Thursday, September 25, 2014

Amalan Sedekah Memanjangkan Umur

 
5 kebaikan di dunia dengan sedekah
 
1) menyucikan hartanya
2) menyucikan badannya
3) menolak bala
4) menjauhi penyakit dan
5) menggembirakan orang miskin
 
5 kebaikan di akhirat
 
1) dinaungkan Allah di hari kiamat
2) ringan hisab di akhirat nanti dan berat timbangan amalan di akhirat
3) mudah melalui titian siratul mustaqim
4) bertambah darjat di dalam syurga
5) sedekah menutup tujuh puluh pintu kejahatan
 
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesung­guhnya sedekah seseorang Muslim itu memanjangkan umur dan mencegah mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong, mem­bang­ga diri si penderma dengan sebab sedekahnya.”
 
Hadis menyatakan malaikat berseru yang bermaksud: “Tuhanku, segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segeralah bala bagi orang yang enggan (bakhil) bersedekah hartanya.”
 
Selagi diberi umur panjang dan kesihatan yang baik, jangan tangguh bersedekah kerana amalan bersedekah dapat mencegah dari ajal yang buruk.

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima:)

~ The Power of Sedekah ~ Selamat Beramal ~



 
 
 

No comments:

Post a Comment