Tuesday, September 30, 2014

Promosi Oktober : ESP Buy 6 Free 1

Assalamualaikum
Salam Rabu!

Bangun pagi, dah 1 October.
Dah masuk hujung tahun dah pun.
Dan best sangat bila bukak website shaklee tengok-tengok bulan ni promo ESP.
Beli 6 Free 1.

ESP ni mmg the hottest Shaklee product. Kegilaan ramai. Hehehe. Yang dah cuba mmg tau apa yg bestnya ESP ni. Yang tak cuba lg mmg wajib cuba.

Those yg nak beli ESP, yang kehabisan stock mahupun yang baru nak mencuba, ini masa yg sgt sesuai.

ESP Shaklee dihasilkan dari kacang soya non-GMO iaitu soya yang dibasuh dengan air bukan seperti kebanyakan soya di pasaran yang dibasuh dengan alkohol. Ini mengekalkan isoflavones dalam soya yang membantu mencegah serangan jantung, osteoporesis dan merendahkan paras kolestrol.

Setiap hidangan ESP membekalkan 14gram protein soya dan 400mg kalsium yang penting untuk tubuh.

Proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya sentiasa dipantau di bawah program Identify Preservation Program(IPP)

Tak lupa, bulan ni promo Meal Shakes Buy 3 Free 1 masih berjalan.
10% dari setiap pembelian meal shakes ini, akan disalur ke My Kasih Foundation program, yg merupakan satu badan bukan kerajaan yang memberi bantuan kepada anak-anak yg tak bernasib baik.

Alhamdulillah Shaklee always care about our children.

Sambil kita membeli, kita turut membantu yg memerlukan. InshaaAllah:)


Contact AYU at 0124631670

Petua Kilatkan Kuku

Asyik dok tengok-tengok kuku tadi.
Macam kering je nampak. rapuh.
Google cari info:)

Taddaaa..jom kita  cuba nak untuk yg ada masalah macam AYU:)

Hasil meng'google'

1. Limau nipis/ lemon - Gosok pada kuku dan biar selama beberapa minit
2. Bawang putih - Gosok pada kuku dan biar beberapa minit . Untuk kilatkan kuku dan untuk kuatkan kuku yg rapuh
3. Belimbing bulu - Gosok pada kuku dan biar seketika. Guna kulit bahagian luar.
4. Rendam kuku dalam air suam
5. Sentiasa lembapkan kuku dengan losyen

Macam senang je kan, bahan 1 & 2 tu mesti sentiasa ada kat rumah. Boleh la cuba. Malam ni jugak buat wink3.

Selamat mencuba:D

Loves, Ayu

Kolagen bukan untuk kulit semata-mata!

Selalu bila sebut kolagen je, semua pasti tersengih-sengih. Dok imagine, kalau amalkan kolagen hari-hari mmg cun melecun la. Tapi tahu tak kolagen ni memainkan peranan penting untuk tubuh kita. Jom kita study apa itu kolagen:)

Apa itu Kolagen?

Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

“Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen.

“Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru,” katanya.

Ketika usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula manyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi

“Khasiat kolegan tidak hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga memberi faedah untuk kesihatan diri kerana ia bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan"

Datuk Dr Che Rozmey Che Din

Fungsi Lain Kolagen :
-Memberikan struktur kepada badan
-Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut
-Menyambungkan tisu-tisu lembut dengan tulang badan
-Membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya.
-Efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.

Dan.....Shaklee Collagen Powder yg BUY 6 FREE 1 tu, hari ni last promo.

Jooom contact AYU skg at 0124631670


Monday, September 29, 2014

Fakta Meal Shakes : Bukan untuk yg Kurang Selera Makan je

Testimoni Meal Shakes :
"Tadi cuba beri dia meal shakes. campur sikit je dalam milo dia. seb baik dia xperasan...n habis minum milo tu.." -Nurashikin, Ibu

Kes ni anak yg taknak minum susu.
Cuma nak minum air kotak yg tertentu, milo dan air kosong..
Sebab dia sangat sensitip dengan bau dan rasa minuman  yang dia tak suka.
Tp alhamdulillah meal shakes ni dia tak reject.
InshaaAllah dpt penuhi nutrisi yg si kecik ni perlukan..
Selalu jd pada si manja yg dah biasa minum susu ibu.
Tp bila susu ibu dah takde, dia mmg xnak susu lain.

