Ramai yang dah mula bekerja hari ni?
Masih tak puas kan beraya di kampung.
Ayu raya di Subang je.
Pagi raya sempat buat rendang ayam cili padi. Rendang semudah 123:)
Rendang cili padi ni resepi org Nogori.
Memandangkan en hubby ayu suka pedas, haa amik kau senggengam cili padi aku taruk.
Nak resepi?
Boleh:)
Resepi Rendang Ayam Cili Padi
Bahan-bahan
1. Bawang putih + bawang merah
2. Serai
3. Lengkuas
4. Kunyit hidup
5. Cili padi ikut suka banyak mana nak letak
6. Kerisik
7. Garam
8. Santan
9. Ayam/daging
Cara
1. Blend bahan 1-5 sampai hancur.
2. Tumis dengan minyak sampai menggelegak.
3. Masukkan ayam.
4. Kerisik
5. Biar seketika around 10-15 min, masukkan santan
6. Masukkan garam agak-agak jgn banyak.
7. Biar mengering kalau suka kering. Kalau nak kuah, takyah lama dah boleh angkat.
8. Rasa sedap ke idok. Tutup api dan hidangkan.
Then sempat grab 2 batang lemang bawak gi rumah MIL. Mak aih rege lemang area USJ rm15 sebatang. Huhu.
Seronok main dgn Firas, anak sil. Boolat dan putih melepak. Memang geram sangat nak gigit.
Sepupu kecik Ara, Firas. Baru nak masuk 4 bulan:) |
Tak jalan mana raya. Melepek je kat rumah.
Then esoknya, bawak zara jalan beraya di rumah Pak Long main dgn cousin Ara, Ail.
Sempat pagi ni rebus nasi himpit skit, dan lemang semalam masih ada. Daging korban pun ada. Masak la rendang daging pulak.
Rendang daging berempah.
Yang ni pun version senang gile
Resepi Rendang Daging Berempah
Bahan-bahan :
1. Bawang putih + bawang merah
2. Serai
3. Lengkuas
4. Kunyit hidup
5. Cili padi ikut suka banyak mana nak letak / Cili kering kisar [ jenis cili mempengaruhi warna rendang]
6. Kerisik
7. Garam
8. Santan
9. 1 sudu kecil jintan manis
10. 1 sudu kecil jintan putih.
11. 1/2 sudu kecil serbuk cili kering
12. 2 sudu besar rempah kari daging/ayam
13. Ayam/daging
Cara :
1. Blend bahan 1-5 sampai hancur.
2. Tumis dengan minyak sampai menggelegak.
3. Masukkan ayam.
4. Kerisik
5. Cantum kan no 9/10/11/12 bancuh dengan air jadikan pes. Then masukkan dlm kuali
6. Biar seketika around 10-15 min, masukkan santan
7. Masukkan garam agak-agak jgn banyak.
8. Biar mengering kalau suka kering. Kalau nak kuah, takyah lama dah boleh angkat.
9. Rasa sedap ke idok. Tutup api dan hidangkan.
Tak sempat snap gambo. Hahaha.
Rendang ni ayu suka panaskan byk kali. Sebab jadi kering. Aroma pun mmg menusuk qalbu. Hahaha.
Jadi citenya, kami la makan byk rendang tu. Hanta umh abg sikit, lain2 sume masuk dlm perut. Ara pun makan. Hahaha. Adoi kecik2 dah pandai makan rendang:)
Dan harini pekerja contoh, masuk dah kerja. Hahaahaha.
Ok, untuk yang nak order any Shaklee products, jemput contact Ayu dearies..
Nanti Ayu pos entry resepi masker ESP yang uols wajib cuba.
Alah kan this month promo ESP. Apa lg boronglah. Selain masuk perut kita kasi buat masker tempek ke muka sikit. Mesti tomey2 belaka lepas ni.
012463170
SID 1099756
No comments:
Post a Comment