Sunday, October 19, 2014

Da'i Pendakwah Millenia

Assalamualaikum..

Setiap Jumaat malam sejak dah habis suka dengan program dai tv3. Memang tak miss.
Tapi lambat jugak tengok. Sebelum tu selalu terlepas.

Mula-mula pun mmg dah nampak dai Farhan menyerlah, lembut dan sangat humble orangnya.
Dai Izzhar, seorang yg bersemangat dan penuh dengan idea yg tak terjangka. Student UIA. Petah berkata-kata.

Susah nk cakap yg mana layak bergelar juara. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.
Tapi rezeki lebih berpihak kepada dai Farhan.

Sempat juga menitis air mata bila dai Farhan berkata

"Saya menangis hari ini bukan kerana kemenangan ini. Saya teringatkan betapa susahnya Rasullullah saw dahulu berdakwah sehingga di baling batu. Tetapi sekarang, dengan berdakwah, kita boleh dapat duit pula. Tolong doakan saya supaya tak lupa diri dan menjadi seorang yg pemurah..."

Sebaknya.
Tulusnya hati Farhan.
Makin tinggi berdiri makin tunduk ke bumi.
MashaaAllah...


Sangat tenang dan merendah diri

No comments:

Post a Comment