Monday, June 2, 2014

Kenapa SHAKLEE berbeza

Shaklee merupakan syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia. Lebih tua dari usia saya. Sekitar lebih 50 tahun yang lalu. Sangat kukuh.

Alhamdulillah bersyukur dipertemukan dengan Shaklee. Di saat saya memikirkan untuk bekerja dari rumah, saya mengenal Shaklee satu platform untuk saya mencapai target tersebut saya kira. 9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan.

Saya bertemu leader yang telah mencapai byk kejayaan, mereka sangat humble, byk membantu, tidak lokek berkongsi ilmu. Apa yg kami diajar hubungan manusia dan Allah, perlu dijaga, begitu juga dengan hubungan manusia dan manusia, silaturrahim sangatlah penting.

Kami ditekankan betapa pentingnya amalan2 sunnat, solat sunat, kepentingan sunat dhuha, taubat, tahajjud dan zikir. Benda yg dahulunya saya jarang lakukan menjadi rutin. Saya mengakui pada mulanya saya lakukan supaya Allah memudahkan jalan untuk saya dalam bisnes ini. Tapi sekian lama beramal dan beristiqomah, saya makin senang melakukan sendiri, seikhlas hati bila dah menjadi darah daging. Sebab merasakan betapa tenangnya hati setelah menjadikan amalan seharian..

Sungguh, saya tak sangka, ini rupanya resepi mereka yg telah berjaya, sentiasa merendah diri, dan saya sedar mudah menjemput rezeki itu. Berusaha, doa, beramal.

Walau apa jua bisnes, ada pekerjaan yg kita lakukan, walau setinggi mana kita, jangan pernah lupa pada Yang Maha Esa. Rezeki, harta, kekayaan hanyalah pinjaman, ujian, Allah untuk kita. Yang nyata dan kekal amalan kita di sana kelak. Seimbangkan amalan dunia dan akhirat. Kejar kedua-duanya. Jangan pernah lupa dan lalai. Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk.

No comments:

Post a Comment