Monday, June 30, 2014

Out of Comfort Zone

Assalamualaikum.

Lagi cerita sedih mungkin?

Saya tak pasti anda yang membaca rasa sedih, redha, atau geram?

Takpe jom baca dulu:)

Kami menerima ajakan sahabat untuk bercuti di satu tempat peranginan di dalam Malaysia.
Memandangkan segala plan ditentukan sahabat kami, kami mengikut. Dijadikan cerita, saya tak pernah kenal dgn wife kepada sahabat suami saya. Kiranya ini lah first time bertemu mata.

First impression saya, nampak baik, lemah lembut, pendiam, tak banyak cakap.
Saya ok, alhamdulillah setakat ini campak ke mana boleh la nak cuba sesuaikan diri dengan keadaan:)

Tak banyak yang dapat dibualkan dengan beliau.
Kata hb saya, dia orang Siam, tak berapa nak pandai cakap bahasa kita.

Husband kerja biasa-biasa je.
Dia pun dan anak-anak nampak biasa. Sama mcm keluarga yang lain. 1-2 jam pertama berjumpa terlalu awal utk saya scan personaliti beliau kan:)

First outing kami, apa yg saya nampak husband beliau yang lebih ambik banyak keputusan berbanding dia. Dia mengikut. Order makan? Semua husband yg order? Takde tanya nk makan apa, nak apa, nak apa.

Hm..ok..

Then bila waktu shopping, husband berkejar suruh cepat2 shopping. Kami berpecah, shopping mana yg nk bawak balik utk family dan kawan-kawan.

BIla masa sampai utk bertemu di tempat yang dijanjikan, saya nampak hanya 1-2 beg plastik kecil. Kami pulak 'over' dengan 1 beg besor mcm org nk ke Mekah gayanya.

Saya rasa sedih.
Saya bg beberapa brg utk dorang, dan 2 helai tshirt utk anak beliau.
Tak banyak mana sumbangan itu.
Tapi andai pemberian saya yang tak seberapa itu menggembirakan anak-anak beliau saya rasa bersyukur..

Saya yakin si isteri tak punya wang untuk bershopping.

Malah, cuma duduk di satu sudut kedai, menjaga anak kecil. Suami yang pergi membeli barang yang perlu sahaja. Itu pun untuk mereka sendiri, anak-anak nak rasa. Bukan langsung untuk kawan-kawan. Saya faham, dengan gaji suami yang tak seberapa, isteri tak bekerja dan tiada sumber pendapatan lain, mereka mungkin boleh bercuti dengan duit yang dikuumpul sekian lama namun untuk shopping sakan, ampunn...itu bukan yang mereka harap-harapkan.

Saya sedar, tanpa kerjaya, tanpa wang, hanya mengharap nafkah suami, membeli itu ini, bercakap itu ini, bukanlah keutamaan bg seorang isteri. 100% segalanya di tangan suami. Tetapi saya juga mengaku, isteri sahabat kami itu wanita yang baik. Menurut dan mendengar kata suami. Tetapi saya harap bukan dalam segala hal. Dan mungkin bg suaminya kegembiraan anak-anak itu adalah yg paling diutamakan.

Barulah saya tahu, rupanya ada keluarga begini dalam dunia ni. Terasa betapa bertuahnya saya. Perbezaan keluarga kecil saya dan beliau, saya dan suami bekerja. keluarkan duit dan bayar. Tapi masih berhemah dan beringat:)
Saya bertuah kerana suami saya mementingkan toleransi dan persefahaman. Sama-sama buat sesuatu keputusan.

Saya terasa sedih di sudut hati kecil saya....
Saya cuma ingin menyeru isteri di luar sana, anda sangat mulia bergelar seorang suri rumah namun jadilah suri rumah yang bijak untuk masa depan anda sendiri.

Anda mulia, anda isteri yang baik, solehah dan setia pada suami anda, tapi fikirkan juga masa depan anda dan anak-anak kelak di kala masa yang terlalu jauh lagi, yang tidak akan dapat kita lihat apa yg bakal terjadi..

Kita hanya manusia biasa, tak dapat lari dari pelbagai dugaan, cabaran dan godaan dunia.

Fikirkan..


No comments:

Post a Comment