Thursday, June 12, 2014

Persediaan Ramadhan untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum

Lebih kurang 2 minggu je lagi bermulalah Ramadhan yang dinanti-nantikan. Sangat rindu dan tak sabar menunggu Ramadhan.

Untuk ibu yang menyusu, inilah masanya untuk mempersiapkan diri. Dah tentu ibu-ibu baru rasa nervous, risau boleh ke nak bf dan berpuasa. InshaaAllah mesti boleh. Kena kuat. Masa bersahur minumlah air secukupnya. Untuk ibu yang mengepam di pejabat, jangan skip mengepam. Teruskan seperti biasa. InshaaAllah pasti ada rezeki untuk si comel anda.

Keletihan memang perkara normal. Risau susu tak cukup.
Ayu pernah mengalami, untuk sesi pagi memang alhamdulillah penuh botol, makin petang makin kurang stock:)

Dan bila malam letih melampau, sebab tengah malam kena bangun mengepam untuk pastikan bekalan anak esoknya mencukupi. Tak mudah jadi seorang ibu. You have to be strong. Sebab tu kita ni semua adalah supermom.

Apa yang mommies boleh buat untuk dapatkan nutrisi cukup sepanjang Ramadhan?
Bagaimana nak make sure stock dan production adalah cukup dan kalau boleh nak lah meriah kan macam bulan-bulan biasa?

Menerusi pengalaman ayu yang lalui, ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mommies semoga bermanfaat.

1. Sahurlah dengan kurma, inshaaAllah akan bertenaga.
2. Blend susu, kurma dan badam, ini boleh dijadikan milk booster juga, inshaaAllah. Rasa pun sodap.
3. Minum lah air yang banyak selepas berbuka puasa, makan makanan berkhasiat dan bolehla teruskan dengan sesi mengepam selepas berbuka. InshaaAllah meriah. Tengah malam bangun dan buat power pumping:)

4. Minum air yang banyak semasa bersahur, boleh mengepam selepas sahur. Masa yang sangat sesuai tu. InshaaAllah...

5. Pam seperti biasa di ofis. Kalau rutin 3x pam, teruskan pam jangan skip. Perlu berdisiplin, kalaupun dapat sikit masa pam, buat 3x tak ke banyak jugak bila dikumpul2:)


6. Ambillah supplement untuk memastikan kesihatan mommies di tahap yang optimum.
Ibu sihat, cergas, tak stress, susu pun meriah itu kuncinya. Tugasan sebagai ibu, pekerja memang meletihkan, ayu selalu kalau balik je selepas berbuka memang dah flat habis. Lepas try dengan set menyusu Shaklee alhamdulillah. Bulan puasa cuma sebulan, masa untuk kumpul amalan, semoga dapat kita menyusukan anak sambil tak lepaskan peluang untuk tambahkan amal ibadat juga..


Di Shaklee kami menawarkan set menyusu dari set asas hinggalah kepada set lengkap.
Terpulang kepada mommies untuk memilih.

Cadangan set yang paling femes sepanjang Ramadhan adalah
1. Meal Shakes
2. ESP
3. Performance Drink

Campurkan ketiga-tiga nutrisi hebat ini ke dalam air dan minum saja seperti biasa. Sahur yang lebih mudah dan sihat. Sesuai juga diambil untuk pelajar, pekerja, orang yang aktif bersukan, melakukan kerja berat dan mereka yang gastrik. Tiada alasan lagi untuk berpuasa:)

Konsultasi percuma disediakan

Contact/whatsapp/call
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379
SID 1099765

No comments:

Post a Comment