Thursday, March 12, 2015

Fantasy Kaka - 3D Bear Step by Step

Assalamualaikum
Kejap je kan dah Friday.

Memenuhi undangan kahwin je bulan ni. Start cuti skolah start esk smpai next week. Lenggang kejap jalan nti :) Best2 boleh g keje dengan tenang selama seminggu. 

Jiran sebelah, colleague introduce pulak dgn si kaka ni. Dari Chinese sites..So ayu tak paham dia yg translate kan. Apps 3d. Comel sangat polar bearnya. Nak tgk x cmna.

Haa..cmni.. Keluar dari hp lagi you.




Jom Ayu ajar step by step camana nk buat ye darlings..

1) Kena ada 2 handphone.
2) Hp1 yang akan dowload apps ni, mestilah android. Sebab barcode yg ayu ada ni suits dengan adroid, apple xjadi. Hp hb ayu adroid, ayu apple. So hubby, Hp1, ayu, Hp2. Both android pun ok, tak kisah.
3) Mesti ada code reader. qr code reader pun ok, atau any code reader janji leh baca bar code tu.


scan code ni dgn hp adroid

4) ok, skg korang scan Hp1 ni guna code reader tu. (scan dari Hp2). 
5) Selepas tu, akan ke 1 page yg mintak korang install apps ini. So install aje tau. Takes time skit kot. Tapi kena sabaq naa.
6) And then buka apps tu, akan keluar gamba polar bear, tak lama keluarlah screen mcm kamera tu. 
Standby Hp2 , yang ada gambar polar bear ini ye. 

7) Halakan hp korang ke Hp2, fokus tau ke gambo tu, cubalah ketiga2 gambo ni ye kalau nk explore more..

save gamba ni ke HP2

3D Bear
save gamba ni ke HP2


3D Bear
save gamba ni ke HP2


 tak lama keluar si kaka ni dgn mcm2 aksi.
Masa tu korang leh la snap gambo dia bebanyak. 

Macam yang ni.......

Tadaaa...
comelkan polar bear ni:)







Senang je kan, kan.

Selamat Mencuba tau :)

Harap korang faham steps ayu ni. Kalau tak faham boleh tanya ok:)

Loves, Ayu.


Wednesday, March 11, 2015

Dia Bukan Lelaki Lembut!

Salam Khamis.
Jom basahkan lidah dengan zikir..
Subhanallah al adzim. Subhanallah wabimhamdihi.

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)


Sambil kerja pun boleh zikir. Sebelum tidur boleh. Sambil masak boleh. Jom amalkan bermula hari ni jom:)

Ops tentang tajuk entri ni. Dia bukan lelaki lembut.
Dalam Berita Harian hari ni. Datuk Aliff Syukri. Muda. Seronok tengok.
Punya keluarga yang bahagia. Bermula dari bawah. Jatuh bangun dalam bisnes semua beliau dah lalui. Terharu baca pengalaman beliau. Cita-cita besar. Tak mudah kalah. Bangga anak Melayu seperti beliau berjaya buktikan walau berasal dari keluarga miskin, masih boleh berjaya dengan usaha sendiri.
Pentingnya kelainan dalam bisnes kata beliau. Teknik marketing perlu sangat. Dan suara kepit itu hanya salah satu strategi marketing. Kebenarannya, beliau seorang yang tegas.


Datuk Aliff Syukri, Pengasas D'herbs dan keluarga
Gambar : Berita Harian


So yg nak berbisnes, jom tampilkan kelainan dlm bisnes korang.
InshaaAllah boleh berjaya.

Ada tak nk jadi ahli Shaklee. Meh calling/whatsapp Ayu ye :)

Ayu - 0124631670


Tuesday, March 10, 2015

Resepi Kuih Koci Step by Step

Semalam tetiba teringat kuih koci. Terbayang rasa kuih koci yg lemak2 manis tu.
Haha. Gatal fikir nak makan apa kan. Haa ambik, kan dah kena buat. Takleh nk gantung kuali periuk lah malam sambil tgu Antidot final episod semalam. 
Gigih cari daun pisang. Kedai kedua jumpa daun pisang. Kedai ketiga jumpa tepung pulut hitam. Balik kerja bergegas beli. Brg2 lain mmg dalam fridge dah.

