Thursday, June 26, 2014

Inilah realiti..

Saya terpanggil untuk bercerita tentang realiti kehidupan ini.
Beberapa minggu lepas seorang staff company kami.

Indian..
Tea lady...
Baru kehilangan suami..

Kematian suami secara mengejut. Memang beliau stress, depress..
Menyedihkan tgk keadaan beliau. Sugul..
Cerita bermula bila saya terserempak dgn beliau di dlm toilet. Cuma ingin bertanya mcm mana dia ke opis selepas ketiadaan suami..

Soalan saya sangatla sensitif. Tiada niat untuk memburukkan keadaan.
Alahai silap byk sy tanya macam tu.
Menyesal bila nampak air mata dia bertakung..
Saya pun start touching.
Mmg peel takleh tgk org nangis.
Sebak....

Rupanya selama ini semua husband dia yg buat, hanta ke ofis, beli brg, amik anak. Satu pun husband tak benarkan dia buat. Penyudah nk drive pun dah lupa mcm mana. Hilang begitu sahaja skill memandu.
Bila husband takde mmg patah kaki. Berbeza pulak dengan saya, semua saya buat sendiri. Dalam hati wah bahagianya dia. Tapi di sisi lain saya bersyukur saya boleh lakukan semuanya sendiri.

Berbalik kepada cerita belia tadi. Ini bermakna, 2nd income family hilang.
Terpaksa bergantung pd income dia sahaja.
Nasib baik juga dia bekerja. Ada juga sumber pendapatan utk belanja makan, keluarga dan utk persekolahan anak-anak.

Alhamdulillah hari itu juga Allah tunjukkan pada saya, supaya saya berfikir dengan mata hati, realistik dengan kehidupan. Bukan niat utk mencari kekayaan dunia hingga lupa pd akhirat yg kekal abadi. Hidup bukan terhenti di sini saja, perlu teruskan apa saja yg bakal terjadi di hari mendatang. Qada dan Qadar Allah tentukan. Semuanya rahsia Allah yang tak mungkin dpt disingkap oleh akal manusia.

Wanita seorang ibu, isteri..dan anak.
Tanpa pekerjaan, simpanan, kereta rumah atau aset2 lain, bagaimana nk hidup dengan realiti taraf hidup yang semakin tinggi. Kalaupun anda seorang surirumah mungkin apa yg anda boleh lakukan adalah dgn bantu menambahbaik pendapatan dan taraf hidup anda , contohnya bisnes kecil-kecilan, punya sedikit simpanan, bina network/contact anda, supaya sekurang-kurangnya anda tahu arah tuju anda jika sesuatu yg tidak diingini berlaku.

Pengajaran juga kepada saya dan peringatan juga untuk saya...

Kini saya faham kenapa ibu dan ayah kami nakkan semua anak-anak berjaya dalam pelajaran. Berjaya dalam kerjaya, penuhkan ilmu di dada, pandai bawak diri, sesuaikan diri dengan persekitaran yang pelbagai dan belajar untuk bergaul dengan semua orang. Ibu dan ayah takkan selamanya menongkat langit. Patutla mereka benarkan kami adik beradik untuk berdikari, belajar di tempat orang, menimba pelbagai pengalaman dan ilmu tanpa mereka di sisi. Jauh di mata, tapi tetap di ingatan mereka. Doa mereka sentiasa ada untuk kami semua.

Untuk semua wanita di sana, bermula secara sedikit dan perlahan-lahan tidak mengapa dari tiada langsung.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
In shaa Allah:)

No comments:

Post a Comment