Thursday, August 28, 2014

Tangani Masalah Anak Lambat Bercakap

Selalunya umur antara 24-36 bulan waktu si kecik dah mula bercakap macam-macam.
Zara mula cakap sejak setahun lebih. Dan sekarang langsung tak pelat lagi. Ini kes dah lebih matang dari usia pulak:)

Mommies perlu ingat, tak semua anak-anak adalah sama.
Support dan bantu anak seboleh yang mungkin.
Akan ada mulut-mulut yang suka membandingkan anak kita dengan anak orang lain.

" Anak dia lagi cepat cakap dari anak ko"
" Eh anak ko tak boleh cakap lagi ke"


Sedih kan..

Yang selalu suka bandingkan tu, cuba fikirkan, apa perasaan anda kalau anak anda dibandingkan dengan anak org lain? Dan jangan jugak bandingkan perkembangan anak pertama dengan yg kedua atau adik beradiknya yang lain.

Kanak-kanak sangat unik. Takkan ada seorang pun yg sama. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri.

Untuk ibu-ibu yang ada masalah ini anak lambat cakap/late talkers,
Ayu ada google dan cari cara mcm mana nak cepatkan proses anak-anak supaya cepat cakap.
Kebetulan semalam ada kawan ayu yang bertanya pasal isu ni. Harap dapat membantu =)

1) Doa
[Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap]



Baca dan hembus ke dalam mulut anak.

2) Satu lg ni Ayu jumpa di FB. Boleh jugak cuba



3) Banyakkan bercakap dengan anak. Buat aktiviti santai macam bersembang. Yang simple-simple je. Contoh : nak tak? nak susu? dah makan? tengok ada respons tak. Atau boleh main flash cards sama-sama.
Ulang-ulang cakap benda yg sama. Buat permulaan, dorang mungkin hanya boleh menyebut perkataan yg belakang sekali saja. Takpe cuba lagi dan lagi.

Rajin-rajin membaca untuk dorang. Baca buku cerita masa tido ke. Sambil tunjuk gamba dalam buku. Hari-hari bacakan bukut untuk dorang. InshaaAllah.

4) Jangan cakap pelat dengan anak. Cakap mcm biasa saja. InshaaAllah anak pun tak pelat.

5)  Jangan  memaksa anak bercakap dan jangan pamerkan perasaan kecewa anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi
dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Kalau mommies masih bimbang, boleh refer pada pakar kanak-kanak. Consult dorang the best way untuk bantu anak anda..

"A child like a butterfly in the wind.
Some can fly higher than others.
But each one flies the best it can.
Why compare one against the other?
Each one is different.
Each one is special.
Each one is beautiful"

~Terima kasih sudi baca~

LOVES, Ayu

No comments:

Post a Comment