Waa kenapa tekak suka sangat asam pedas skg.
Sebab novel asam pedas tu ke? Ke sebab drama asap pedas, Si Ziyad tu hensem?
Bulan ni je dah 3x masak asam pedas. Kih3.
Sila percaya tau.
Asam Pedas Melaka.
Resepi ni ayu buat eksperimen lepas buat research dkt mr google.
Banyak pesen rupanya. Sebelum ni buat yg cair-cair je. Sbb mak org Pahang resepi sana mmg jenis cair.
Tapi nk buat kuah yg pekat tu bukan senang tau. Kena study lebih sket:)
Bahan-bahan
*Bawang putih (4-5 ulas)
*Bawang merah (3-4 ulas)
Halba
Belacan (2-3 inci)
*Kunyit hidup
*Halia
*Serai
Lada hitam
*Cili kering/cili yang dah dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Ikan kembong/tenggiri/pari
Daun kesum (wajib ada)
Bunga kantan (kalau ada)
Kerisik
Rempah kari (satu sudu kecil)
Bendi (optional)
Tomato (optional)
Cara-cara
1) Blend bahan bertanda * & tumis dengan sedikit minyak bahan bertanda *
2) Masukkan halba dan belacan & masak hingga garing. Sebaiknya sampai cili tu merecik-recik tau :)
3) Masukkan air asam mengikut tahap masam yg korang suka. Tak kira byk mana air korang topup kena masukkan air tu dlm asam jawa tu, biar pun cuma sebijik asam jawa yg ada dlm mangkuk. Baru dpt asam pedas yg pekat.
4) Masukkan rempah kari sikit je untuk kaler. Then masukkan bunga kantan + daun kesum
5) Masukkan ikan dan bendi
6) Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa
Siaplah!!
Eh mcm senang je. Kata susah. Hik3 mana ada susah sgt. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih..
Taraaa...
1st time masak asam pedas keli, tak sangka ikan keli mmg kena masak asam pedas, asik ulang alik ratah je :) |
Tips nak hidangkan asam pedas ni, sebaiknya tunggu 3-4 jam sebelum makan.
Nak sedap lg masak malam sebelum then esknya makan.
Dah sebati asam garam org tua-tua cakap :)
Sama mcm kari, lagi sedap tunggu beberapa jam sebelum dihidangkan. Mesti meletop.
Jangan lupa selawat masa masa, inshaaAllah sedap masakan korang :)
Harap entri ni bermanfaat.
Selamat mencuba :)
Loves, Ayu
No comments:
Post a Comment