Meal Shakes bukan hanya untuk tambahkan selera makan si kecil, yg selalu jatuh sakit, yg tak suka makan ubat mahupun yg sembelit. Malah penuhi nutrisi yang si kecil perlukan. Itu yang paling penting. Sbb tak semestinya makanan harian si kecil dah cukup segala yg dia perlukan;)

Even dia taknak susu as long as nk minum milo + meal shakes pun alhamdulillah...atau any drinks yg dia suka. Janji anak kita happy dan sihat..

Contact for order
Ayu | 0124631670

Anak, Isteri dan Ibu

Teringat bulan puasa 2011.
Dapat satu mimpi.
Daki jalan yang tinggi, bukit tinggi. Takut tapi naik jugak bukit tu. makin tinggi. Payah yg amat..Tapi berjaya harungi.
Bercerita pada sorang budak ofis. Katanya ayu nak jadi ibu kot.
Status nak naik lagi.
Mcm ada betulnya jugak. Tak lama lepas tu check up and betul preggy.
Most of my dreams mmg jd nyata. Tp mintak yg baik-baik je yg jd nyata. Mimpi mainan tidur tp ada jugak yg kata petanda atau membawa maksud sesuatu.

Yes itulah kita wanita..Di situ ada kelembutan. Di situ ada ketabahan. Di situ ada wajah dan sifat keibuan.

When she is a daughter, she opens the door of Jannah for her father, when she is a wife, she completes half of the Deen of her husband, and when she is a mother, Jannah lies under her feet.

Berbanggalah menjadi seorang wanita:)

Loves, Ayu

Sunday, September 28, 2014

Zara dah 2 tahun 5 bulan

Alhamdulillah.. Sihat.
Bijak bercakap.
Kdg-kdg macam budak dah besar.
Suka cekak pinggang dan buat muka tak puas hati kalau ada yg tak kena.

"Apala mama, apalah ibu, apalah papa"

Itu ayat standard tak puas hati.

Tp satu je dia mmg suka panggil ibu dia mama. ibu. obu. ikut mana-mana dia sempat.
Tp byk perkataan dah boleh paham dia ckp.
Kira teman bersembang.
Dan suka jugak untuk ulang ckp apa yg kita ckp.
Malm td, ada bunyik2 bising kt rumah atas.
Ara tiba-tiba ckp pd papa.

"Jangan akut, ibu ada"

Hahaha. Mmg ayat tu ibu selalu ckp pd ara. Skg ara ckp pada papa pulak:)

Dan anak-anak ni bila kita tgk dorang tgh tidur.
Subhanallah, takde kata-kata nk ucapkan. Perasaan tu mmg superb, touching sangat.
Hilang rasa sedih, rasa stress, sejuk mata dan hati. Memang penenang jiwa. Dan bila dia tidur, nampak makin besar anak ibu ni. Betapa bersyukurnya dan rasa rindu masa dia masih kecik dulu.
Seronok tgk anak membesar.
Walau kdg2 darah boleh naik. Bila degil dan manja yg teramat sgt.
Tapi dorang ni bukannya tau apa-apa.
Kalau bising pun tak buat sbb takut kena mrh. Tak paham pun. Kesian pun ada.
Anak harta dunia akhirat. Tapi anugerah yg hanya pinjaman semata-mata. Untuk disayang, dimanja dan dilindungi. Bukan untuk dimarahi.


Peringatan untuk diri sendiri..

3 of US

Sahabat susah senang sama-sama. Megi semangkuk pun boleh share. Kerepek sebalang kedai mkcik balang pun share.
Gamba kakak belakang tu interframe semata-mata. Takde kaitan:)


Wah...godek-godek fb, jumpa balik gambo lama ni. Masa muda-muda dolu...
Macam gambar last 4-5 yrs..
Then tak lama masing-masing dah kawin dah.
Bila ntah nak lepaking lg mcm ni?

