Thursday, August 21, 2014

Apa yang penting dalam perniagaan

Assalamuaikum.

Korang baru nak mula bisnes? Molek sangat tu, jom kita cek apa yang perlu dan penting untuk mula bisnes. Saya catat di blog ni sebagai self reminder utk saya jugak:)

1) Modal

Ada bisnes bermodal besar. 1k, 10k, 100, macam-macam ada baq hang. Tapi Shaklee cuma rm65. Saya yakin semua mampu:)

2) Cari kawan yang betul

Betul orang kata, kawan dengan penjual minyak wangi, harum la baunya. Kawan dengan yang suka gosip, jadi kaki gosip la kita. Untuk mula bisnes, dan untuk kekal lama dalam bisnes, cari rakan yang betul. Yang boleh bg motivasi, bukan motibasi. Yang boleh turun naik sama-sama kita, toksah kata nk mintak modal dari dia, cukup kata-kata semangat, supaya rasa down tu tak lama. Boleh bangun dan berusaha lagi.

3) Tambah ilmu

Yes, tambah ilmu. Cari buku, baca. Google, pergi kelas-kelas yang disediakan. Kalau dapaat kelas yang percuma macam Shaklee lagi best. Dapatkan leader yang baik. Yang boleh pandu kita, capai apa yang kita ingin dalam bisnes itu. Tingkatkan kualiti diri kita sebagai peniaga.

4) Anggap bisnes itu adalah bisnes kita

Kita bos, kita pekerja, kita accountant, kita auditor, kita jugak buat marketing, kita jugak admin. Bila kita tau peranan kita, inshaaAllah kita akan sayang pada bisnes kita. Bukan 3 bulan buat, takde hasil dah terus back off. Cuba dulu sampai berjaya. Kalau dah sampai setahun atau lebih masih tiada perubahan. It's time to move on, maybe to other field. Mungkin rezeki belum sampai. Dan bukan rezeki anda di situ.

5) Bersungguh-sungguh

Nak bisnes memang betul hati kena kuat. Sbb akan ada pasang surut dalam perniagaan. Tak selamanya akan sentiasa ada yang membeli dengan kita. Kena sedia mental dan fizikal. Sebab tu pentingnya kita sayang pada bisnes kita.

6) Ikhlas kan hati

Share apa yang kita tau sungguh-sungguh. Buat dengan ikhlas niat utk bantu org lain. InshaaAllah..

No comments:

Post a Comment