Tuesday, April 29, 2014

Resepi Bayi 6 bulan ke atas


TIPS & Thru my own experience :)

Apa yang ayu buat masa Zara dah 6 bulan, ayu steam kan buah, sayur dan then blend, masukkan dalam bekas ice cubes yang bertutup then bekukan. Jangan lupa letak date takut kita lupa. Selalunya akan tahan 1-3 bulan. Ayu tak sampai hati ayu buat stock untuk 1 bulan je. Ikan, ayam semua boleh buat mcm tu. So, mommies nk keje pagi, cuma masukkan cube tu one by one, cepatlah siap bubur tu. Senang sangat keje.

Tak susah pun nk bg makanan berkhasiat untuk anak. Dari bagi instant cereal yg kat market tu kan. Alhmadulillah ayu tak pernah beli yg tu untuk zara. Memang senang keje, tapi banyak MSG, gula, garam which is not good for baby. Kidney dorang masih lemah, nak proses segala bahan perisa tu kesian sangat. Digestion system dorang belum kuat. Better masak sendiri dan bagi dorang makan, barulah rasa puas hati dlm diri mommies ye dak?:)

Zara makan garam bila umur dia dah masuk 18 bulan. Orang kata baby masa ni dah ada taste bud kan? Tapi bagi ayu, bila kita tak intro baby dengan sesuatu makanan, lidah dia takkan tahu rasa tu, apa yang ayu buat, ayu gantikan cheese, daun sup dan brokoli which is memang dah ada rasa masin semulajadi di situ dan alhamdulillah zara suka.

Nasihat ayu, jadikan buah dan sayur sebagai makanan utama. Kenalkan seawal anak anda 6 bulan. So bila dia makin besar dia terbiasa dgn food tu, takde masalah untuk dia makan. Anak yang tak diperkenalkan dengan sayur dari kecil takkan sukakan sayur sampailah dorang dah meningkat dewasa:)

Alhamdulillah my hubby, papa zara sangat support usaha ayu. Sedih bila ada yang suapkan zara makan benda yang dia masih belum pernah makan. Hati rasa berkecai tapi kadang2 susah untuk explain pada orang mcm ni kan? Selalunya seorang ibu akan buat yang terbaik untuk anak2 mereka. Jadi mommies jagalah pemakanan anak-anak dari sekarang. Jauhi junk food dan fast food dari mereka.



Info resepi ni Ayu dapat dari RATUHATI ...
Semoga bermanfaat;)



Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal : -

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?


Kebaikan Untuk Bayi :


1. Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang 6 bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

2. Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

3. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

4. Bayi yang berusia lebih 6 bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

5. Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

6. Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

7. Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.


Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

Notes :
Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.


RESEPI UMUR 6 BULAN

Jangan lupa guna teknik 3-4 days rules.
Means kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Cadangan :

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4 -7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis


Time 6 bulan ni, tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1 year.


RESEPI 7 BULAN

BREAKFAST

1) Puri kentang

Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) Puri brokoli

4) Puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) Puri epal

6) Puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) Puri betik


LUNCH

1) Bubur + sayur + bilis

Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) Bubur + sayur + ikan

1. masak bubur bersama sayur, dan lecek.
2. Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
3. Campurkan bubur dan ikan.

3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.


RESEPI 8 BULAN

BREAKFAST

1) Oat + Kismis/Kurma

Cara-cara :
1. Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
2. masak sampai kembang.
3. Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...

2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) Puri sayur @ Puri buah


LUNCH

1) Nasi lembik + Sayur + Ikan/Daging/Ayam

1. Masak nasi lembik.
2. Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun),
3. Bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk.
4. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.

Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.


TEA-TIME

1) Kentang + Bilis

Cara-cara

1. Rebus kentang hingga lembut.
2. Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
3. Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)

2) Roti + Susu

ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.


Keahlian Shaklee PERCUMA?

Ramai yang tanya macam mana nak jadi ahli shaklee secara PERCUMA.
Yelah kalau dah kata percuma memang confimr-confirm uols jimat RM65. Jadi member shaklee seumur hidup pulak kan. Banyak BENEFITS.