Weh korang dua, mai la turun KL:)

Loves, Ayusss

Friday, September 26, 2014

Ara Si Banyak Mulut

Lucu la bila sembang dengan si kecik ni. Banyak mulut.
Kelakar bila budak kecik dah pandai cakap mcm org dah besar. So cute:)

Story 1

Zara pegang muka papa

Ara : Cantik muka papa


Story 2

Ara : Ibu bila ampai

Papa : Ibu lambat lagi sampai

Ara : Oh...obu sampai ambat..

(Ibu/Obu/Abu)?
Mana satu pilihan ara?

Story 3

Ara letak princess anna ats katil

Ara : a...u....slip....nya...a..u..slip..nya
Ibu : ara nyanyi lagu apa (dalam hati mcm pernah ku dengar lagu ni, kat mana ek)
         Oh ibu tau......are u sleeping? (sambil buat gaya nyanyi dengan gaya tersedap)

Ara: Hik3 ( tersipu-sipu)


Story 4

Cubaan nak ambik toys cat dlm cot

Ara : Ibu nak cat
Ibu : Tak leh dah rosak
Ara : Oh..cat dah rhussakkk
Ibu : Sape buat? Sape tuan cat tu?
Ara : Habisssh aku (Sambil tepuk dahi)

Story 5

Ara : Nak aisklim
Ibu : Nanti kita beli 1
Ara : Ibu unye?
Ibu : Kita share la
Ara : Aloohhh

Yang Cantik itu HATI

"Jangan kau menilai dari rupa
Kerana semuanya milik Dia
Hati ini akan kujaga
Kerana aku hanya manusia biasa

Ku tak peduli sebenarnya
Apa yang kau ada.."

Amir Jahari

Good lyric I think.
Untuk direnung maksudnya.
Biar tak cantik, tetapi penuh dengan akhlak terpuji. Dan biar dibalas racun tuba. Jangan dibalas balik dengan yang hanya akan menunjukkan kebodohan kita..Hingga kita sendiri terpaksa menyesali kemudian hari.
Biar nampak lemah, tetapi kekuatan itu ada di dalam hati, kuat melawan rasa amarah, diganti dengan rasa sabar dan melupakan apa saja yang melukakan hati..
Amarah itu selalunya berakhir dengan memperlihatkan kebodohan si pemarah yg akhirnya memalukan diri sendiri tak kira pihak mana yg bersalah.

Kerana aku hanya manusia biasa
Ayu


Thursday, September 25, 2014

All Rise @ All Rice

Assalam.
Salam Jumaat.
Semoga hari kita dipenuhi dengan baraqah.
Tergelak-gelak dengar hot fm pagi ni.
So cute la.
Lagu ALL Rise by Blue, lagu lama-lama zaman skolah menengah dulu.
Fizi hot fm kata nak nasik, lapor.
Puas diketawakan AG dan Fara. Bukan nasikla, bangunlah. Hhahahahahaha.

Teringat pulak lagu-lagu zaman skolah-skolah dulu.
Boy band mmg tumbuh mcm cendawan.
B2B, Westlife, Boyzone, SpiceGirl..
Ini zaman kegemilangan Briney Spears
Siap hafal lagi lirik lagu.
Kalau tanya skg dah lupa. Hahaha. Sejak dah bersalin ni jd pelupa;)
Itu zaman anak-anak yg lahir zaman 80an.

Kalau budak-budak skg tatau la lagu apa.
Indie genre kot. Ke lagu-lagu indon?

Skg ayu suka lagu-lagu Fynn Jamal kot.
Flowery. Mendalam maksudnya;)

Korang suka lagu apa?

Amalan Sedekah Memanjangkan Umur

 
5 kebaikan di dunia dengan sedekah
 
1) menyucikan hartanya
2) menyucikan badannya
3) menolak bala
4) menjauhi penyakit dan
5) menggembirakan orang miskin
 
5 kebaikan di akhirat
 
1) dinaungkan Allah di hari kiamat
2) ringan hisab di akhirat nanti dan berat timbangan amalan di akhirat
3) mudah melalui titian siratul mustaqim
4) bertambah darjat di dalam syurga
5) sedekah menutup tujuh puluh pintu kejahatan
 
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesung­guhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong, mem­bang­ga diri si penderma dengan sebab sedekahnya.”
 
