Assalamuaikum.
Teringat Zara sejak 6 bulan dah boleh makan, teruja sungguh buat resepi itu ini untuk dia.
Ada yg dia suka, ada yg dia tak suka. Pandai pilih.
Dia suka western. Mcm pasta, spaghetti, mashed potato. Sayur fav, brocolli, cauliflower, kcg panjang, kcg buncis, carrot, kobis plg suka. Pendek kata sume sayur ibu masak sume dia hentam
Buah, dragon fruit, pisang no 1, then betik, honey dew, tembikai dan anggur.
Roti kurang. Lebih suka biscuits.
Kalau nk outing tu, benda paling kena prepare awal-awal adalah food utk dia.
Simpan elok2. Siap bercooler bag utk bawak buah. Then snacks dia, biskut. Then main food. Nasi goreng/bihun goreng/pasta. Yg mudah nk disediakan dan serve.
Ayu ada tips makanan mudah utk baby umur 1 tahun ke bawah dah boleh makan.
Jom cuba. Senang jugak nk prepare kalau nk outing:)
(1) For munch -> Biskut Baby
Bahan-bahan
1. Roti gardenia/Hi-5 atau any brands
2. Unsalted butter, tak kisah jenama apa
Cara-cara
1. Buang kulit tepi roti.
2. Sapu butter.
3. Potong roti gardenia. Panjang-panjang cukup utk tangan baby pegang.
4. Bakar pd suhu 150'c selama 20-30 min depends on oven masing-masing.
5. Sejukkan seketika dan simpan dalam balang kedap udara. (Tahan sehingga 1 minggu)
(2) Dessert -> Taufufa Baby
Ini fav zara. Cuma guna 3 bahan. Simple!
Bahan-bahan
1. Tofu lembut. Ayu beli organic tofu.
2. Kurma
3. Air
Cara-cara
1. Rebus kurma 5-6 bijik dengan air di dlm periuk.
2. Steam seketika tofu
3. Letak tofu dlm bekas.
4. Tapis air rebusan kurma dan tuang ke ats tofu.
5. Simpan dlm bekas kecik dan serve baby bila mahu
(3) Lunch -> Pasta Baby
Bahan
1. Isi ayam sebesar kotak mancis. Cincang halus
2. Sayur-carrot, brocolli
3. Olive oil
4. Tomato paste
5. Pasta yg siap direbus
6. Shallots
7. Cheese
Cara-cara
1. Tumis bawang hingga wangi dgn olive oil
2. Masukkan tomato paste
3. Masukkan ayam, sayur dan biarkan sedikit lembut
4. Masukkan pasta gaul rata dan kemudian taburkan cheese
Cheese tu sendiri akan berikan rasa masin semulajadi pd pasta. So no need garam utk baby umo 1 tahun ke bawah. Boleh jugak gantikan dgn parsley/daun sup daun bawang. Mmg ada rasa masin yg natural.
Paling senang, kalau beli banana. Tahan jugak 2-3 hari. Misalannya nak gi family holiday kan. Takyah nak simpan-simpan dlm fridge. Dan sediakan jugak telur rebus. Dah boleh tu makan dgn nasik:)
No comments:
Post a Comment