Ok selalunya Ayu akan suggest korang untuk

1) Beli 2 botol Vivix
2) Beli 3 kotak SCP(Shaklee Collagen Powder)
3) Atau beli apa-apa produk Shakee dalam 1 resit bernilai RM650

Jadi, korang layak
1) Dapat free membership
2) Cash back

Memang sangat berbaloi

The next purhasing, korang akan layak dapat diskaun 25-30% untuk setiap produk tau. Banyak tu.
Jadinya kalau korang memang pengguna tegar Shaklee, u are most welcomed to join us. There's a lot benefit waiting for u. Wait no more. Register now or follow the 3 steps above for free membership:)

Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379
SID 1099765
Jom like FB Page kami : Ibu Sihat
FB : Noor Hidayu / Abdul Hadi

KRITERIA PEMILIHAN PAM SUSU

1. Keadaan tempat kerja

Adakah tempat kerja mommies dekat dengan plug untuk menyambungkan pam dengan electic power supply?
If yes, sangat bagus kalau mommies dapatkan pam elektrik. Sambil bekerja sambil pam, memang takkan mengganggu. Dan kalau persekitaran mommies dipenuhi dengan colleagues lelaki, sangat bagus kalau mommies dapatkan sehelai nursing cover untuk menutup apa yang perlu:)

Kalau mommies workstation mommies jenis yang cubical, akan lebih mudah sebab membelakangkan others:)
Elok kalau dapatkan breastpump yang senyap dan kurang bunyi seperti spectra atau medela ataupun manual breastpump. Bunyi pam2 yang ayu sebutkan ni boleh dikatakan sangat senyap.


Ayu gunakan S3, Spectra 3. Harga yang mampu milik dan sesuai sangat untuk mommies yang bekerja di ofis.

Boleh visit website : http://www.onebabyworld.com/

Untuk spectra, dorang ada jugak buat pakej
http://www.onebabyworld.com/breastpump-packages-spectra-c-4_179_181.html


Kalau mommies ada extra budget, boleh try dengan medela, suction sangat lembut dan tak sakit. Tapi dari segi bunyi, Spectra adalah pam yang paling senyap bagi pendapat ayu:)

Alhamdulillah S3, berjasa sangat untuk Ayu. Dah dekat 2 tahun ayu gunakan dan sangat heavyduty. Hari-hari angkut dari ofis ke rumah, rumah ke ofis. Tak pernah meragam. Sayang sangat S3!

Ops kalau risaukan ada staf lelaki yang nak hampiri masa pumping session, gunakan isyarat tangan, IM busy now hehe atau, letak note, pls do not disturb me for a while. InshaaAllah dorang faham. Dorang pun takes time 15-20 mins utk smoking kan. SO tak salah kan ibu2 nak pam sekejap.


2. Budget

Kena tengok budget mommies banyak mana ye.

S3 dalam RM388. Kalau include package yg sekali cooler bag, ice packs, storage bottle, breastpump bag etc mungkin dlm 600-700 dah dapat.

Kalau mommies ada extra budget, medela sangatlah ok, medela freestyle dalam 1800. Kalau rajin ushar expo baby, mungkin dalam 1200-1300 dah dapat tau:)


Ok mommies semua, ayu doakan uols berjaya susukan baby anda sehingga 2 tahun.

Happy Breastfeeding!
Salam Sayang,
Ayu

Monday, April 28, 2014

MASKER ESP KEBABOOM!!

BERMASKER DENGAN ESP!!



Class betul ESP ni, selain boleh diminum, boleh buat masker. Memang simple sangat masker ni, akan rasa kulit lembut, mulus, licin. Kalau diamalkan selalu memang tak mustahil gebuss gebass kulit uols tau.