Susah ke nk buat?
Tak susah sangat. Tapi banyak steps. Kena sabar sikit kalau dah teringin kan, kan:)
Resepi di hujung jari. Eh lupa nk cakap buat ni dgn encik hb semalam. Kalau buat sorang mmg kena tgu wikenlah. Hik3. Start pukul 830 pukul 950 dah settle. Jom tgk steps..

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Bahan-bahan :
Tepung pulut hitam
Tepung pulut
Kelapa parut
Gula putih
Gula melaka
Daun pandan
Pati santan
Daun pisang

Cara-cara :
1. Masukkan air ke dalam kuali, then gula pasir 1 cawan + beberapa ketul gula melaka. Jangan lupa letak daun pandan yg disimpul

2. Make sure hancur semua gula
3. Bila dah hancur baru masukkan kelapa parut. Biar sampai kering

4. Bila kering tutup api.

5. Skg sediakan doh dia pulak ye ataupun kulit kuih koci ni. Masukkan tepung pulut + tepung pulut hitam ditambah air sikit-sikit tau. Jgn byk sangat sampai uli sambil tambah air. 
Sampai dah agak-agak boleh gentel2 nti dah boleh stop
doh

6. Buat bulat mcm nk buat kuih gula melaka, leperkan dan masukkan inti tadi. Tutup balik jdkan bulat tau. Buat sampai siap. Ayu letak tepung kat tangan supaya xmelekat masa gentel bulat2 tu. 
7. Panaskan air dlm periuk dan masukkan kuih tu dlm air rebusan sampai timbul sama mcm kuih gula melaka. Nak selamat buat je bulat letak je inti terus masukkan kuih dlm periuk tadi.
rebus sampai timbul

8. Angkat kuih bila dah timbul di permukaan periuk. Tak lama pun less than 1 minute. Terus masukkan dalam mangkuk yg diisi dengan pati kelapa/santan.
rendam dlm pati santan jap

9. Jangan lupa potong daun pisang lebih kurang 10cm x 10cm. layur atas api dulu tau.
10. Letak sikit minyak atas daun pisang. Ambil kuih tadi. Letak ats daun pisang. Ambik sesudu pati santan letak atas daun pisang dan lipat ala-ala bungkus nasi lemak. Buat sampai habis
Letak minyak sikit atas daun pisang


11. Kukus dalam masa 15-20 minit. Dah sejuk boleh ngapp :)
Total dpt dlm 22-23 bijik. Abaikan balutan, sbb tak pro lagi nak wrap daun pisang tu


Oklah rsanya amatur lg kan. 1st time cuba buat. 
Ada lebih lagi inti tu, boleh cuba buat kuih ketayap pulak kot kalau2 rajin:)


Update pukul 10 pagi tadi tinggal 2 je. 

Tak susah punkan, kan :)
Jom cuba. Kalau kat kedai ni mungkin 50 sen kot sebijik. Tapi buat sendiri dapatlah sepinggan penuh. Haa makan sampai lebam;)

Selamat mencuba kawan-kawan!
Tq sudi baca

Loves, Ayu.

Monday, March 9, 2015

Antidote

Assalamualaikum.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Sapa tengok drama Antidot?
Diilhamkan dari cerita The Walking Dead.
Tapi Zombie yang dalam cerita ni agresif tau, siap boleh lari lagi :)

Anyway, good attempt, Memang layan je cerita ni. Gendre fiksyen.
Barisan pelakon utama. Tak silap pengarah Khabir Bahtiar. No wonder cite dia boleh dikatakan oklah. kira bg 4 bintang :)

Remy Ishak sebagai Fatah
Nabila Huda sebagai Teja,
Kamal Adlin sebagai Alam
Nad Zainal sebagai Frida

Ops malam ni rupanya final episod. Hopefully happy ending. Tak sabar nak habiskan tengok. Suspen setiap minggu.





