Tuesday, September 9, 2014

Make Your Dreams Come True

How I wish..
Amin..

Semalam busy cari sample sentence utk accuracy test.
Hari ni buat comparison previous sentences dgn result baru.
Dan kena set target utk sample sentences jugak.

And this is among of my push factor to be WAHM one day.
And that's why I need to push myself to do extra efforts. Will me?
Yes, I will and yes I CAN.
Kena ulang 1000x ni. Moga jadi realiti.
Tak boleh imagine dah jadi realiti mcm mana. Maunya lompat bintang tinggi-tinggi.
Tak setinggi awan takpe. Setinggi escalator pun jadik lah:)

Teringat sorang kakak, owner 1 kedai makan dekat-dekat sini.
Perasan sangat tiap kali tunggu masuk waktu Zohor, dia akan baca quran. Berzikir.
Akan duduk bersiap sedia awl menunggu masuknya waktu solat.
Padanlah rezeki beliau tak pernah putus.
Dan saya pernah jugak lihat beliau dimarahi, dimaki owner kedai makan sebelah.
Simple je, gara-gara, customer kedai beliau queue depan kedai sebelah. Tapi beliau ni memang penyabar. Diam. Tak menjawab biar sepatah pun. Saya salute. Dan muka dia tak berubah langsung.
Kedai sebelah mmg kurang laris. Dan kedai kakak ni, murah, sedap. Memang dah 7 tahun jugak beroperasi atau mungkin lebih. Seingat saya seawal sy mula bekerja di sini dia dah berniaga. Tak hairan kedai beliau masih bertahan sampai sekarang. Tak sombong. Tak lupa amal ibadat pd Allah swt. Sabar. Hati kental. Tak kisah apa org nak kata. Nak keji.

Yes, sabar antara tunjang utama untuk berjaya.
Sabar dengan apa saja ujian yg datang.
Sabar dengan umpat keji dan kata-kata negatif dari org sekeliling.
Sabar dengan kerenah customer.

Mudah disebut. Sukar utk dipraktikkan.

S.A.B.A.R





No comments:

Post a Comment