Senang je, meh sini ayu nak cite,

Cara 1

1. Ambil sikit ESP
2. Campur sikit dengan plain yogurt jenama apa takpe(Nisbah 1:1 ye)
3. Masukkan air sikit
4. Apply on your face. Nak tunggu 15-30 minit cuci boleh. Nak pakai whole night pun lagi bagus. Esok tu basuh je muka akan terasa licinnya kulit muka

Cara 2

1. Ambil sikit ESP dalam sesudu gitu
2. Campur dengan air sejuk
3. Apply on your face. Nak tunggu 15-30 minit cuci boleh. Nak pakai whole night pun lagi bagus.

Cara 3

1. Ambil sikit ESP
2. Cucuk vitamin E dengan lidi/jarum, picit
3. Campur dalam ESP, dan air sikit
4. Apply on your face. Nak tunggu 15-30 minit cuci boleh. Nak pakai whole night pun lagi bagus.


Nanti kan kalau korang bangun pagi cuci muka memang akan rasa best je. Amalkan 3 kali seminggu untuk kesan yang awesome gitu. Nak lebih best buatlah tiap2 malam. Muka akan rasa lebih lembab, jerawat, jeragat dan yang sama jenis dengannya pun dapat dihapuskan. Macam biasalah, apa pun cara kalau kita konsisten insyaAllah hasilnya takkan mengecewakan. Lagi-lagi dengan produk terbaik yang dihasilkan menggunakan 100% soya non-GMO ni, dengan ujian klinikal yang terbukti keberkesanannya. Sangatlah rugi kalau tak cuba.

Jom malam ni jugak uols buat, yang takde lagi ESP eloklah dapatkan sekarang jugak:)

Nak order ESP?
Meh contact kami
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379
SID 1099765
Jemput like FB Page kami : Ibu SIhat
FB : Noor Hidayu/Abdul Hadi

ALL ABOUT ESP YANG AWESOME!

Menarik tentang ESP adalah;

- ESP ni adalah sember protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
- ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
- ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
- ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
- ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru,
- ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
- ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.


Sebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Khasiat ESP adalah;

1. Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Jom Ayu kongsikan resepi ESP. Rupanya ada banyak cara nak minum ESP ni. Tapi kalau nak rasa soya yang asli, boleh bancuh dengan air kosong je. Pasti syahdu bila minum, terasa sangat asli soya tu:)


Untuk pesanan dan sebarang pertanyaan, can straight away cotact us tau:)
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379
SID 1099765
Jom like FB page kami : Ibu Sihat
FB : Noor Hidayu / Abdul Hadi

Herbal Blend

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee


Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Masalah ruam di kalangan bayi adalah antara masalah yang tidak dapat dielakkan oleh ibu-ibu. Antaranya adalah ruam susu untuk bayi yang menyusu badan dan juga ruam lampin bagi bayi yang memakai lampin pakai buang.


Shaklee Herbal Blend Cream :

- Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal
- Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
- Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
- Memecahkan lemak / pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut.
- Melegakan ruam susu

Saya syorkan ibu-ibu yang bakal melahirkan atau sudah mempunyai anak untuk memasukkan produk ini di dalam barang yang perlu ada sebagai persediaan menyambut anak.Memang tahan lama kerana hanya sedikit sahaja cream yang perlu dioleskan kepada ruam bayi anda.

Ayu | 0124631670
Hadi | 01797000379
SID : 1099765
Jom like FB Page kami : Ibu Sihat

Panduan Penyimpanan dan Penggunaan Susu Perahan Ibu


Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.


Menyimpan Susu Ibu:
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
- Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
1. Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
2. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
3. Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
4. Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
5. Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.

*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.



Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
- Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
- Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
- Peti sejuk 1 pintu
- Bahagian fridge 4°C: 7 hari
- Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
- Peti sejuk 2 pintu
- Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
- Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
- Deep freezer -20°C: 6 bulan

Penting!!!
- Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
- Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
- Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.

Menyahbeku Susu Ibu:
- Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
- Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
- Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
- Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
- Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
- Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
- Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

Panduan Memberi Susu Ibu:
1. Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
2. Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
3. Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
4. Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
5. Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya

Sumber : http://akuiza.blogspot.com/

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.