Hadis menyatakan malaikat berseru yang bermaksud: “Tuhanku, segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segeralah bala bagi orang yang enggan (bakhil) bersedekah hartanya.”
 
Selagi diberi umur panjang dan kesihatan yang baik, jangan tangguh bersedekah kerana amalan bersedekah dapat mencegah dari ajal yang buruk.

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima:)

~ The Power of Sedekah ~ Selamat Beramal ~



 
 
 

Wednesday, September 24, 2014

Detoks dengan Infused Water

Apa it infused water?

Infused water merupakan air yang dicampur dengan hirisan buah-buahan seperti lemon, halia, daun pudina, atau timun. Dibiarkan semalaman dan disimpan di dalam fridge. Bertujuan untuk detoksifikasi atau mencuci usus bagi membuang toksid dalam badan, melancarkan pencernaan dan menenangkan perut.

Keesokan pagi, rasai sendiri kesegaran infused water yang anda simpan semalaman. Pasti tak menyesal:)

Fresh sangat untuk diminum pagi-pagi:)

Kebaikan untuk kesihatan :
1) Zero Calories
2) Loose weight - Wahwahwahhhh ini yang paling best ni.
3) Stay hydrated - So yang kurang minum air tu elok sangat cuba:)
4) Cleanse our sysyem
5) Flushes our toxins
6) Boost the immune system.
7) Energyze body
8) Transport nutrients and oxygen
9) Maintain regularity
10) Keeps you cool

Banyak rupanya kebaikan infused water ni.
Dan paling best membantu melancarkan penyerapan sebarang pengambilan vitamin sehari-hari.
Bila toxin dah dibuang, mudahla badan nak serap segala vitamin.
Dan ramai jugak customer yang selalu mengadu vitamin yg diambil tak memberi kesan positif seeperti yang diharapkan.
Cara terbaik mulakan dengan detoks dulu. InshaaAllah akan nmpk hasilnya.
Org yang susah nk minum air kosong, dan tak suka minum air kosong, untuk elak badan dehidrasi, boleh la cuba dengan infused water ni.

Lemon untuk menyegarkan badan dan menambah alkali
Daun pudina untuk membantu pencernaan
Timun baik untuk mata dan kulit juga baik untuk pencernaan

Resepi lain infused water
1. strawberry + orange + mint
2. orange + lemon
3. cucumber + lime + mint
4. orange + lemon + mint

Senang sangat nak buat. Cuma hiriskan buah dan campak je dalam air. Hari-hari boleh buat. Jom amalkan untuk kesihatan.

Untuk vitamin Shaklee, selalunya Ayu akan cadangkan pengambilan Herblax dan Alfafa untuk  detox yang berkesan dan selamat:)

Nak dapatkan vitamin Shaklee?
Contact :
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379

Bagaimana Mengatasi Sakit Pinggang Ketika Menyusu?


Ini dari pengalaman sendiri.. My two cents:)
Bukan orang yang berpengalaman pun.
Cuma boleh nak cuba untuk ibu-ibu yang selalu sakit badan, sakit pinggang ketika menyusu.

1. Betulkan posisi ketika menyusu. Jangan terlalu membongkok dan tegak. Sendal bantal di bawah kaki dan belakang badan sehingga rasa selesa.
2. Beli nursing pillow yang boleh ampu bayi anda. Pillow bentuk U. Sesuai untuk ibu yg melahirkan melalui pembedahan.
3. Belajar menyusukan bayi anda sambil berbaring atau mana-mana posisi di bawah mengikut keselesaan ibu. Ada 4 posisi yg biasa.

4. Kekurangan kalsium pun salah satu sebab cepat sakit sendi, lenguh badan. So ayu syorkan pengambilan ostematrix, kalsium dari Shaklee. Gandingakan dengan alfafa dan ambil sebelum tido. InshaaAllah bangun esknya akan bertenaga.

 
 
 
 

Korean Drama Recaps

Baru jenguk-jenguk sini.

