Wednesday, August 27, 2014

Solat Dhuha Amalan Pembuka Rezeki

 
"Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaanNya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.. "
 
 
Subhanallah..
Doa yang buatkan air mata mengalir tiap kali baca..
Memang tersentuh jiwa..
Sangat indah dibaca, didengar dan dihayati.
Lagi indah jika terus diamalkan..
Tak susah, minimum 2 rakaat/4/6/12 rakaat, boleh dilaksanakan seawal jam 7++ pagi ..
 
Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi)
 
Jom kawan-kawan, jadikan amalan. Rasakan kesannya. Mudahnya menjemput rezeki.. Rezeki yang tak disangka-sangka..
InshaaAllah:)
 
 

No comments:

Post a Comment