Tuesday, November 25, 2014

Karnival Upin Ipin


Assalamualaikum.

Nak cite pasal Karnival Upin Ipin yg berlangsung pd 21-23 Nov lalu. Seriously tak seperti yg diharapkan.

Sebab dah seminggu dah berjanji dengan Ara nk ke Karnival Upin Ipin di PICC, Putrajaya, so Sabtu tadi kami pun pergi jugak dengan segala ketabahan yg ada, 1st, bersesak dalam jam yg sangat teruk. Then cabaran mencari parking yg payah nk jumpa. Mana mungkin org dok dlm tu 1 jam je. Maunya 3-4 jam. Ada yg berkampung dari pagi lagi mana yg datang dari jauh tu. Ada yg sanggup daki bukit rumput di sekitar PICC tu mana yg parking keter jauh. Kesianlah dengan stroller bagai. Anak kanan kini. Kira tu pengorbanan ibu dan ayah nk bawak anak-anak tgk upin ipin. Tapi tak seperti yang disangkakan. Manusia ramai sangat beribu-ribu mungkin cecah puluhan ribu.

Nasib baik jugak, kami park dekat dgn entrance.
Alhamdulillah..
Tak jauh jalan
Cuma kat dalam sana tu mmg bertolak-tolak manusia
Memandangkan saya rendah so mmg tak nampak hehe.
Nak pakai high heel takut tergolek kena tolak so kita pakai selipar biasa je.
Lglah tak nampak kan, bila bapak2 sume pakat angkat anak masing2, letak ats bahu dan dorang berdiri di bahu ayah masing2 bila Ultraman keluar.


Papa terpaksa angkat ara, too  many people arround..


Kesian ara, mmg tak dpt tgk.
Cuma sempat beli vitagens dan lego untuk ara.

Konon nk beli Dunkin Donut pun sume dah sold out.
Sbb org sume lapar.
Dan booth yang dkt2 situ bukanlah best pun. Tak banyak. Tapi jdkan tempat tu lg sempat.
Dan apa yg kami tau, ada 4 event berlangsung pd hari yg sama.
Termasuklah konvokesyen MAHSA College.

Padanlah parking tak cukup.
Pengurusan perlu lebih bertolak ansur dan fikirkan pelawat yg datang.
Kanak-kanak yg dtg penuh berharap nak tgk Upin Ipin dan Ultraman.
Tapi xdpt tgk
Hall berbayar pun queue panjang gile dan kaunter tiket pulak jauh.

Kami sempat naik tingkat atas bergambar jap dan balik. Penganjur perlu fikirkan condition pelawat yg datang jauh. Nasib kami dok dkt2 sini je.

Tapi dengar2 yg pegi Jumaat malam tu best. Siap boleh bergambar depan rumah opah lg. Hahah. Lengang dan org tak ramai. Kami yg mai Sabtu ni mmg xde chance. Yg nk bergambar dgnUpin Ipin pun queue panjang. 1 session rm20++
Hrp organiser improve kelemahan untuk karnival tahun ini. Next yr tgk mcm mana pulak.

Berani, tak takut apa pun budak ni


 

Balik tu asik main legi jelah.
Padalah sebelum ni dah ada 1 set lego
Cuma dah byk yg hilang. So dia pun lupa dia dah ada lego.

Ni ibu buat tak lama ara robohkan



Dalam proses dia nk merobohkan lg apa yg ibu buat:)



Lego bagus untuk asah motor skill anak-anak . Naluri nak membina dan seronok bila dorang dpt build something tu mmg bagus sangat.

Tapi lepas tu mmg sepah la rumah. Asyik terpijak lego je. Nasib jugak ara ni dah pandai jugak kemas mainan sendiri. Kemas cara dia:)

No comments:

Post a Comment