Yang suka tgk Korean TV Series.
Tapi ada kekangan masa. Mcm mak-mak yg ramai anak tu.
Haha. Eh ayu ramai anak ke?

Sorang pun bz.

Bukan apa kalau nak tgk drama series ni mau sehari semalam tak lena.
Kalau dah tengok 1 episod tu, mesti nak tgk episod lain pulak. Maunya tak lena nanti.
Takut dapur pun tak berasap. Hahaha.

Ini untuk layan masa bosan je. Anak tgh tdo ke.
Rumah dah habis kemas ke.
Dah siap masak ke.
Bosan-bosan meh baca review drama-drama korea ni.
Best sbb dia cite apa jd utk setiap episod.
Dan ada jugak, gambar situ.
Boleh la nk imagine kan.
Kira mcm kita pun dpt feel drama tu, walau tak tgk secara live.

Ada banyak giler drama. Mcm Coffee Prince, My Fair Lady, Oh My Lady, Hero..etc..

KLIK SINI untuk baca.
ENJOY!!

Tuesday, September 23, 2014

Daging Honey Crunchy

September Special!

1 pek RM12
3 pek RM40 including postage!




Contact :
Ayu  | 0124631670
Hadi | 0179700379

Love Shaklee 200%

Malam tadi sesi coaching grup kami.
Luahan hati ke hati.
Nak bisnes ni memang kena ada mentor.
Pemilihan grup pun perlu betul.
Tak boleh hentam je, takut nanti bila semangat dah ke 0 terumbang ambing.

Sekarang, yes semangat dah 200%.
Bukan je Rindu Awak 200% :)

Itu yg menariknya grup Shaklee ni.
Tu yang sayang sangat nak tinggal Shaklee.
Mentor tak berenti bg semangat.

Ini jugak one of the Shaklee effect:)
Bila kita jatuh cinta. Bila kita sendiri guna. Bila kita sendiri tersangat excited nak cerita nak sharing kebaikan produk dan kebaikannya kepada org lain, kita sendiri akan terlalu sayang dgn bisnes kita. No matter what happened.

Yes, Im Ayu, your trusted Shaklee Distributor.
You can always reach me at 0124631670 for any inquires about product or business :)

Hanya yang Berusaha akan Berjaya

Yes..hanya yg ada usaha untuk berjaya je akan berjaya.
Tapi ada je yg bernasib baik. Itu semua perjalanan hidup masing-masing.
Kita pun takda sebab nk mempersoalkan ketentuan Allah swt.
Percayalah aturan dari Allah swt adalah yang terbaik utk hamba-hambaNya

Untuk berjaya tak perlu tanya org lain.
Tak perlu minta izin org lain.
Cuma dengan diri sendiri.
Cuma dengan Allah swt.

Tak semua org boleh bertahan dengan kepayahan dlm bisnes.
Tak semua kuat nk hadapi pelbagai dugaan.
Tak semua tahan dengan pandangan negatif org sekeliling

Tapi
Terima kasih pd yg terus menyokong
Yang tak jemu memberi motivasi, yakin dengan potensi diri kami.
Leaders kami yang tak pernah downgrade kami.
Bahan gurauan rakan-rakan yg selalu panggil kami taukeh, businessman, tak langsung bg semangat pd kami.
Yes.. thats what friends are for..

Cuba fikir kita di mana pada 5 tahun akan dtg.
Saya taknak lg jauh dari husband. Dan tinggal berdua je dgn Zara. Saya tak nak setiap pagi Isnin saya moody sbb husband terpaksa kerja jauh dri kami. Setiap jumaat ptg saya over excited sbb hubby akan balik. Tapi itu hanya sementara. Sy nak selamanya kami bersama.
Saya nk bersara awal. Saya nk jd ibu yg bekerja hanya dari rumah. Saya kedekut nk bagi org lain jaga ank saya. Sy nk tengok anak sy pandai itu ini depan mata saya. Saya nak saya sendiri yg ajar zara pelbagai benda. Sy nk jd org 1st yg terkinja-kinja bertepuk tangan tgk dan lihat perkembangan baru zara:)

That's why Im still here. Ini misi saya.
With all of my heart, ready to give u the best consultation anything about Shaklee

Contact me for business inquiry or product details
Ayu 0124631670

Monday, September 22, 2014

Surah Al-Waqiah Kunci Limpahan Rezeki

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya'. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi'ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya' bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya'Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As'Syeikh Abi'l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi'ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya "tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

*Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi'ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi'ah itu pada setelah fardhu Isya' pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi'ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

[Source : YouTube]

Meal Shakes untuk Wanita Hamil

Kenapa meal shakes sesuai untuk wanita hamil?

Kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness/alahan/loya di awal kehamilan.
Sedangkan ibu yg mengandung perlukan nutrien yg cukup dalam badan untuk menyokong tumbesaran bayi dlm kandungan dan keperluan tenaga ibu yang sering lemah dan mudah lesu  ketika hamil.

Loya yg akhirnya mengakibatkan muntah-muntah akan mengurangkan nutrisi dlm tubuh ibu.
Kekurangan acid folic dan vitamin B merupakan antara punca terjadinya morning sickness.
Nak ditelan vitamin, sudah pasti tak tertelan dengan keadaan yg begini.

Jadi Ayu cadangkan meal shakes kerana meal shakes kaya dengan 24 jenis zat mineral, zat besi, b-complex dan folic acid yg diperlukan utk ibu mengandung.

Tak perlu telan vitamin. Cuma bancuh meal shakes dengan air kegemaran ibu saja.

Untuk penyerapan nutrisi yg lebih perfect, combine pengambilan dengan ESP:)

Contact
Ayu | 0124631670


Aku bukan perempuan kuat

Puitis sungguh..
Tulisan Fynn Jamal. Artis yang Ayu suka sbb setiap puisi beliau mmg mendalam maksudnya.
Puisi ni mcm relection pd diri sendiri..
 
"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.

Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
 
~Fynn Jamal~
 
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
 
I like this quote...
Bukan mudah nak senang bukan susah nak susah.
Wake up gurls.
Whatever ur dreams are, let's keep it on track.
Never let it slip away..
 

Sunday, September 21, 2014

Kebaikan Membaca Surah As-Sajdah

Surah ke 32 dalam Al-Quran.
Ada 30 ayat. Tak panjang.

Hasil google Ayu tentang Surah As-Sajdah..

Kebaikan membaca Surah As-Sajdah

1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.
2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.
3- Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”

Allahuakbar..belum tentu seumur hidup kita dapat bertemu malam LailatulQadar..

4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; “Tidak ada kesusahan bagimu.”"

5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):
”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”

6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :
“Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”

7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.

8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).

“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.

Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:
“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”

Ya Allah..besarnya kebaikan yg kita dapat dgn amalan surah As-Sajdah.
Rugi kalau kita tak ambik peluang ini...
Jangan biarkan Quran berhabuk dan dipandang saja..
Jadikan rutin inshaaAllah kita akan biasa..

Peringatan untuk diri Ayu sendiri:)
Hanya insan biasa yg penuh dengan dosa...
Ayu..

Monday vs Friday

 
 
<<<<<Symptom of Monday BLUES>>>
 
 
 
Cutenya owl on Friday!!
Yang Monday tu punya lah sememeh, selekeh dan sewaktu dengannya.
Hahahahahahha!!!
Malam Ahad tu dah mula gelabah, stress. Nak tgk2 keje skolah anak-anak. Nak siapkan brg2 dorang g nursery. Nak iron baju husband dan diri sendiri.
Streessssssss!!!!
 
Apa kata kita plan untuk bersara awal.
Tapi kena plan from now on.
Dengan misi retire rich retire young!
 
Nak cabar diri?
 
Jom sertai grup GOAL:D
 
 
Ayu
0124631670
 

Wednesday, September 17, 2014

Temui Kami Daging Bilis Crunchy di Karnival AFF

Jom jumpa kami pengedar Daging & Bilis Crunchy, kegilaan ramai masa kini.
100% homemade.


Stock terhad kerana kami sentiasa menjaga kualiti dan kepuasan pelanggan.
Jom dapatkan sementara stok ada:)
With new flavour, honey, yang tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Harga dah tentu PROMOSI !!!

