Thursday, July 10, 2014

Resepi roti jala mudah giler

Mentang-mentanglah bulan Ramadhan ni kan. Tengok gambo apa semua pun rasa sedap saja.

Sebab asyik dok cari je resepi roti jala yang mudah nak dibuat, lama-lama memang dah jadi craving sangat nak menjala weekend ini. Maka esoklah kita gi cari barang-barang ye mr hubby:)

Sedap makan dengan kari ayam.
Waaa..best-best..

Jom ayu share resepi roti jala yang mabeles ni. Korang takde acuannya pun xpe. Guna mineral bottle je, jangan lupa tebuk lubang kat atas. Lagi senang nk kontrol rather than guna acuan yg sebenor. Ayu tak cuba lagi ni. Nanti cuba boleh tempek gambo kat sini:)

Resepi Roti Jala Mudah

Bahan-bahan:
150gm atau 1 cawan tepung gandum
1biji telur.
75ml air
75ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
3 sudu mentega cair
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit / atau pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit atau pewarna berseta mentega cair tadi ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.
2. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.

Macam mana nak buat eh?

Jom tengok SINI

Senang gile kan?
Hahaha apa lagi jom kita cuba.

No comments:

Post a Comment