Monday, July 7, 2014

Resepi Puding Jagung Simple

Puding jagung ni memang favourite Zara dan hubby Ayu.
Zara suka makan jagung, kutip satu-satu jagung dalam puding tu:)

Jom ayu nak kongsikan resepi yang semudah 123 ni dengan mommies. Silap-silap encik suami pun boleh buat ni. Sebab senang sangat.

1 cawan jagung manis, ayu pakai jagung dalam tin jenama Ayam Brand
3/4 cawan gula
1 setengah cawan susu cair
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
*1 sudu besar butter/marjerin

Campurkan semua bahan-bahan kecuali *. Ayu masak dalam kuali senang nak kacau. Sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul.

Bila dah semakin pekat, masukkan butter sampai cair dan nampak berkilat. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas. Bila dah sejuk masukkan dalam fridge. Sedap dimakan masa sejuk:)

Ayu dapat 2 container putih dengan resepi ni.
1 bawak ke rumah MIL dan satu lagi tinggal kt rumah. Jap je habis..
Tak sempat nak snap gambo next time kalau buat lagi boleh tempek:)

No comments:

Post a Comment