Wednesday, October 15, 2014

Konvokesyen Cik Putih 13 Oct

Long journey.

Konon pagi Sabtu nak gerak pukul 8 pagi. Siap punya siap, projek memasak nasi lemudi+ ayam goreng berempah dengan mak. Pukul 10:15 baru gerak.
Then berenti di RnR Dengkil, mandikan zara. Nak sejukkan badan dia. Nak elakkan dehydrated almaklumlah dok dalam kereta dengan aircondnya. Air minum kurang. Tido kejap je dalam sejam mcmtu.
Main je keje. Suka dia main dengan Alang.

Habis sekeping wafer ara makan. Then teruskan journey. Setelah pening dgn waze yg tak berapa nk accurate. Jumpa jugak Homestay Haji Esmon. 295km Seri Kembangan-Parit Raja

3 bilik. 1 bilik air
2 bilik aircon 1 bilik kipas.
Towel 1 bilik 1 helai.
Peralatan memasak ok nice lengkap
Dlm fridge penuh mineral water.
Setiap botol yg kita beli jd sumbangan utk surau yg berdekatan.

Selesa dan sangat bersih. Strongly recommended. Landmark, keluar Exit, Ayer Hitam. Terus, selepas pekan Parit Raja, jumpa balai polis, straight. Nampak kedai lemping, ada signboard, Homestay Haji Esmon. Sebelah tu ada kedai kereta terpakai. Terus je. Lalu jambatan, terus lg. Sampai jumpa rumah kaler grey ada 3 bijik semuanya. Kawasan tu berpagar. Even bkg tu ada kebun kelapa sawit tak risau sebab berpagar elok. Dan pintu pagar pun ada remote. Homestay Hj Esmon ni hanya 3km dari UTHM. Ada 3 rumah 3C, 3D dan 3E. Lg 2 rumah 3A dan 3B lg deka t hanya 1.5km je dari UTHM sesuai utk family yang nak cari homestay utk disewa sepanjang konvo anak-anak:)

Alamat :
T/L 36 Kampung Parit Jambol, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Petangnya, akibat letih dan terkejar-kejar ambik Dida, then gi beli KFC, beli brg msak sikit, beli sup sayur baru blk umah.
Dkt pukul 7 jugak bru makan tengahari.
Zara smpai homestay sepinggan nasik lemudi dia makan. Healthy concious kan:)

So dia xheran sgt dgn kfc. cuma dia dah makan 2 bijik hashbrown, dlm kereta sblm sampai rumah lg.

Kesayangan ramai sepanjang kat sana:)

Then around 8pm kami gerak gi rumah Makcik Miah dan Pakcik Said, kawan lama mak abah. Serumah mak masa bujang dan kawan abah jugak.

Sonok lah makabah borak dah lama xjumpa.
Then perak gak kami bila dihidang dgn keropok buah belinjau. Pahit sedap lemak. Makcik miah bekalkan bawak blk lagi. Dapatlah merasa kari daging air tangan makcik miah. sedap.

Makcik Miah & Pakcik Said kawan lama mak abah. Dua-dua sangat kelakar. Peramah. Bak kata Pakcik Said, kami ni ibarat anak sedara dia. First time jumpa tp dah terasa kemesraan itu. Masyaallah..

Paling best sempat melawat dapur 3 layer beliau, pengusaha kek dari rumah. Tiap kali Ramadhan kurang-kurang 150 bijik kek buah beliau dan suami buat. 1 biji , 2kg rm45.Best tgk teknik dia memasak. Praktikal. Bijak. Mak sempat ambik 2 resepi kek. Ara tak payah cerita, mmg tak reti dok diam walau penat. Memanjat sana sini. Buat mcm rumah sendiri.

Ara sangat santai kat sini. Buat mcm rumah sendiri.

Then balik semua dah pengsan. Around kul 11 tdo. Esknya pulu 5 bangun. Gas rupanya habis. Alamak.
Guna rice cooker je msk roti telur. Hahaha. Gilir2 ambik tugas. At least bfast sblm ke konvo.

Mak abah masuk dewan.
Kami lepak kt luar. Then jalan-jalan pesta konvo.
Layan budak2 ni borong shawl dan tudung AJ.
Lepak surau UTHM.
Mandikan ara.
Tapau ns ayam blk setel semua makan.

Makan roti telur. Rilek je dia. Syiok tgk abg kakak berjubah. Semoga zara pun berjaya jejak kaki 1 day ye nak:)

Cuma masa balik sgt rushing dan hujan lebat tak sempat menyinggah di kilang kerepek Parit Botak.
Checkup pukul 3. Alhamdulilah tuan rumah baik hati. Takde charge tambahan.
Dan pasal tong gas tu, dia offer untuk hantar masa tu jugak. Cuma kami mmg dah takde apa nk dimasak:)

Sampai rumah around 830 malam.
Kak ipar rupanya dah siap memasak nasik dan lauk segala dan bawak semua food utk kami mkn. Alhamdulillah. Sbb dah penat sgt. dan lapar terus makan. Terus lena hahaha. Esknya mak abah blk around pukul 12. Nak ke ofis pun dah penat so esk jelah terus masuk miting lalalal.

Sekian citer konvo Cik Putih, aka Dida.
Tahniah yang tak terhingga Dida. We all really proud of u. Degree pun buat yg terbaik.

Dida. Kejap je besaq. Pejam celik. Alhamdulillah..

Menyusul Maksu pulak next year. Mudah-mudahan. Ke mana pulak kami nti? Pantai Timur ke?
Best-best..inshaaAllah panjang umur kami follow lagi:)

Kepada bi, tq so much melayan kami semua.
Menantu kesayangan sentiasa. Sanggup drive all along the way dri Seri Kembangan-Batu Pahat then balik sini jugak. Abah gout. Teruk bengkak kaki. Mmg taknk abah drive kesian tgk abah. Gagahkan diri utk lihat ank berkonvo. Pengorbanan tak ternilai:)

Utk adik-adik yg sedang belajar, buat yg terbaik utk diri anda, keluarga anda.
Bukan senang utk senang dan tak susah juga utk susah.
Utk capai cita-cita perlukan pengorbanan masa, jerih perih dan usaha tanpa jemu.
Kejayaan bukan turun dari langit.
Banggakan ibu bapa anda. Buat mereka tersenyum...
Kejayaan itu sangat manis di pengakhirannya.
Percayalah.

Tq semua sudi baca:)
Loves, Ayu

No comments:

Post a Comment