Monday, September 22, 2014

Aku bukan perempuan kuat

Puitis sungguh..
Tulisan Fynn Jamal. Artis yang Ayu suka sbb setiap puisi beliau mmg mendalam maksudnya.
Puisi ni mcm relection pd diri sendiri..
 
"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.

Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
 
~Fynn Jamal~
 
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
 
I like this quote...
Bukan mudah nak senang bukan susah nak susah.
Wake up gurls.
Whatever ur dreams are, let's keep it on track.
Never let it slip away..
 

No comments:

Post a Comment