Pernah dengar tak senaman kegel?
Mesti pernah kan?
Bagus untuk ibu yang mengandung. Yang berpantang pun bagus. Yang paling best lelaki perempuan boleh buat.
Apa faedah senaman kegel ni?
1) Berupaya mengetatkan vagina
2) Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan
3) Mengurangkan masalah buasir
4) Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang
5) Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran
6) Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin
7) Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis
8) Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
9) Menguatkan otot vagina - seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium
10) Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah
Bagaimana anda melakukan senaman ini
Caranya ialah dengan mengemut seperti tahan buang air kecil. Tetapi perlu dipastikan dulu otot mana yang perlu dikemut. Kemut otot yang betul dan bukan otot punggung (anus) dan jangan lakukan kemutan ini semasa anda terasa mahu buang air kecil. Lakukan semasa pundi kencing kosong. Senaman ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Fokus pada otot yang berkenaan sahaja.
Cuba tahan kemutan selama lebih kurang 8-10 saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Bernafas seperti biasa semasa melakukan kemutan. Ulang sebanyak 4x. Disarankan melakukan senaman ini 3x sehari dan bila dah selesa lakukan sekerap yang boleh.
Untuk ibu hamil, inshaaAllah memudahkan proses bersalin nanti.
Jom cuba:D
No comments:
Post a Comment