Thursday, May 29, 2014

Tips Penyusuan Berjaya


♥Assalamualaikum♥

Hari ini ayu nak kongsikan dengan mommies tips penyusuan yang berjaya kerana susu ibu ibarat titisan emas untuk bayi kita..

Tips Penyusuan Berjaya

1) Minum air at least 3 liter sehari. Air kosong tau. Bukan air gas/bikarbonat tu. Itu tak boleh:)

2) Demand vs Supply

Semakin kerap menyusukan si kecil, semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan. Hantar isyarat positif kepada otak anda, susu saya banyak, cakap yang positif, inshaaAllah banyak jugalah hasilnya untuk si kecil.

3) Gali Ilmu

Bila je habis berpantang ramai ibu-ibu yang mula gelisah, taktau bagaimana nk simpan stock dan sebagainya. Cuba seawal mungkin gali dalam-dalam ilmu penyusuan. Sebaiknya sebelum kelahiran bayi, jadi anda ada byk masa utk 'google' atau bertanya rakan atau sedara mara yg telah melalui fasa ini.

4) Mula memberi susu selepas kelahiran. Semasa dalam labour room mintak pada nurse dan doktor nyatakan pd mereka anda nk susukan bayi anda dgn susu ibu. Susu yg pertama dipanggil kolustrum. Sangat byk khasiat kolustrum. (Boleh google ye:))
Sayang kalo baby anda tak dpt. InshaaAllah bayi yg dpt titisan emas pertama ni akan jarang jatuh sakit..

Ingat, perut bayi yg baru lahir sangat kecil, sebiji kacang saja..beberapa titis susu ibu sudah cukup utk mengeyangkan bayi. Jangan risau susu kurang dan jangan merungut. Teruskan berlatih menyusukan bayi anda.

Carilah hospital yg menyokong penyusuan susu ibu supaya mudah utk anda menjayakan penyusuan nanti:)

5) Jangan malas mengepam

Disiplinkan diri, sekurang-kurangnya 3x mengepam di ofis.
Jangan lupa beli nursing cover, bawak ice packs dan peralatan mengepam yang lain:)
Kalau ada bajet yg lebih boleh tinggalkan 1 pam di ofis dan 1 lagi di rumah.
Seeloknya cari pam elektrik supaya memudahkan mommies mengepam sambil membuat kerja di workstation masing-masing jika tiada surau dan tempat yg selesa.


6) Makan makanan berkhasiat. Anda adalah pembekal kepada anak anda, perlunya memastikan makanan yang diambil berkhasiat juga. Makan buah, sayur, karbohidrat semua yg berkhasiat. Elakkan makan food yg lots with MSG, jajan, maggi..nononono..

7) Caffein..untuk ayu mmg takpe tak ambik. Ayu mmg xboleh minum kopi. Heheh..Kalau boleh cuba elakkan

8) Dapatkan supplement yang terbaik. Yes, ada yg tanya saya dah makan supplement yg dikatakan milk booster..

"Err kenapa tiada perbezaan pun dgn production saya?"

Mommies kena ingat tau, supplement hanya membantu untuk boost energy mommies..

Meningkatkan kercergasan badan, hilangkan kelesuan, keletihan.
Ibu menyusu memang cepat letih, cepat lapar. Kena makan banyak, baru susu pun banyak:).
Bila badan kurang letih, mudah susu untuk keluar dengan jayanya.

9) Jangan stress. Lapangkan hati. Banyakkan beristifar..

10) Semasa mengepam tengok gambar anak. Tengok gambar baby yang cute mute, baca blog orang, baca gosip artis ke, tak kisah buatla apa2 yg mommies suka sambil pumping. It really works..in shaa Allah..

11)Niat untuk menyusukan anak dengan ikhlas. Mohon pada Allah swt agar dipermudahkan niat itu. Banyakkan zikir, amalkan zikir semasa mengepam..


Ya Wahhab,
Ya Matin
Ya Latiff
,


Ini ada doa utk banyakkan susu..
Jom sama-sama amalkan..



12) Tandem

Yes tandem mula-mula agak sukar. Tapi kalau selalu dipraktikkan akan mudah. Jimat masa?
Apa itu tandem? Macam mana nk buat?

Ok, meh ayu cerita..tandem merupakan salah satu cara untuk mengepam sambil menyusukan. Maksud mudah, sebelah susukan anak, sebelah pam. Akan meriah la susu, tak caya cuba. Sebab it actually stimulates your breast..

Perasan tak bila kita bf anak, yang the other side tu kan, terasa zap2 je susu masuk..Cuba lah buat tandem inshaaAllah..sambil anak bf, pam..jimat masa dah nk mengepam kan..

13) Power Pumping

Ok, ini teknik yang boleh dipraktikkan kalau susu dah down.
Cuba dalam seminggu dah tgk hasil. Konsisten buat. jangan skip.

Apa itu PP (power pumping)?
Power pumping adalah satu teknik mengepam utk tingkatkan production..


Caranya
Cara 1 : Untuk double pumping, pam both side selama 10mins, then stop 10mins, lakukan selama sejam step itu.
Cara 2 : Untuk single pumping, pam sebelah 10mins, then tukar pam yg sebelah lg 10mins, ulang step itu selama sejam jugak

Recommended time :
Di tengah malam, antara pukul 12 malam-6pagi. Aliran susu lancar waktu in..
Jangan harap harini buat esk dah nmpk kesan, bglah masa utk badan adapt dulu, selalu nmpk hasil seminggu kemudian.
Ibu menyusu mmg perlu byk sacrifice tau. Masa dan tenaga sikit.

Tapi apa bezanya..

Anak inshaAllah jarang sakit kerana imuniti badan kuat.
Kalau sakit cpt sembuh. Sebab susu ibu yg terbaik..

Syokkan tengok stock susu bertingkek-tingkek..Tapi perlu banyak berkorban masa dan tenaga:)

14) Minumlah susu at least segelas sehari. Kalsium kurang tau. kan dah salurkan pd anak..Itu yg jd badan sakit sana sini..

Tak suka susu?

Atau selalu lupa?


Ayu ambik ostematrix Shaklee utk mudahkan Ayu yg selalu lupa ni.
4 tablets sehari inshaaAllah memenuhi keperluan ibu dan anak.

Susu berkhasiat anak pun sihat...

15)Sokongan keluarga

Sokongan family sangat lah penting. Lagi2 bapa kepada anak kita, iaitu husband kita. Mintaklah dia bantu yg mana boleh, naikkan semangat ke, tolong cuci botol ke, sterile botol ke. Nak jayakan penyusuan sampai 2 tahun ni bukan terletak pd bahu ibu je. Ayahnya pun kena take part. Barulah gembira hati si ibu:)

Setakat ini yang ayu ingat buat masa ini. Semua ni berdasarkan pengalaman ayu sendiri along these 2 years..Kalau ada yg ayu ingat lagi, ayu cerita lagi nanti ye.

Zara dah direct feeding je skg.. Beg pam ayu dah simpan. Rindu pulak rasa bila tengok. Berjasa sangat:)

Ok mommies, ayu harap entry ayu kali ni bermanfaat untuk semua..
Ayu doakan semua berjaya. Chaiyok3..



No comments:

Post a Comment