Dia akan tinggal berdua je dengan baby. Husband balik sesekali. Boleh ke rasanya dia nak handle sendiri?
1. Mommy mesti tau drive, ini sangat penting di kala emergency, barang dapur habis, nak ke klinik ke..
2. Jangan lupa tampal potongan ayat yang bagus untuk ditampal di pintu/dinding rumah 'khataman nubuwwah'
Apa sebenarnya Khatamun Nubuwwah?
Antara Hadis yang dikatakan menyebut tentang
kelebihan Khatamun Nubuwwah
daripada Imam At Turmuzi Radhiyallahu 'anhu katanya :
"Barangsiapa menilek atau memandang kepada "Khatamun Nubuwwah" sedang ia berwudhu' pada waktu subuh, nescaya memelihara Allah akan dia hingga membawa ke petang. Dan barang siapa menilek kepadanya pada waktu maghrib terpelihara pula hingga ke pagi. Demikian juga barang siapa menilek kepadanya pada awal bulan nescaya memelihara Allah akan dia dari segala bala dan kecelakaan hingga akhir bulan itu.Selanjutnya barang siapa yang menileknya kepadanya sewaktu hendak berjalan (musafir) nescaya jadilah sepanjang perjalanannya itu barakah dan selamat dan barang siapa mati dalam tahun itu nescaya dimatikan Alllah dalam iman...".
2. Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh
Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."
3. Daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."
Pastikan ada di rumah untuk anda yang tinggal bersendirian. InshaaAllah terhindar dari mala petaka dan bahaya.
3. Kalau anak sakit, maklumkan pada jiran, kawan atau sedara mara terdekat supaya mudah jika berlaku keadaan yang memerlukan anda membawa anak anda ke hospital, ada yang menemani. Kenal-kenal dengan jiran, babysitter di sekitar dan mintak no telefon mereka jika perlu.
4. Sentiasa simpan no telefon balai polis terdekat, hospital dan ambulans.
5. Sentiasa update aktiviti anda di rumah dengan suami. Kalau demam, tak sihat, inform hubby supaya beliau alert.
6. Sibukkan diri supaya tak rasa sunyi, sedih, terpinggir dan sebagainya. Jangan salahkan takdir. yang pahit selalunya akan berakhir dengan yang manis. Saya sibukkan diri dengan bisnes:).
3 tahun dah PJJ dengan hubby. Sampai zara lahir dan berumur 2 tahun dah sekarang. Macam mana saya buat? Saya kuatkan hati, semangat, dan sebenarnya si kecik ini juga peneman, kawan setia, teman bergaduh dan teman bersembang. Tak mudah nak uruskan bersendirian segalanya, tapi jiwa haruslah kental. Pahit, manis, kelat, riang, gembira, duka, semuanya ada, bercampur baur, Bila tiba weekend, itu yang sangat dinanti-nantikan nak spend time sama-sama dgn hubby, zara, just three of us. Dalam pahit, pasti ada manisnya juga. Percaya atau tak, zara senang faham dengan situasi, keadaan yang susah dan sukar. Yakin Allah swt takkan menduga kita dengan sesuatu yang kita tidak akan mampu menghadapinya. Allah swt itu Maha Adil..
No comments:
Post a Comment