Thursday, August 14, 2014

Kasih Ibu, Kasih Ayah dan Doa Seorang Anak

Takkan ada seorang insan lain akan sayangkan kita sebagaimana seorang ibu menyayangi kita.
Seorang anak takkan dapat sayangkan ibu sebagaimana ibu sayangkan anak.

Dan ayah, insan yang sanggup bersusah payah demi kebahagiaan kita.
Juga insan terpenting dlm hdp semua ank. Hero anak-anak. Saya kira lelaki paling hensem dalam hdp seorang anak.

Semasa saya kecil, teringat, saya selalu janji dengan ibu, yang saya panggil mak, kata saya,

"mak, kakngah dah kerja nanti, kngah nak belikan handbag yang paling cantik untuk mak"

Dan saya tunaikan. Saya rasa bahagia dpt tunaikan hajat itu, yg saya simpan sejak kecil. Sbb saya tahu, mak sgt sukakan handbag, walau dia mampu membeli sndri, tp tak sama dgn yg anak berikan.

Dan abah, saya selalu belikan 1-2 helai tshirt or kemeja dari brand yg selalu beliau pakai.
Walaupun gaji saya masih tak dpt nak compete dgn gaji abah swktu beliau masih bekerja dulu, kepuasan tetap ada sbb itu tanda ingatan untuk abah. Walau tak seberapa nilainya.

Saya tahu mereka lebih dari mampu untk mendapat apa yg mereka inginkan.

Bila saya semakin dewasa, saya ada anak, walaupun baru seorang. Saya tetap seorang ibu.

Saya semakin mengerti, faham.
Nilai harta dan benda tak penting bagi seorang ibu.
Paling utama adalah kasih sayang anak-anak, perhatian dan ambil berat anak-anak.

Saya tahu, nilai handbag atau sebarang hadiah tak kira benda ataupun wang ringgit saya yg tak seberapa, takkan dpt menandingi nilai kasih sayang, pengorbanan mak abah pada saya.
Walaupun sekelumit air di lautan.



Teringat setiap kali kami dpt berkumpul satu fmly.
Memang jarang . Sbb masing-masing di KL, Johor, Penang, Perak.
Agak susah.
Tapi bila dpt berkumpul saya nampak terpancar jelas kegembiraan mak dan abah.

Mereka dua insan yang paling saya sayang.
Insan yg byk berkorban.
Yang banyak bersabar dengan kenakalan dan kedegilan saya dari kecil hingga ke zaman remaja.
Tak henti memberi nasihat dan peringatan untuk saya yg kdg kala lupa dan lalai.
Walau saya mengembara ke 7 lautan, ke gua yang paling dalam, ke hutan yang paling jauh atau melancong selama 20 tahun sekalipun tak mungkin saya akan bertemu dengan kasih sayang dari mana-mana insan seperti mereka.

Tuhan..panjangkan umur mereka. Kerana aku terlalu sygkan mereka.
Masih ingin mendengar bebelan mak dan nasihat abah.
Walau kdg kala panas telinga, tp itulah juga yg aku rindukan saat ini dan sampai bila-bila..

Amin Ya Rabbal Alamin...


Saya, anak yg takkan dpt membalas jasa mereka berdua...tanpa mereka siapalah saya..saya takkan pernah wujud di dunia ini. Terima kasih mak dan abah. Nasihat abah sentiasa kngah ingat.
Kak Ngah sayang mak dan abah selamanya.


No comments:

Post a Comment