Sunday, August 24, 2014

13 May 2012

Assalamualaikum.

Pandang zara rasa baru je lagi bersalin.
Sakit tu masih terasa.
Gile bersalin tak sakit.

Ada org kata sakit bersalin ni sejak awal mengandung lagi.
Belum kira penat lelah 9 bulan tu. Semput sana sini. Kaki cramp malam-malam. Dan tinggal sendiri. Hubby jauh. Tapi tak pernah miss untuk balik setiap ptg Jumaat. Alhamdulillah takde morning sickness. Nak makan apa semua boleh. Still ambik supplements dan minum susu setiap hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sehari sebelum bersalin, buat kerja gila dengan hubby, order pizza 3 bijik. Dan kami berdua habiskan pizza tu sekali makan. Ya Allah. kuatnya aku makan. Dan malam tu mmg asyik keluar masuk toilet. Actually pagi tu dah check up kat azzahra. Ikutkan Jumaat bersalin 18/ May. Tapi mcm dah ada tanda pagi tu. Buat tak tahu mungkin takde apa. Buat rilek je.

Esoknya jejalan Alamanda.
Bawak 2 org SIL jalan sana. Dan kami sempat makan dkt NOODLE, one of my fav restaurant. Hehe.
Dan gi ke toilet kejap, ada tanda banyak lah pulak. Risau. Terus sms hubby yg masih di noodle dgn SIL. Dorang dtg, terus kami gerak ke Az-Zahra.

Bermulalah kegelabahan yang teramat sgt. Masa tu cuma ingat doa Nabi Yunus. "Lailahaillantasubhanakainni kuntumminazzolimin"

3cm.
Then dia tgu doc dtg tgk. most prob baby dah yak. Dan sbb baby yak kerana dia dalam ketakutan. Risau betul. Masa tu around 3++ ptg. Then tak lama ditolak masuk labour room.

Baring semula. Mintak hubby bawakan buku doa mengandung yg aku slalu baca.
Disediakan juga makanan nasik tak silap. Yelah dah include dalam pakej kan.

Apa pun dah xboleh masuk. Takut sama. Hubby suh makan kurma. Makan jugak sikit dan minum air.

Dalam pukul 7 kot dah start rsa sakit kuat jugak. Then perasaan yg agak resah gelisah.

Terus berdoa moga dipermudahkan.

Selepas solat Maghrib yang dibantu oleh nurse. Amik wudhuk pun nurse bantu dan hanya mampu solat sambil baring, sambil dengar org sebelah yg bersalin sambil menjerit. Katanya perempuan Arab. Gila tak nervous. Cuak gile. Doc masuk dah suruh rilex. Kes di bilik sebelah jarang berlaku. Aku agak dia bersalin vacuum sbb dgr bunyik vacuum. Debaran makin terasa.

Doc Fazlina Hanum update, 9cm. Can push now.
Kedudukan duduk tak betul. Stress pulak doc ni dgn kome. Dibantu vacuum jugak sbb takut lmbat bby lemas. Then sndri punya style cuba push. Tarik nafas sepanjang mungkin then push. Sampai terdengar satu bunyi macam something yg meletup tp slow je, then doc kata ok done. Eh, dalam hati dah selesai ke? Ya Allah nak nangis sgt rasa. 9 bulan, dan akhirnya lahirlah si comel yang dinanti-nanti. Sebak. Doc letak baby atas dada. Sempat dengar hubby kata, anak kita sayang. Doc tepuk baby, baru dia nangis. Tak lama terus pengsan, tak sedar apa2 dah.

Around 1030pm terjaga. Then 3 org nurse yg bertugas tadi datang. Ucap tahniah dan ckp , "Tahniah puan, pandai jugak puan push, baby comel, maaf ye kalau ada kekurangan. kami tak boleh balik selagi patient tak sedar"

Baiknya nurse ni. Aku bagi 5 bintang.

Masuk labour room. Tak lama mak abah dtg. Kasih ibu. Tgh malam sampai terus dtg jumpa anak. Dan terus buatkan milo utk aku. Bg aku minum milo dulu baru mak abah balik..

Esknya bru jumpa baby. Terlampau excited malam tu tak berapa boleh tdo. Syukur pd Allah dipermudahkan sungguh bersalin. Maha Suci Allah. Tiada petua khusus untuk mudah bersalin. Cuma banyakkan baca quran. doa mudah bersalin. doa baby sihat sempurna, surah Maryam, Surah Imran dan Surah Yusoff...

Lagi seorang khalifah Allah swt lahir pada 13 May 2012, Ahad 9.00 malam.
Kami namakan Nur Zara Damia Abdul Hadi.
Subhanaallah..

No comments:

Post a Comment