Resepi Asam Pedas Melaka

Salam Selasa.

Waa kenapa tekak suka sangat asam pedas skg.
Sebab novel asam pedas tu ke? Ke sebab drama asap pedas, Si Ziyad tu hensem?
Bulan ni je dah 3x masak asam pedas. Kih3.
Sila percaya tau.

Asam Pedas Melaka.
Resepi ni ayu buat eksperimen lepas buat research dkt mr google.
Banyak pesen rupanya. Sebelum ni buat yg cair-cair je. Sbb mak org Pahang resepi sana mmg jenis cair.

Tapi nk buat kuah yg pekat tu bukan senang tau. Kena study lebih sket:)

Bahan-bahan
*Bawang putih (4-5 ulas)
*Bawang merah (3-4 ulas)
Halba
Belacan (2-3 inci)
*Kunyit hidup
*Halia
*Serai
Lada hitam
*Cili kering/cili yang dah dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Ikan kembong/tenggiri/pari
Daun kesum (wajib ada)
Bunga kantan (kalau ada)
Kerisik
Rempah kari (satu sudu kecil)
Bendi (optional)
Tomato (optional)

Cara-cara
1) Blend bahan bertanda * & tumis dengan sedikit minyak bahan bertanda *
2) Masukkan halba dan belacan & masak hingga garing. Sebaiknya sampai cili tu merecik-recik tau :)
3) Masukkan air asam mengikut tahap masam yg korang suka. Tak kira byk mana air korang topup kena masukkan air tu dlm asam jawa tu, biar pun cuma sebijik asam jawa yg ada dlm mangkuk. Baru dpt asam pedas yg pekat.
4) Masukkan rempah kari sikit je untuk kaler. Then masukkan bunga kantan + daun kesum
5) Masukkan ikan dan bendi
6) Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa

Siaplah!!
Eh mcm senang je. Kata susah. Hik3 mana ada susah sgt. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih..

Taraaa...

1st time masak asam pedas keli, tak sangka ikan keli mmg kena masak asam pedas, asik ulang alik ratah je :)
Emm ada yg kata letak daun kari sikit. Tapi ayu tak letak. Kerisik pun xletak. Maybe next time boleh cuba :)

Tips nak hidangkan asam pedas ni, sebaiknya tunggu 3-4 jam sebelum makan.
Nak sedap lg masak malam sebelum then esknya makan.
Dah sebati asam garam org tua-tua cakap :)
Sama mcm kari, lagi sedap tunggu beberapa jam sebelum dihidangkan. Mesti meletop.
Jangan lupa selawat masa masa, inshaaAllah sedap masakan korang :)


Harap entri ni bermanfaat.
Selamat mencuba :)

Loves, Ayu


Monday, March 2, 2015

Promosi Shaklee March 2015


Calling untuk peminat tegar ESP.
Stok kat rumah dah habis?
Dah nak habis?
Nak kumpul balik stok March lah yg paling sesuai.
Bulan ni promo untuk ESP dear..Beli 2 DISKAUN 5%. Beli 6 FREE 1 canister yg berharga RM150. Berbaloi kan, kan.

Sayangnya Shaklee kat customer, sanggup extend lg last 2 months promo Vitalea for Children. Promo ada lagi tau.Beli 3 dapatlah FREE 1.
Demand untuk Vitalea ni sentiasa ada. Mak ayah mana takmo tgk anak sihat bagai juara kan, kan :)

Ops vitamin untuk lelaki pun ada lah. Zinc Complex. Untuk atasi msalah kesuburan, tp pempuan pun bagus tau ambik zinc, yang tengah berpantang. Cepat sembuhkan luka tak kira bersalin normal atau pembedahan. Selain tu bagus untuk tulang, rambut, kuku dan gigi. Yang ada masalah keguguran rambut, bagus ambik zinc ni :)







