Selalunya wanita kan yang ada masalah keguguran rambut. Kegatalan kulit kepala, kelemumur itu antara penyebab.
Ada banyak lagi sebab lagi. Yang ini ayu ambik dari website Yun Nam Hair Care untuk rujukan kita bersama. Mana tau boleh membantu.
Sindrom Selepas Bersalin
Wanita berisiko tinggi keguguran rambut apabila mereka berada dalam fasa kehamilan. Selepas bersalin, jumlah kehilangan darah yang banyak menyebabkan peredaran darah dan hormon hilang keseimbangan. 3-5 bulan selepas bersalin, keguguran rambut boleh mencapai 30% kerana gangguan dan penyesuaian semula yang berlaku dalam badan.
Fasa Haid, Menopaus
Pengambilan pil pencegah hamil dan pemberhentian pengambilan pil itu atau wanita yang mengalami menopaus akan mula menghadapi ketidakseimbangan hormon. Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan folikel mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran “makanan” pada seluruh badan.
Diet Yo Yo
Wanita muda yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien. Pelan pemakanan harian dengan buah-buahan, sayur-sayuran atau hanya melangkau waktu makan boleh membahayakan badan. Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi.
Tekanan Kerja
Wanita moden sentiasa menghadapi tekanan. Ini menjadikan mereka khuatir dan resah. Apabila seseorang menjadi panik, dia bukan sahaja gelisah malah peredaran darah yang biasa juga akan terganggu dan menyebabkan kulit kepala merembeskan jumlah minyak yang banyak. Tekanan juga menyebabkan uban pramasa.
Keturunan
Jangan menyangka bahawa lelaki sahajalah yang mengalami keguguran rambut yang disebabkan oleh keturunan. Wanita juga boleh mengalaminya! Apabila umur wanita semakin meningkat, perembesan hormonnya juga akan mula menurun dan jika ibu bapa serta saudara-maranya mengalami masalah keguguran rambut, dia berkemungkinan mengalami keguguran rambut pramasa juga.
Pengerintingan Atau Pencabutan Yang Kerap
Pengerintingan yang kerap boleh menjejaskan rambut anda. Ini adalah kerana bahan kimia yang digunakan dan bahan-bahan itu termasuklah mousse, losen pengerintingan dll. Pencabutan atau penarikan rambut anda akan menyebabkan keguguran rambut yang banyak di kemudian hari. Rambut yang diikat tinggi di belakang kepala akan menyebabkan garis rambut semakin ke belakang dan juga keguguran rambut.
Haa.. tu antara sebab-sebabnya. Antara faktor lain ada lah stress. Terlampau stress pun boleh akibatkan keguguran rambut yang teruk. Bukan saja sebab kerja, masalah peribadi, keluarga pun boleh menjadi penyumbang.
Lagi satu adalah kerana kekurangan vitamin. Shaklee turut menawarkan set penjagaan rambut untuk yang mempunyai masalah keguguran, kelemumur dan kegatalan kulit kepala.
Yang paling femes adalah
1) Revitalizing Shampoo
2) Lightweight COnditioner
3) Vitamin C
4) Zinc Complex
5) B-Complex
Untuk hasil lebih awesemone sertakan sekali pengambilan dengan ESP. InshaaAllah, bukan sekadar rambut cantik, kuat, kuku dan kulit pun jadi cantik.
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379
No comments:
Post a Comment