Apakah yang boleh membantu meningkatkan tenaga saya semasa hamil?
”Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 bulan bernama Kaiya, dan saya juga sedang hamil 28 minggu. Kaiya sangat susah tidur dan di samping itu saya kerap ditendang oleh bayi dalam kandungan saya ini. Tidur seolah-olah satu memori silam. Satu-satunya perkara yang membolehkan saya terus bertenaga sepanjang hari ialah dengan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia benar-benar dapat memberi saya tenaga, terutamanya pisang.”
Chloe
“Saya sedang hamil 12 minggu dan saya tidak pernah rasa letih seperti ini. Apabila saya bangun pada waktu pagi, apa yang saya benar-benar inginkan ialah baring semula di katil. Tetapi saya dapati, makan sedikit dan kerap membantu mengekalkan tenaga saya, terutamanya apabila saya terpaksa menghadapi mabuk hamil.”
Amie
“Saya minum bergelen-gelen air! Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasa. Setiap kali saya mula rasa mengantuk, segelas air dari peti sejuk akan menyegarkan saya.”
Becca
Sumber : babycenter
Pelbagai cara dan tips untuk atasi keletihan di kalangan ibu hamil. Yang penting ibu tahu apa yang terbaik untuk kesihatannya:)
Di sinilah pentingnya penjagaan kesihatan yang rapi.
Shaklee menawarkan set vitamin ibu hamil yang turut menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Bukan sahaja menyokong tumbesaran bayi, mengelakkan kelesuan yang teruk di kalangan ibu hamil, mengelakkan kejang otot, membekalkan kalsium yang diperlukan ibu, mana taknya sumber kalsium dibekalkan juga untuk si kecil dalam kandungan. Set hamil Shaklee juga membantu mengatasi sakit otot, lenguh badan, membekalkan tenaga ekstra untuk si ibu, juga membantu mengatasi morning sickness di awal kehamilan yang kebanyakkan kes mengakibatkan si ibu kehilangan selera makan beberapa bulan pertama kehamilan.
Untuk si suami, jom hadiahkan untuk si isteri. Bermanfaat untuk insan kesayangan anda. InshaaAllah.
Untuk ibu-ibu yang pertama kali pregnant, jemput baca pemeriksaan rutin kandungan anda.
Pemeriksaan bayi sepanjang kehamilan
- Dengan sentuhan
Dengan tekanan tangan yang lembut ke atas abdomen anda, doktor akan mengesan kedudukan atas rahim bagi menilai tumbesaran janin. Dari minggu 34 atau 36, doktor mungkin meminta anda memantau pergerakan bayi.
Jika bayi mendapat bekalan oksigen yang secukupnya, dia patut bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 12 jam. Bayi mungkin kurang bergerak jika dia mempunyai kembar atau jika si ibu merokok, menghidap diabetis atau tekanan darah tinggi.
- Dengan mendengar
Masuk minggu ke-14, doktor anda akan mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan sonicaid elektronik atau, selepas minggu ke-22, stetoskop janin berbentuk trumpet.
Pada tempoh dua bulan terakhir kandungan dan jika perlu, doktor mungkin menjalankan ujian kardiotokografi yang mengukur degupan jantung bayi dengan monitor elektronik.
Bunyi, rentak degupan dan kadar degupan yang ganjil bermaksud bayi mungkin tidak sihat.
- Dengan imbasan
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) akan dilakukan seawal mula hamil. Imej janin di skrin boleh menenangkan anda dan mengesan tahap tumbesaran janin.
Imbasan mungkin dilakukan dengan lebih kerap jika anda pernah mengalami keguguran atau mengalami pendarahan atau kesakitan. Begitu juga jika doktor mengesyaki janin tidak membesar seperti sepatutnya.
Ujian-ujian khas untuk mengesan keganjilan kromosom. Jika anda berusia 35 tahun ke atas, atau terdapat risiko penyakit keturunan atau bayi terdahulu dilahirkan tidak normal, doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani ujian-ujian khas seperti berikut.
- Ujian Darah
Ujian Triple pada minggu 14-16 mengukur tiga jenis komponen kimia darah (AFP, estriol dan hormon kehamilan yang dinamakan hCG) untuk mengesan kemungkinan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) dan sindrom seperti Down.
- Imbasan
Imbasan Nuchal Translucency mengukur pengumpulan cecair di belakang leher bayi. Ia dijalankan di minggu 10-12 bagi mengesan pelbagai gejala sindrom Down (sejenis keganjilan kromosom yang membantutkan pertumbuhan) dan Turner (keganjilan kromosom yang membantutkan tumbesaran dan perkembangan kelamin bagi bayi perempuan).
- Ujian Invasif
Amniosentesis, yang boleh dilakukan bila-bila masa selepas minggu ke-13, ialah sejenis ujian di mana jarum dicucuk ke dalam abdomen untuk mengambil sampel cecair di dalam rahim. Cecair ini digunakan untuk mengesan sindrom Down dan keganjilan kromosom yang lain.
Sejenis lagi ujian invasif ialah Persampelan Vilus Korion (Chorionic Villus Sampling) yang boleh dilakukan pada hujung trimester pertama atau lebih lewat dari itu. Jarum digunakan bagi mengambil sedikit sampel tisu dari uri (placenta) bagi mengesan sindrom Down dan penyakit darah seperti talasemia. Ujian-ujian invasif ini sangat penting terutama jika bayi disyaki mempunyai masalah kromosom atau keturunan.
Sumber : Utusan Malaysia
Tak betul kalau ada yg beranggapan senaman ketika hamil bahaya untuk bayi. Asalkan ikut langkah yang betul inshaaAllah tak memudaratkan. Jom praktikkan senaman kesihatan untuk ibu hamil.
Kepada ibu yang sedang hamil, ayu doakan semuanya berjalan lancar, semoga semuanya selamat melahirkan nanti. Yang penting elakkan stress, dan banyakkan berehat, tak perlu buat kerja berat-berat. Kalau perlu, minta bantuan ahli keluarga lain atau suami:)
Untuk yang nak order set kehamilan Shaklee, jemput contact kami:
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379
No comments:
Post a Comment