Thursday, August 7, 2014

Cerita Raya

Baru sekarang sempat nak cerita pasal Raya.

Riang ria di Aidilfitri sama macam orang lain. Yang paling best Zara sebab ramai yang melayan.
Tahun ni mak masak nasi impit, ketupat pulut, rendang ayam dan kuah kacang.
Harus lah sedap sebab air tangan ibu kan:)
Kami ni bantu apa yang boleh.
Ketua chef tetaplah mak hehe.

Kami adik beradik sorang sikit bawak balik biskut raya. Kumpul-kumpul jadilah banyak.

Zara pulak seronok melaram baju-baju raya dia.
Seronok main dengan Abg Ail (sepupu Zara).
Kalau tak kami berdua je memang bosan jugak dia.
Hari-hari dengan ibu je.
Lagi pun dah lama sangat tak balik kampung.

Ramai yang datang rumah. Tetamu itu rezeki. Untuk keluarga kami, memang takde istilah nak larikan diri bila orang datang. Hehe. Seadanya menerima. InshaaAllah murah rezeki. Penat tapi rasa puas hati. Raya pertama memang tak ke mana. Raya kedua baru sempat ke rumah sedara mara. Raya ke 3 attend 2 kenduri di kampung. Tapi still zara dapat banyak duit raya. Balik nti kita simpan duit zara ye:)


Tema kami pink purple. Zara dengan dress ala-ala princess. Hepi dia memang impian dia nak jadi princess.


Pulang ke KL pada hari Khamis. Berat hati nak balik.
Sedih juga bila tengah mak mengalirkan air mata.
Sebak. Dan diri sendiri pun berusaha cover air mata.
Tabahlah hati.
Dah berlalu zaman muda remaja tinggal dengan mak.
Sentiasa doakan mak dan abah dikurniakan kesihatan yang terbaik dan dilindungi Allah swt walau di mana berada..
Amin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment