Assalamualaikum.
Haru jugak kan untuk yg berpantang kat kampung, nak bawak balik EBM ke rumah.
Mungkin takes long journey jugak. Kalau jam mahunya 12- 13 jam jugak. Atau yg selalu outstation atau gi holiday mana-mana.
Tahniah sbb berjaya pam dan kumpul stok.
Boleh sambung collect ebm bila sampai rumah nanti.
Untuk yg risau tentang itu, jgn gundah pam je seperti biasa.
Nak bawak blk EBM ni tak susah.
Cuma ikut je steps ni betul-betul inshaaAllah semua lancar:)
Bahan-bahan
1. Bekas polistrene yg letak ais tu. Seingat Ayu beli dulu yg size sederhana tu dlm rm8++ je.
2. Suratkhabar
3. Garam.
4. Ketulan ais sebanyak mungkin.
Cara-cara
1. Masukkan suratkhabar dulu, diikuti botol ebm. Susun cantik-cantik.
2. Taburkan ais.
3. Taburkan garam atas ais untuk melambatkan proses ais mencair.
4. Tutup polistren dan seal baik-baik
Nota kaki
Bila dah nak mulakan perjalanan baru letakkan EBM dalam ice box ni.
Jangan letak kotak ais EBM ni di boot kereta.
Letak di bahagian kaki penumpang belakang/di sebelah pemandu.
InshaaAllah susu tak cair.
Good luck mommies:)
LOVES, Ayu
No comments:
Post a Comment