Popiah nestum ni memang resepi untuk ibu-ibu yang sentiasa busy.
Kerja lagi, nak memasak bebuka lagi.
Jadinya ini antara yang simple untuk disediakan sewaktu Syawal. Memang dah sifat semulajadi ayu ni suka resepi yang mudah-mudah hehe.
Janji sedap walaupun ringkas.
Bahan-bahan :
1. 1 paket kulit popiah 50 keping (saiz besar)
2. Nestum 2.5 cawan *
3. Gula 1.5 cawan *
4. Horlicks 1 sachet *
5. 3 sudu tepung + air (jadikan gam)
Step :
Satukan bahan bertanda * dan blend semuanya sampai hancur.
Ayu guna nestum 3 in 1 memang sedia ada gula. So ayu letak 1 cawan je gula. Memang tak suka makan manis:)
Ok dah blend semua bahan ketepikan dulu bahan *
Ambik kulit popiah, gulung sampai habis. Elakkan dari kena angin kipas, sebab kulit popiah ni cepat kering.
Dah gulung di hujung popiah, sila lekat dengan gam no 5 yang kita buat td.
Buat sampai habis. Then gunting serong-serong.
Dah settle semua goreng dengan minyak panas sampai lah rangup.
Toskan, dah agak-agak suam-suam, boleh gaul dengan bahan *.
Siapppp....
Sonang kan?
Budak-budak pun suka makan.
Senang pun senang.
Jap je habis ni.
Ini pun ayu dapat 2 balang je.
Boleh la ibu-ibu try lepas ni:)
~Terima kasih sudi baca~
No comments:
Post a Comment