#ESP
#VitaleaforChildren
#ShakleePromo
#PromoMarch
#FreeItems


Nak membeli tp tatau cmana?
Jom contact ayu @ 0124631670

Sunday, March 1, 2015

Setia City Mall 28 March 2015

Assalamualaikum:)

Pagi Isnin.
Monday blues tak korang?
Hahah. Biasa lah tu kan. 
Dah habis dah mood holiday. Back to normal dah pagi ni pun jam macam biasa dah. Kita tgu cuti skolah yg seminggu tu next week, 14-22 March. Masa tu jalan lenggang balik. InshaaAllah boleh berhooray-horray gi keje. Mesti ramai bawak anak jalan2 lagi cuti sekolah kan3.

Weekend td mula2 ingat nak bawak ara jalan-jalan Shah Alam.
Ops baru teringat tak pernah lg pegi Setia City Mall.
Nak menghala ke Shah Alam ya Allah jam sangat. So kami terus tukar plan xjadi masuk shah alam. terus tekan waze menghala ke Setia City Mall.

Not bad. Banyak kedai. Convienent sangat. Safety sangat best. Even escalator pun diberi instruction untuk naik dan guna dengan betul. Parking pun senang nk dapat. Tak macam last week masa CNY ke IOI mall tu mak aih payahnya nk dapat parking. 

Ehem lepas belanja si ara aiskrim. Puas hati dia. Lepas beli limau mandarin kesukaan ara, kami g toilet. Nak tukar pampers si kecik ni. Wah cari2 dlm toilet pempuan xde lah tempat tukar. Alamak cmne. Hmm, keluar balik ternampak bilik untuk baby. Wah. best ni. Sangat selesa. Dengan sliding door lagi. Nak masuk perlu tekan button di tepi pintu. Ada sensor, bila dah masuk pintu tertutup sendiri. Ececeh. Selesa ada bilik untuk ibu menyusu lagi tau. Around 3-4 bilik jugak. Ada toilet untuk si kecil. Sinki pun ada. Kira boleh mandi dengan senang hati ctu. 

Jam pun dah 2 lebih. So kami g cari surau. hujung bangunan. Oklah suraunya. Cuma ramai sangat orang. Agak crowded. Kruk2 perut lapo pulak.

Then tanya ara nak makan apa. Ara nak epci...Err apakah KFC?
Hahaha. Oklah ara. kfc ok :)
Abis seketul drum stick. Cheesy wedges berketul2.
Nasik adalah 5-6 suap je. Kenyang dah tu.

Lepas je makan, keluar dari building ni saja nk tgk apa kat luar. Wah2 ada playground ada padang luas lagi. Selesa sangat taman tu. Lagi pulak cuaca mendung je. Ada fountain. Mmg sesuai sgt nk main kt sana. Ara terlebih excited sume dia nk try. Pagi2 n petang2 ramai orang ke situ main bubbles etc. Memang sesuai sangat untuk aktiviti hujung minggu dengan keluarga.


syiok sampai takmo balik ni

perlu ke beli 1 letak kat rumah?

jap ibu ara nak main seround lagi ye :)

buang laju2...

ibupapa dah kehabisan syiling. cukuplah ye nak :)

Yang nak bawak anak jalan-jalan weekend memang sesuai sangat ke sini. Selesa. Err yang kaki wayang pun ada GSC tau kat sini. Food court n Fast Food yang ayu ingat ada McDonald, KFC, Carl's Junior, tempat nak bowl pun ada, karaoke pun available. Nak info lanjut boleh check kat SINI 

Address : Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Phone : 0333758788
Business Hour : 10.00am-10.00pm


Mutiara kata 
Hati-hati dalam bicara, ia mungkin boleh dimaafkan tetapi belum tentu dapat dilupakan. CHiLL!

Tq sudi baca:)
Loves, Ayu