Pagi Isnin.
Monday blues tak korang?
Hahah. Biasa lah tu kan.
Dah habis dah mood holiday. Back to normal dah pagi ni pun jam macam biasa dah. Kita tgu cuti skolah yg seminggu tu next week, 14-22 March. Masa tu jalan lenggang balik. InshaaAllah boleh berhooray-horray gi keje. Mesti ramai bawak anak jalan2 lagi cuti sekolah kan3.
Weekend td mula2 ingat nak bawak ara jalan-jalan Shah Alam.
Ops baru teringat tak pernah lg pegi Setia City Mall.
Nak menghala ke Shah Alam ya Allah jam sangat. So kami terus tukar plan xjadi masuk shah alam. terus tekan waze menghala ke Setia City Mall.
Not bad. Banyak kedai. Convienent sangat. Safety sangat best. Even escalator pun diberi instruction untuk naik dan guna dengan betul. Parking pun senang nk dapat. Tak macam last week masa CNY ke IOI mall tu mak aih payahnya nk dapat parking.
Ehem lepas belanja si ara aiskrim. Puas hati dia. Lepas beli limau mandarin kesukaan ara, kami g toilet. Nak tukar pampers si kecik ni. Wah cari2 dlm toilet pempuan xde lah tempat tukar. Alamak cmne. Hmm, keluar balik ternampak bilik untuk baby. Wah. best ni. Sangat selesa. Dengan sliding door lagi. Nak masuk perlu tekan button di tepi pintu. Ada sensor, bila dah masuk pintu tertutup sendiri. Ececeh. Selesa ada bilik untuk ibu menyusu lagi tau. Around 3-4 bilik jugak. Ada toilet untuk si kecil. Sinki pun ada. Kira boleh mandi dengan senang hati ctu.
Jam pun dah 2 lebih. So kami g cari surau. hujung bangunan. Oklah suraunya. Cuma ramai sangat orang. Agak crowded. Kruk2 perut lapo pulak.
Then tanya ara nak makan apa. Ara nak epci...Err apakah KFC?
Hahaha. Oklah ara. kfc ok :)
Abis seketul drum stick. Cheesy wedges berketul2.
Nasik adalah 5-6 suap je. Kenyang dah tu.
Lepas je makan, keluar dari building ni saja nk tgk apa kat luar. Wah2 ada playground ada padang luas lagi. Selesa sangat taman tu. Lagi pulak cuaca mendung je. Ada fountain. Mmg sesuai sgt nk main kt sana. Ara terlebih excited sume dia nk try. Pagi2 n petang2 ramai orang ke situ main bubbles etc. Memang sesuai sangat untuk aktiviti hujung minggu dengan keluarga.
syiok sampai takmo balik ni |
perlu ke beli 1 letak kat rumah? |
jap ibu ara nak main seround lagi ye :) |
buang laju2... |
ibupapa dah kehabisan syiling. cukuplah ye nak :) |
Yang nak bawak anak jalan-jalan weekend memang sesuai sangat ke sini. Selesa. Err yang kaki wayang pun ada GSC tau kat sini. Food court n Fast Food yang ayu ingat ada McDonald, KFC, Carl's Junior, tempat nak bowl pun ada, karaoke pun available. Nak info lanjut boleh check kat SINI
Address : Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Phone : 0333758788
Business Hour : 10.00am-10.00pm
Mutiara kata
Hati-hati dalam bicara, ia mungkin boleh dimaafkan tetapi belum tentu dapat dilupakan. CHiLL!
Tq sudi baca:)
Loves, Ayu
No comments:
Post a Comment