Expo : Karnival AFF 2014
Venue : Stadium Melawati, Shah Alam
Date : 19 - 28 September
Time : 10 am - 10 pm
No Gerai : 41
Normal Price : RM18/pack

Jom datang jumpa kami;)
Save the date darlingssss..

Hadi 0179700379/ Ayu 0124631670




Adakah gadget perlu untuk kanak-kanak?

Susah nak kata.
Zara pun selalu mintak.
Nak tengok abc, kartun etc.
Tapi sekarang kami bg waktu malam je dia main dlm 2 jam mcm tu. Lama jugak tu kan 2 jam.
Dah puas dia punggah mainan dia. Mulalah dia bosan.
Then kacau ibu.
Kalau bagi buku lama dia boleh pegang.
Dia memang budak yg suka baca buku hehe.
Skg dah tak koyak lagi buku. Alhamdulillah.

Tapi nampak jugak dia bosan bila xbg pegang gadget.
Mula la dia baring kat satu sudut. Err mcm ketagihan jugak kan?
Ada yg cakap budak-budak 2014 ni gen Z.
Lahir dalam dunia yg serba canggih, pegang je gadget dorang dah tahu apa yg perlu dibuat.

Tapi perlu ada batasan.
Pernah nampak budak yg pegang gadget seharian.
Habis bateri 1 tab, ada satu lg tab mak ayah dah ready.
1 cara untuk rasuah anak-anak. Supaya tak ganggu kerja kita. Asyik dengan gadget tu mmg mudah lah keje kita org yg dewasa ni.

Ada yg kata mengganggu dan merencatkan motor skill anak-anak. Jadikan dorang malas berfikir, malas bergerak, degil dan pedulikan org di sekeliling.

Apa saja pun pasti ada pro and cons kan.
Yang pasti jangan berlebihan takut buruk kesannya pd anak-anak.
Anak-anak cermin kita. Baik didikannya, baik akhlaknya inshaaAllah:)

Loves, Ayu


Kehebatan Surah Al-Mulk

Assalamualaikum.

Baru bersiaran:)
Alhamdulillah masih diberi kesempatan.

Teringat kali terakhir abah Ayu datang ke rumah Ayu, dia sempat selak-selak Al-Quran yg ayu selalu baca. Dia tanya surah apa yg ayu selalu baca. Then dia bukak satu surah. Al Mulk. Katanya tambah la satu lg surah dan amalkan. Dia suruh amalkan dan kalau boleh bacalah setiap hari.

Ayu tanya untuk apa surah tu? Abah kata, kurangkan seksa kubur dan azab api neraka.
Mudah-mudahan dpt hafal satu hari nanti..

Surah Al-Mulk ni ada 30 ayat. Tak panjang. Surah ke-67 dalam Al-Quran.

Ulama berkata:- 
 
"Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk."

Ini ayu dapat dari satu blog.
Ref : http://hadzrin.com/
Tq saudara kerana izinkan saya share di sini.

Neraka itu adalah tempat yang sangat hodoh.
Mulk [6] : Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Suara Neraka  
Neraka adalah makhluk Allah yang mempunyai suara. Apabila ia mengamuk dan marah dengan mengeluarkan suaranya yang garang dan hanya Allah yang mampu mengawalnya.
Mulk [7] : Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Neraka juga menjawab dengan suaranya bila ditanya oleh Allah, Qaf [30] : (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? Mulk [8 ]: Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. ….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah 1

Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.
 
Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.
Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
 
Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.
 
Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.
 
“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.
 
“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.
 
Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.
Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.
 
Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.
 
“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.
 
“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.
 
Kisah  2
Ada diceritakan dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-mulk.. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..
 
Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata “ya ahlul kitab.. Aku knl kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datag ke sini?”
 
Seraya al-mulk menjawab “Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini..”
 
Malaikat menjawab, “Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami..”
Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. ”Wahai Allah.. Aku adalah kitab-Mu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU..”
 
Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.. Terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, “Ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat.. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur.. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak..”
 
Kisah 3
 
Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

 
MashaAllah.
Hebatnya surah Al-Mulk.
Jom kita amalkan sama-sama.
 
Loves, Ayu