Sunday, October 19, 2014

Resepi Masak Lemak Cili Padi


Assalamualaikum.
 
Haa..ketam mak bawak belum dimasak. Cili padi mak bawak. Hasil tanaman selepas pencen. Macam2 dah menjadi tanaman mak, cili merah, daun limau purut, serai, pandan, tomato, nenas pun ada...

Sabtu tadi sempat jugak buat masak lemak cili padi...
Balik kenduri adik kepada kawan hubby di Kota Damansara.


Arouund 6 baru memasak. Heheh. Sampai rumah pun dah hampir pukul 4. Nasib sempat solat Zohor. Alhamdulillah..

cantik pengantin:)
pengantin pempuan ni adik kepada kwn hubby..

Ok back to resepi..

Ini katanya resepi pure N9.
Kata kawan ayu org n9, masak lemak cili padi versi sebenar tak letak bawang.
Sebab bau bawang tu kuat mengurangkan kesedapan.
Nak buktikan betui2 sedap jadi try buat.
Sebelum ni mmg letak bawang merah..blend skali dgn serai..

Sedapppp baq hang..
rugi tak cuba..

Bahan-bahan
1. Ketam/udang
2. Santan
3. Serai
4. Cili padi segenggam. Ikut suka nk letak byk mana.
5. Kunyit hidup. Bukan serbuk. Yg serbuk tu kureng sikit rasanya. Kalau xde bolehla emergency:)

Cara-cara
1. Blend halus no 3-5
2. Masukkan dlm periuk. Biar sampai mendidih. Kuat bau. Sbb cili padi kan:)
3. Dah masak betui cili baru masukkan ketam/udang
4. Then masukkan santan cair
5. Lebih kurang 5-10 min masukkan santan pekat
6. Sentiasa kacau supaya tak naik taik minyak. Ini petua kalau pecah minyak tak berapa nk sodap.
7. Masukkan garam dan tutup api bila dah mendidih.

Ni gamba masa tgh mendidih:)

Senang je kan. Sume org boleh buat:)
Manis sedap rsanya sbb letak ketam. Mmg kick habis.
Esknya ayu campak pulak udang. Tambah kuat sikit, alter mana yg kurang.
Goreng ikan kerisi garing2. Makan pulak dengan sayur campur. Macam mana nak kuruih ni.
Habis licin..Hahahaha...
Alhamdulillah:)

No comments:

Post a Comment