Assalamualaikum hari ni Ayu nak share checklist untuk bakal ibu semasa bersalin nanti:)
Boleh kalau nk tambah apa-apa lagi yang tertinggal. For mommies reference.
Masa ayu dulu dalam masa a month before delivery memang Ayu dah simpan siap2 beg untuk ke hospital dalam kereta. Risau emergency ke apa. Dan dah hafal siap2 jalan nak ke hospital sebab hubby Ayu tinggal jauh. Yang paling penting buku merah kena ada dalam handbag. Ke mana-mana pun angkut sekali ala2 IC kita. Senang apa-apa hal.
Persediaan untuk Ibu
1. Baju lengan panjang & longgar - 5 helai (kalau boleh elakkan lengan pendek sebab takut masuk angin)-better dapatkan nursing shirt. Ayu suka brand autumnz memang selesa:)
2. Kain batik - 3 helai
3. Baju sejuk (sweater) -1 helai
4. Stoking tebal (panjang) - 3 pasang
5. Tuala mandi - 1 helai
6. Tuala muka/tisu muka
7. Tuala wanita bersalin (maternity pad) - 1 pek (jenis adhesive)
* Ada sesetengah wanita suka menggunakan pad biasa (period) jenis overnight. Tapi bergantung pada kuantiti darah nifas kita. Manakala ada yang berpendapat tak sesuai guna pad biasa sebab agak keras permukaannya berbanding maternity pad yang lembut permukaannya. Untuk yang bersalin normal, sangat-sangatlah sesuai & selesa.
* Kalau boleh bawa pad biasa juga untuk kita double layer kan dengan maternity pad tu untuk mengelakkan kebocoran sebab maternity pad bentuknya straight je, takde curve macam pad biasa & tiada wing. :)
* Brand yang dicadangkan : Pureen Madam maternity pads.
8. Nursing Bra- sangat penting. So far paling best Fabolous Moms, quite expensive tapi berbaloi senang nak breastfeed baby:)
9. Nursing Pad. Takut nanti basah baju dengan susu kan. Ada washable pad, ada disposable nursing pad.
10. Air mineral/Milo
* Milo Fuze yang jenis sachet tu lebih sesuai.
11. Selipar untuk ke tandas.
12. Bengkung
* Boleh guna bengkung moden (jenis zap) atau bengkung tradisional jenis lilit.
13. Toiletries - Sabun, berus gigi, sikat, bedak, syampu, pencuci muka
14. Pam susu (jika perlu)
* Lazimnya akan mengalami kesukaran untuk menyusukan baby sebab kita belum biasa & baby kita juga belum biasa lagi untuk menyusu badan. Masalah ini akan mengakibatkan bengkak susu. Jadi untuk mengelakkan masalah bengkak susu, kita boleh la pam ya :)
13. Handphone, charger handphone.
14. Tasbih (untuk yang beragama Islam)
* Waktu sakit nak bersalin tu, memang sangat-sangat sakit. Jadi, untuk meredakan perasaan sendiri, lebih baik berzikir.
Persediaan Untuk Bayi
1. Baju & Seluar panjang baby - 6 helai
2. Barut baby - 6 helai
3. Sarung tangan & Stoking baby - 6 pasang
4. Topi baby/Penutup kepala - 2 helai
5. Tuala mandi baby - 1 helai
6. Pampers (Size NEWBORN) - 1 pek
7. Lampin - 5 helai
8. Tisu basah (wet tissue)
9. Selimut - 1 helai
10. Minyak baby - Minyak Telon
* Untuk disapu pada perut & kaki baby bagi mengelakkan masuk angin.
11. Losyen, Baby Oil, Shampoo baby
12. Botol susu (jika perlu)
13. Susu baby (jika perlu ) - 1 tin - Better bagi susu ibu, cuba bagi dan bagi kalaupun belum ada susu, try ur best mommies tak tergamak suap anak dgn fm..
Psst.. Ayu banyak beli barang baby dari kedai manjaku. Memang banyak choice:)
Keperluan Semasa Pendaftaran
1. IC
2. Kad kesihatan ibu mengandung (warna pink tu)
3. Guarantee Letter (sila dapatkan daripada HR company anda ya)
4. Kad Insurans (jika ada)
5. Surat dari majikan (jika perlu)
6. Surat daripada hospital/klinik jika ibu mempunyai masalah kesihatan.
INFO TAMBAHAN
Jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti di bawah, cepat-cepatlah pergi ke hospital ya :
1. Sakit yang kerap setiap 5minit di pinggang, ari-ari (macam senggugut), tapi sakit bersalin more than senggugut
2. Air kencing bersama darah atau lendir.
3. Pecah ketuban
4. Keluar air yang banyak tapi tiada rasa sakit.
5. Minta maaf dengan ibu bapa dan especially suami, inshaaAllah mudah bersalin.
Alhamdulillah Allah swt mudahkan Ayu bersalin. Sampai hubby pun kata mudah. Syukur. Banyakkan baca quran masa preggy, surah Maryam inshaaAllah:)
Yang tgh preggy ayu doakan selamat bersalin nanti dan dipermudahkan segalanya.
Dipersilakan copy untuk rujukan:)
Lots of LoVE
Ayu
No comments:
Post a Comment