Monday, August 18, 2014

Cara Atasi Kemurungan ketika Hamil

Berehat
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi.

Bersenam
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil. Tahu lebih lanjut mengenai senaman yang disyorkan sepanjang kehamilan dan sasarkan untuk membuatnya tiga kali seminggu.

Luahkan
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Cubalah terapi atau kaunseling
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini.
Bilakah saya patut bimbang?

Jika anda rasa seperti hendak membunuh diri, atau hilang pertimbangan, tidak dapat menjalankan tanggung jawab harian, atau jika anda mengalami serangan panik, berbincanglah dengan doktor anda dengan segera. Ini sangat penting terutamanya jika anda dapati sukar untuk menjaga diri sendiri dan tidak lalu makan, kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Source : Baby Center



Sebaiknya cari seseorang yang paling rapat dengan anda, ibu, kakak, adik, rakan sekerja, atau sesiapa yang anda yakin dapat memahami anda dan dapat tenangkan anda, bercerita apa sahaja masalah anda. Itu sebaiknya. Selalunya, sunyi, salah satu punca diri terasa terasing. Nakkan perhatian. Di sinilah pentingnya perhatian dari keluarga terutama sekali suami. Terlalu penat dengan tugasan rumah dan pejabat juga antara faktor utama. Selalu terjadi kepada ibu yang mempunyai anak 1-2 orang. Yang pertama kali hamil mungkin tidak mengalami perkara yang sama.

Terakhir, back to basic.
Banyak dekatkan diri dengan Allah swt.
Banyakkan baca Al-Quran, inshaaAllah jiwa akan tenang. Untuk ibu hamil, jadikan rutin membaca surah Maryam, surah Yusof, surah Al-Imran, inshaaAllah mudah untuk bersalin, anak bijak dan mendengar kata:)

Jangan lupa untuk beristighfar selalu.
Lakukan solat tahajjud sepertiga malam dan solat taubat.
Diri akan rasa lebih tenang.
Jadikan amalan. InshaaAllah semua masalah dan resah gelisah akan berakhir.
Banyakkan berdoa ya ibu-ibu. Bahagia itu tak boleh dibeli dengan duit yang banyak, suami yang kacak, rumah yang besar. Bahagia lahir dari hati yang ikhlas dan redha dengan apa sahaja ujian yang mendatang:)

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"

-NHAH-

No comments:

Post a Comment