Friday, November 28, 2014

Semanis Kurma Da'i Farhan

Assalamualaikum..

Malam td topik berkisar tentang Rezeki.
Tetamu jemputan Ustazah Nor Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah adalah Dai Farhan, juara Dai Pendakwah Milenia.

Lembut orangnya dan very humble.
Cakap jelas dan cara penyampaian yang sgt mudah difahami.

Diminta mengulas tentang rezeki.
Rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit sahaja.
Sihat tubuh badan, rumah yang selesa, keluarga bahagia, anak, pasangan. Itu semua rezeki.

Paling menarik Farhan mengupas tentang, kita sekarang adalah apa yg kita pernah doakan dulu. Itu adalah diri kita. Mungkin tanpa kita sedar. Allah dah makbulkan segala doa2 kita yg dahulu.
Sebagai contoh, Farhan sendiri selepas menjadi Dai Pendakwah Milenia, baru tersedar beliau pernah berdoa, semasa berpeluang berada di sebelah imam Mekah dahulu, yg beliau ingin menjadi pendakwah, ingin menjadi seperti imam Mekah tersebut. Dan Allah makbulkan doa belia, sekarang beliau merupakan antara pendakwah.

Mendengar tentang pengalaman Dai Farhan, terasa rendahnya diri ini. Banyak lg yang perlu dibaiki.
Mengeluh, menyesal, dan menyalahkan takdir bukanlah yang diajar dalam Islam.
Merintihlah dan pohon kepada Allah seikhlas hati dan bersungguh-sungguh dalam setiap doa kita.
InshaaAllah akan dimakbulkan Allah swt.

Pesan Dai Farhan :

Lihat dan pandanglah org yang lebih bawah dari kita dari segi harta dan kekayaan supaya kita akan rasa lebih bersyukur.

dan,

Lihat dan pandanglah orang yang lebih tinggi dari kita dari segi amal dan ibadat kepada Allah supaya kita sentiasa beringat dan takkan sesekali lupakan Allah swt.


One more thing Dai Farhan ada sharing doa rezeki untuk dikongsikan kepada semua :)
Rupanya kita familiar sangat dgn doa ni. Dan sgt comel bila anak-anak kecil yg menghafal doa ni dan dibaca sekali dengan terjemahannya.
Cuba baca, indah sungguh terjemahannya.
Paling penting, bukan apply masa makan saja.
Setiap masa:)

 
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya Allah berilah kami keberkatan di dalam apa yang telah engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami daripada seksa api neraka"

Jom amalkan semua :)

Terima Kasih sudi baca.
Harap bermanfaat untuk semua

Loves, Ayu

No comments:

Post a Comment