak pd sambalnya. Kalau sambal banyak, sedap, memang umpphlah ;)





Anyway, selamat mencuba tau.
Terima kasih sudi baca:)

LOVES, Ayu

3 comments: