Yeay kredit kepada budak opisku Shikin, susah-susah je forward kan resepi yang mudah ni.
Nampak menarik sangat.
Dalam usaha nak mencuba.
Boleh la weekend ni try:)
Dendeng Daging
Bahan-bahannya:
1 kilo daging
100-150 gram cili kering ( dikisar)
5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
2/3 sudu besar cuka
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging
Cara membuatnya:
Rebus daging sehingga empuk
Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper
Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam
Goreng daging, angkat dan toskan
Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak
Masukkan kicap dan gaul rata
Masukkan daging yang telah digoreng tadi
Masukkan garam, gula dan cuka
Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan
Wah tengok gambo pun rasa mcm dah tak sabo nak try ni. Nak nangis rasa. Tergugat iman kalau pandang lama-lama.
Memang wajib try.
Kalau jadi ayu tempek kat sini gambonya.
Boleh la jadikan menu semasa raya nanti. Selain rendang boleh hidangkan kepada tetamu daging dendeng. Memang mabeles..Bawak umah mertua pun boleh:)
Kami ambik resepi ni dekat SINI
No comments:
Post a Comment