Tuesday, April 29, 2014

Resepi Bayi 6 bulan ke atas


TIPS & Thru my own experience :)

Apa yang ayu buat masa Zara dah 6 bulan, ayu steam kan buah, sayur dan then blend, masukkan dalam bekas ice cubes yang bertutup then bekukan. Jangan lupa letak date takut kita lupa. Selalunya akan tahan 1-3 bulan. Ayu tak sampai hati ayu buat stock untuk 1 bulan je. Ikan, ayam semua boleh buat mcm tu. So, mommies nk keje pagi, cuma masukkan cube tu one by one, cepatlah siap bubur tu. Senang sangat keje.

Tak susah pun nk bg makanan berkhasiat untuk anak. Dari bagi instant cereal yg kat market tu kan. Alhmadulillah ayu tak pernah beli yg tu untuk zara. Memang senang keje, tapi banyak MSG, gula, garam which is not good for baby. Kidney dorang masih lemah, nak proses segala bahan perisa tu kesian sangat. Digestion system dorang belum kuat. Better masak sendiri dan bagi dorang makan, barulah rasa puas hati dlm diri mommies ye dak?:)

Zara makan garam bila umur dia dah masuk 18 bulan. Orang kata baby masa ni dah ada taste bud kan? Tapi bagi ayu, bila kita tak intro baby dengan sesuatu makanan, lidah dia takkan tahu rasa tu, apa yang ayu buat, ayu gantikan cheese, daun sup dan brokoli which is memang dah ada rasa masin semulajadi di situ dan alhamdulillah zara suka.

Nasihat ayu, jadikan buah dan sayur sebagai makanan utama. Kenalkan seawal anak anda 6 bulan. So bila dia makin besar dia terbiasa dgn food tu, takde masalah untuk dia makan. Anak yang tak diperkenalkan dengan sayur dari kecil takkan sukakan sayur sampailah dorang dah meningkat dewasa:)

Alhamdulillah my hubby, papa zara sangat support usaha ayu. Sedih bila ada yang suapkan zara makan benda yang dia masih belum pernah makan. Hati rasa berkecai tapi kadang2 susah untuk explain pada orang mcm ni kan? Selalunya seorang ibu akan buat yang terbaik untuk anak2 mereka. Jadi mommies jagalah pemakanan anak-anak dari sekarang. Jauhi junk food dan fast food dari mereka.



Info resepi ni Ayu dapat dari RATUHATI ...
Semoga bermanfaat;)



Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal : -

  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu?


Kebaikan Untuk Bayi :


1. Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang 6 bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.

2. Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.

3. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.

4. Bayi yang berusia lebih 6 bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.

5. Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.

6. Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

7. Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.


Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

Notes :
Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.


RESEPI UMUR 6 BULAN

Jangan lupa guna teknik 3-4 days rules.
Means kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Cadangan :

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4 -7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis


Time 6 bulan ni, tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1 year.


RESEPI 7 BULAN

BREAKFAST

1) Puri kentang

Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) Puri brokoli

4) Puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) Puri epal

6) Puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) Puri betik


LUNCH

1) Bubur + sayur + bilis

Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) Bubur + sayur + ikan

1. masak bubur bersama sayur, dan lecek.
2. Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
3. Campurkan bubur dan ikan.

3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.


RESEPI 8 BULAN

BREAKFAST

1) Oat + Kismis/Kurma

Cara-cara :
1. Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
2. masak sampai kembang.
3. Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...

2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) Puri sayur @ Puri buah


LUNCH

1) Nasi lembik + Sayur + Ikan/Daging/Ayam

1. Masak nasi lembik.
2. Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun),
3. Bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk.
4. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.

Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.


TEA-TIME

1) Kentang + Bilis

Cara-cara

1. Rebus kentang hingga lembut.
2. Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
3. Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)

2) Roti + Susu

ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.


No comments:

Post a Comment