Bangun, pagi Sabtu. Allah swt bagi kudrat dan kurniakan kerajinan ekstra untuk aku. Maka jadilah nasik lemak sambal bilis:)
Dan petang goreng cempedak batch last, dan cucur untuk si kecik zara.
Malam, buat pancake pisang je. Ada balance lagi pisang zara. Just cairkan coklat dan tuang atas pancake.
Ahad..
Mood rajin memasak masih ada sipi-sipi lagi, terciptalah roti puri dan sambal bilis sepantas kilat:)
Untuk 1 aduanan yang hanya gunakan 1 cawan tepung gandum ni, dapatlah dalam 13 bijik roti puri.
Zara telan 2 bijik, yang lagi 11 bijik tu ibu dan papa dia yang telan. Hahah.
Dan lunch, sebabkan ibu migrain, jadi, papa lah take over memasak. Rajin papa.
Zara makan sepinggan habis nasik papa masak. Sedap la tu kot. Ibu makan sedap je. Ibu tolak batu dan kayu je. Semua sedap. Lagi-lagi orang lain yg masak. Haha.
Lepas makan, zara still takmo tdo. Susu dah habis sebotol. Boolat je mata main flash card ABC, bape kali keluar masuk bilik. Sampai ibu sempat buat adunan donut. Rajin berlipat kali ganda betul ibu.
Dah pukul 5 baru dia tdo itupun papa tdokan dia. Parah betul budak ni. Terlebih energetic.
Donut bulat ibu, rupa tak lawa, tapi rasa boleh tahan. Next time boleh try lagi:)
Err mana gambo zara?
Haa ni ha dia ptg smlm yg lambat giler baru nak lena tu:)
Frozen yang ke 100x kot. Dan bila bangun, tengok upin ipin sambil makan donut 1 bijik.
No comments:
Post a Comment